Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 42


Bab 42

Awal pagi Tengku Hamzan sudah keluar kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan. Mereka sampai ke KeLan  tan sejak semalam tetapi Mylia belum lagi berjumpa dengan Lan dan isteri. Malam semalam, Tengku Hamzan ada berpesan untuk pergi berjumpa Lan kalau dia mahu, jangan ditunggunya kerana suaminya itu agak sibuk selama berada di KeLan  tan ini. Mylia bangun dari katil dan bersiap-siap hendak keluar. Dia fikir untuk mengambil teksi sahaja untuk ke rumah Lan   . Sebaik sahaja pintu kamar hotel dibuka, Mylia melihat dua orang pengawal peribadi sedang menunggunya.
“Puan Muda, Tengku Hamzan ada berpesan kami perlu mengikut ke mana sahaja Puan Muda mahu pergi. Kereta juga telah disediakan” beriathu salah seorang pengawal peribadinya.
“Saya nak ke rumah adik saya” Mylia berjalan    di belakang dua orang pengawal peribadinya itu. kalau diikutkan hati dia mahu menghalang pengawal peribadinya daripada mengekorinya tetapi dia tahu Tengku Hamzan akan murka jika dia berbuat begitu.
 Kereta yang dipandu oleh salah seorang pengawal peribadinya itu diberhentikan di hadapan rumah. Mylia turun dari kereta setelah pintu kereta dibukakan untuknya. Mylia masuk ke dalam rumah dan memanggil nama Lan serta isterinya tetapi tidak bersahutan. Mylia mencari-cari mereka di kebun pula. Lan serta isterinya sangat terkejut apabila mendengar suara Mylia memanggil-mangggil nama mereka. lama-kelamaan kelibat Mylia terlihat dari jauh. Lan berhenti dari menjirus pokok bunga dan berjalan    ke arah kakaknya. Tubuh kakaknya dipeluk erat.
“Bila sampai?” soal Lan penuh gembira.
“Baru saja. Sampai KeLan  tan semalam lagi”
“Kak masuk lah dulu” sapa isteri Lan dari belakang. Mereka bertiga masuk ke dalam rumah. Mylia duduk di sebelah Lan apabila Ros datang dengan menatang seduLan  g air teh. Cawan teh diberikan kepada suaminya dan kakak iparnya.
“Lama ke datang ni kak?” soal Ros.
“Kakak datang sebab ikut suami. Petang nanti kakak balik”
“Tidur saja di sini kakak” pinta Lan   . Dia merindui kakaknya. Kakaknya lebih gembira sekarang ini. barangkali bahagia di sisi Tengku Hamzan. Fikir Lan   a tau nama sebenarnya Mohd Khairul bin Shahbuddin.
“Kakak dengan Tengku Hamzan tinggal di hotel”
“Kenapa nak tinggal di hotel? Rumah kami kan ada” sampuk Ros. Dia dan suaminya berkeras mahu Mylia tinggal di rumah mereka beberapa malam sebelum pulang ke KL.
“Ros tahulah, suami kakak banyak urusannya, kakak nak mintak-mintak pun kesian tengok Tengku Hamzan tu sibuk je memanjang”
“Yelah, orang kaya, memanglah sibuk” sampuk Lan dalam nada yang sinis. Dia masih belum memaafkan Tengku Hamzan kerana apa yang dilakukannya terhadap kakaknya, Mylia. Dahulu, kakaknya banyak menderita demi lelaki bangsat itu. tetapi hari ini, kakaknya kelihatan sangat lain, lebih gembira dan banyak tersenyum berbanding dulu.

Mylia ada bertanyakan tentang perkembangan perniagaan adiknya selepas mengahbiskan kontrak dengan syarikat Tengku Hamzan. Mylia makan tengahari bersama-sama Lan dan Ros dan kemudian dia membantu menguruskan beberapa pekerjaan kebun sehinggalah hari sudah mahu menjengah malam. Jam di tangannya sudah menunjukkan pukul lima petang. Mylia mula risau sekiranya, dia terlambat pulang. Bukannya Tengku Hamzan akan memarahinya tetapi dia sendiri yang berasa patut sampai ke hotel sebelum suaminya sampai. Mylia meminta diri untuk pulang dahulu dan jika ada kesempatan dia akan datang lagi pada keesokan harinya.
Lan   danRos menghantar kakaknya ke kereta dan pada saat inilah sebuah kereta tiba-tiba muncul dan berhenti di hadapan mereka seorang lelaki dengan pakaian serba hitam keluar dari perut kereta dan membuka pintu kereta di sebelah belakang. Tengku Hamzan keluar dari perut kereta dan menyapa isterinya. Dia berjalan    menghampiri Mylia.
“Kanda?” Mylia seolah-olah terkejut apabil melihat Tengku Hamzan berada di sampingnya.
“Hal kerja malam ni kanda dan tunda ke tengahari esok. Kita bermalam di sini saja malam ini. Itupun jika Lan tak keberatan” Tengku Hamzan memandang ke arah Lan   . Lan melarikan pandangannya. Marahnya yang dulu-dulu kepada suami kakaknya itu masih lagi tersisa walaupun sedikit. Tetapi dia tidak menolak cadangan Tengku Hamzan itu. dia tersangat setuju jika sepasang suami isteri itu mahu bermalam di rumahnya. Cuma dia ego.
Mylia  dan Ros sama-sama memandang ke arah Lan   . “Kalau macam tu masuklah” beritahu Lan   .
“Bawa masuk beg aku dan beg Puan Muda. Dua orang balik dulu, tunggu kami di hotel saja. Farhan dan Ahmad, kamu berdua stay sini saja” arah Tengku Hamzan kepada pengawal-pengawal peribadinya. Dia dan Mylia membontoti Lan   gkah Lan dan isterinya masuk ke dalam rumah.
Dia mengambil beg dari Ahmad dan menyuruh pengawal peribadinya itu menunggu di dalam kereta sahaja. Tengku Hamzan meLan  gkah masuk ke kamar isterinya. Inilah kali kedua dia masuk ke kamar itu. kali pertama dulu, sewaktu dia melihat Mylia sewaktu dia menumpang bermalam.
Beg mereka diletakkan di sebelah pintu. Mylia menutup daun pintu rapat-rapat. Dia mencabut tudungnya dan duduk di kerusi meja solek.
“Kenapa kanda tiba-tiba berubah fikiran?” soal Mylia. Walaupun dia terkejut dengan kehadiran Tengku Hamzan di rumah ini tadi tetapi hatinya gembira kerana Tengku Hamzan sanggup bermalam di sini. Tengku Hamzan juga cuba untuk mengenali keluarganya yang terdiri daripada Lan dan Ros. Tengku Hamzan bukanlah seorang yang tidak bertimbang rasa seratus peratus Cuma kadang-kadang dia terlalu tegas. Mujurlah kali ini suaminya itu sanggup datang dan bermalam di rumah Lan   , kalau tidak dia sendiri tidak tahu di mana mahu menyembunyikan muka dek kerana segan kerana ketidak hadiran Tengku Hamzan bersama-samanya pagi tadi. Tetap kini, suaminya datang. Tengku Hamzan datang. Dia tersangat gembira.
“Lan   tak suka kanda ke?”
“Kanda rasa?”
“Lan   tak tengok pun kanda tadi. Dia masih marahkah pada kanda?”
“Sekejap saja marahnya. Jangan risaulah”
“Ingat tak malam kejadian yang Lan marah dekat kanda dulu?” Tengku Hamzan menguungkit cerita lama yang berlaku di kamar ini.
“Ingatlah. Waktu kanda mengintip dinda dulu kan?” sambung Mylia. Dia sengaja membuat lucu.
“Tak haram ya. Dinda kan isteri kanda”
“Kalaulah ditakdirkan yang dinda bukan Mylia macamana? Kalau Cik Farah sebenarnya adalah Cik Farah? Macamana? Tak ke haram?”
“Kanda dah fikir banyak dah pasal tu. Kanda terlalu yakin yang dinda isteri kanda. Dan kalau Cik Farah adalah Cik Farah, kanda sanggup kahwin dengan Cik Farah”
“Amboi. Dulu cakap dindalah satu-satunya cinta kanda” Mylia mencubit lengan kanan Tengku Hamzan.
Tengku Hamzan ketawa lucu. Dia mendekatkan dirinya kepada Mylia. Dikucup dahi isterinya.
Pintu kamar diketuk dari luar. Mylia berjalan  ke arah pintu dan membukanya. Ros menghulurkan cadar baru dan selimut yang sudah barsih.
“Kakak tukarlah cadar. Cadar tu, Ros ada tukar masa kakak keluar dulu tapi mungkin dah kotor sekarang. Ini ada selimut juga”
“Terima kasih Ros”
“Satu lagi kak, Abang Lan ajak kita solat berjemaah”
Selepas azan magrib Yng dialunkan oleh masjid yang terletak agak jauh dari rumah mereka, Mylia mengajak suaminya untuk keluar dari kamar. Mereka sama-sama ke ruangan antara ruang tamu dan dapur. Lan dan Ros sudah siap menanti tetamu-tetamu mereka itu untuk solat berjemaah bersama-sama. Tengku Hamzan hanya mengenakan t shirt putih dan kain pelikat. Dia membentangkan sejadahnya di belakang Lan lalu duduk bersila. Mylia menghamparkan sejadah disamping Ros. Selepas azan berakhir, Lan bangun dan melakukan iqamah. Mereka bertiga kemudiannya bangun. Lan meminta Tengku Hamzan mengimamkan mereka semua kerana dia mahu menduga sejauh mana kemampuan dan pengetahuan abang iparnya itu dalam agama. Tengku Hamzan mungkin boleh ‘mengemudi sebuah kapal dagang’ kerana perniagaannya sangat Berjaya tetapi belum tentu abang iparnya itu dapat ‘mengemudi satu jemaah’. Tengku Hamzan bergerak ke depan dan menjadi imam untuk solat Maghrib dan Isyak. Setelah selesai solat berjemaah barulah mereka berempat ke dapur untuk menjamah juadah makan malam yang disediakan oleh Ros dan Mylia.
Tengku Hamzan mengambil tempat duduk di sebelah Mylia. Setelah membaca doa makan, juadah makan malam yang serba sederhana itu dijamah. Walaupun Tengku Hamzan tidak terlalu bisaa dengan cara makan serta juadah-juadah makan malam di rumah ini tetapi Tengku Hamzan sangat berusaha untuk membiasakan dirinya. Dia bukanlah seorang manusia yang terlalu ‘kaku’, dia lebih ‘flexible’ dan mampu menyesuaikan diri dalam apa keadaan sekalipun apatah lagi dalam menyesuaikan diri ke dalam cara kehidupan Mylia dan keluarganya.
Sesekali Lan melihat ke arah Tengku Hamzan. Sangkaanya terhadap lelaki berdarah diraja itu sama sekali terpesong. Tengku Hamzan dilihat sangat bersederhana. Dia mengharapkan Tengku Hamzan akan melakukan banyak kesilapan sepanjang berada di sini kerana dia akan mengambil peluang itu untuk terus membenci abang iparnya itu tetapi semua perlakuan dan perilaku Tengku Hamzan sangatlah mulus sampaikan dia juga sudah mula menerima lelaki itu sedikit demi sedikit.
Setelah selesai makan, Ros dan Mylia membersihkan pinggan mangkuk di dapur sementara Tengku Hamzan dan Lan ke ruang tamu untuk menonton televisyen.
Mylia menyisipkan baju lengan panjang yang dipakainya.
“Ros tengok Tengku Hamzan dah boleh masuk dengan cara hidup kita” tiba-tiba Ros bersuara memulakan berbicara. Bukan hanya Lan yang memerhatikan tingkah laku Tengku Hamzan tetapi Ros juga berbuat yang sama.
Mylia senyum.
“Macamana kehidupan kakak di KL?” soal Ros.
“Macam dulu-dulu. Satupun tak pernah berubah” beritahu Mylia ikhlas. Memang tiada satupun perubahan yang dirasakan sejak tujuh tahun yang lalu.
“Kakak bahagia?”
“Kenapa Ros Tanya macam tu?”
“Abang Lan risaukan kakak. Kakak tahu Abang Lan, Abang Lan tu kan tahu sejarah  hidup kakak dengan Tengku Hamzan tujuh tahun dulu. Mesti dia risau. Kalau boleh tiap-tiap hari Abang Lan nak telefon kakak, Ros je yang tak bagi”
Mylia senyum lagi. Kekhuatiran adik lelakinya itu berasas.
“Kakak Ok je di sana. Ros bagitahu Lan, janganlah risau sangat. Lagipun semua orang di rumah istana tu kakak dah kenal dulu, kakak tak adalah keok sangat”
“Orang tak pelik ke kak? Yelah, semua orang percaya yang kakak dah meninggal?”
“Awalnya peliklah, tetapi Tengku Hamzan dah menjeaskan segala-galanya kepada mereka”
“Anak kakak macamana?”
“Tengku Nadhirah sihat. Sebenarnya kami nak bawa Tengku Nadhirah bersama kalau kami datang hujung minggu tetapi Tengku Hamzan terpaksa datang awal, jadi Tengku Nadhirah tidak dapat ikut”
“Lain kali kalau datang, ajaklah anak kakak sekali”
“InsyaAllah”

Lan   tidak betah duduk berdua-duaan bersama Tengku Hamzan. Peristiwa di kebun dulu berlegar-legar di fikirannya. Dia hamper-hampir membunuh abang iparnya sendiri kerana marah dan fitnah. Lan mengambil kotak rokok dan mancis lalu keluar. Dia duduk di kerusi di hadapan rumah. Sebatang rokok dikeluarkan lalu diletakkan di pinggir bibir. Rokok itu dinyalakan. Berkepul-kepul asap keluar dari mulut dan hidungnya.
Tengku Hamzan datang menemaninya di luar lalu menyapa. Lan tidak senyum. Rokok itu disedut lagi.
“Macamana business?” soal Tengku Hamzan memulakan bicara.
“Macam biasalah”
Lan danTengku Hamzan sama-sama diam. Masing-masing kehilangan kata untuk dibicarakan.
“Saya minta maaf pasal tujuh tahun lepas” kata Tengku Hamzan. Dikumpulkan segala kekuatan untuk dia memohon maaf dan dia rasa memang dia yang bersalah kerana gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami, melindungi dan menjaga keselamatan Mylia.
Lan  memandang Tengku Hamzan. Rokoknya dicampakkan ke tanah yang basah. Dia diam. Tidak menyangka akan menerima ungkapan maaf dari lelaki di sebelahnya itu.
“Saya betul-betul tak tahu yang Mylia ada seorang adik lelaki saat kami berkahwin dulu” jelas Tengku Hamzan lagi.
“Maafkan saya sebab mengabaikan awak, adik ipar saya sendiri” Tengku Hamzan tahu, punca masalah ini bermula sejak tujuh tahun yang lalu kerana kelalaiannya sendiri. Gagal menjalankan tanggungjawabnya terhadap Mylia dan juga Lan yang pada saat itu baru hanya berumur belasan tahun. Dan bukan itu sahaja dia juga mungkin menjadi punca Mylia dan Lan berpisah.
“Saya akan pastikan kakak awak bahagia. Saya takkan sia-siakan peluang kedua ini. tolong maafkan saya” sambung Tengku Hamzan lagi.
“Tengku dah banyak buat kakak saya menderita” suara Lan agak keras.
“Waktu sebelum kahwin dan selepas kahwin dengan Tengku saya tak pernah tengok kakak saya senyum. Kenapa?” Lan melepaskan kemarahannya.
Tengku Hamzan diam. Pertanyaan itu memang tidak berjawapan.
“Kakak dah banyak berkorban demi Tengku, dia diculik dan dikasari dan dia terpaksa menghilangkan diri dari Tengku semata-mata untuk bebas dari kehidupan Tengku. Kenapa Tengku cari dia balik. Bebaskan kakak saya. Ceraikan dia”
“Saya takkan sesekali melepaskan Mylia” bangkang Tengku Hamzan segera setelah Lan mengutarakan kata-kata cerai.
“Tengku nak tengok kakak saya menderita sepanjang hidup dia. Tengku memang tak layak untuk kakak, bukan kakak yang tak layak untuk Tengku. Kehidupan istana dan kemewahan yang Tengku ada sekarang tidak menjamin kebahagiaan. Kakak lebih bahagia tanpa Tengku” sambung Lan lagi.
“Tujuh tahun, Mylia tinggalkan saya. Saya tak pernah cari pengganti. Keluar rumah tanpa izin suami pun dikira berdosa apatah lagi melarikan diri dari rumah. Tapi saya dah maafkan Mylia. Tidak cukup lagikah bukti yng saya mencintai kakak awak”
“Kalau betul Tengku cintakan kakak saya, bebaskan dia. Dia bahagia tanpa Tengku”
Lan   meninggalkan Tengku Hamzan sendirian di luar dan dalam perjalanan ke kamarnya dia bertemu dengan Mylia. Kakaknya menyapa.
“Nampak kanda Tengku Hamzan?” soal Mylia kepda adiknya. Lan tidak menjawab. Dia segera berlalu melewati ruang tamu dan masuk ke maranya.
Mylia mencari kelibat Tengku Hamzan di luar rumah. Suaminya dilihat duduk termenung memerhatikan buLan. Mylia dudk disampingnya. Tengku Hamzan senyum kepadanya.
“Dinda bahagia?”
Mylia ketawa. “Kenapa tiba-tiba Tanya soaLan begini?” pertanyaan Tengku Hamzan itu dirasakan sangat janggal. Wajah Tengku Hamzan ditenung. Ada keusutan yang meLanda suaminya. Wajahnya tidak seceria sebelum ini.
“Ada masalah kanda?” soal Mylia. Selayaknya seorang isteri dia sangat perihatin dengan kesusahan yang menimpa suaminya.
Tengku Hamzan hanya menggeleng.
“Jika sampai saatnya, dinda berasa sangat penat bersama-sama dengan kanda, bagitahu kanda. Jika penceraian kita adalah jaLan yang terbaik untuk kebahagiaan dinda, kanda akan relakan”
Mylia bangun. Kata-kata Tengku Hamzan sangat mengejutkannya. Sejak bila talak adalah jaLan kebahagiaan seoang isteri. Bukankah itu adalah satu-satunya perkara halal yang palng dibenci Allah swt.
“Kanda sedar tak apa yang kanda cakap ni?” Mylia duduk di hadapan suaminya. Wajah Tengku Hamzan ditenung tetapi Tengku Hamzan melarikan wajahnya. Dia lebih memerhatikan buLan daripada kecantikan wajah si isteri. Kata-kata Lan tadi meragut kegembiraannya. Lantas menjentik rasa bersalah yang tidak pernah bersarang di hati. Kata-kata itu menyedarkannya yang sebenarnya Mylia sangat menderita bersamanya. Mylia terlalu baik untuk disia-siakan sedangkan dia terlalu mementingkan perusahaannya. Selama ini, dia memewahkan Mylia dengan wang ringgit tetapi bahagiakah isterinya itu hanya dengan wang ringgit? Sebelum ini bukankah dia melimpahi Mylia dengan kesenangan dan harta benda tetapi kenapa Mylia sanggup menghiLangkan diri dariapadanya dan menjaLani kehidupannya sebagai seorang kebanyakan yang pendapatannya tidak sebanding dengan wang yang diberi kepada Mylia perbuLan  .
“Apa Lan bagitahu kanda tadi?” Mylia sudah mula dapat menghidu sesuatu.
“Dinda cintakan kanda?”
Mylia mengangguk laju. “Cinta dengan sepenuh raga dinda”
Tengku Hamzan tidak tahu dan tidak pandai melafazkan katakata cinta. Dia juga turut menciantai isterinya sepenuh hati. Tengku Hamzan bangun dari duduknya. Dia mencium ubun-ubun isterinya dan kemudian dia berlalu pergi. Mylia terkebil-kebil ditinggalkan sendirian di luar rumah.  Ada keluhan yang dilepaskan. Sejak dia kembali ke rumah istana, ada-ada sahaja masalah yang timbul. Kepercayaan harus dibina semula antara sepasang suami isteri ini. pergolakan rumah tangganya akan berterusan jika Tengku Hamzan terus bersikap dingin seperti tadi.

Mylia masuk ke dalam kamar dan Tengku Hamzan sudahpun ketiduran di katil. Mylia mengambil posisi di samping suaminya. Selimut ditarik untuk Tengku Hamzan dan dirinya. Mylia membelakangkan suaminya dan begitu juga dengan Tengku Hamzan.

No comments:

Post a Comment