Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 9


Bab 9

Tengku Hamzan memeriksa peti simpanan emelnya dan dia mendapat emel dari seorang wakil pekerjanya yang dihantar ke China untuk meninjau-ninjau peluang projek di Negara itu. Tengku Hamzan kemudiannya membuka beberapa dokumen baru untuk disemak. Perkembangan beberapa projek yang sedang dijaLan  kan oleh syarikatnya dipantau. Suraya kemudiannya menghubungi Tengku Hamzan memberitahu yang perjumpaannya dengan wakil dari syarikat Wira Bina ditangguh ke minggu hadapan. Tengku Hamzan  tiba-tiba teringatkan Mylia. Dia memberitahu Suraya untuk menyediakan kenderaan untuknya keluar dan tidak mengganggunya walau apapun alasannya. Tengku Hamzan menelefon Mylia dan menyuruh gadis itu datang ke pejabatnya dalam masa 30 minit.

Seperti seorang pekerja, Mylia patuh denganarahan Tengku Hamzan. Dia tiba di pejabat Tengku Hamzan 30 minit kemudian. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Tengku Hamzan, lelaki itu segera bangun dan menyuruh Mylia mengikutnya. Mylia mengeluh kerana kepenatan dan belum sempat penatnya hilang, Tengku Hamzan pula segera mengajaknya keluar. Mereka ke Tasik Shah Alam. Kali ini Tengku Hamzan melarang dua orang pengawal peribadinya membontoti mereka dan membiarkan mereka berdua bersendirian. Seperti dua minggu lalu, keadaan di Tasik Shah Alam ini agak sunyi. Panas matahari membakar ke kulit. Tengku Hamzan mengeluh kerana kepanasan dan Mylia kemudiannya mengajak Tengku Hamzan duduk di sebuah bangku di bawah rimbunan pohon. Mereka berdua diam seribu bicara.

 Air tasik agak berkocak kerana tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan dek kerana sinaran matahari, air yang jernih itu kelihatan seperti berkilau. Sesekali mereka berdua terpaksa melarikan pandangan kerana kesilauan cahaya sang matahari. Mylia terlihat seekor burung yang sedang terbang tinggi dan kemudian ia semakin rendah. Burung itu cuba untuk tergbang lebih tinggi lagi tetapi ia seolah-olah sedang jatuh. Air tasik terpercik apabila badan kecil burung itu terjatuh ke dalamnya. Mylia berlari ke pingir tasik. Dia cuba menggapai dengan tangan tetapi burung itu tidak berjaya dicapai. Tengku Hamzan berlari mendapatkan Mylia.

“Hati-hati, jatuh nanti!” suara Tengku Hamzan agak kasar. Badan Mylia ditarik ke arah anya. Gadis itu terlalu hampir dengan tebing membuatkan Tengku Hamzan risau akan keselamatannya.

“Kasihan burung itu, Tengku. Saya perlu menyelamatkannya”

“Janganlah, nanti kau terjatuh”

“Tapi burung tu mungkin mati kalau kita biarkan. Lagipun, air kat tepi ni tak dalam lagi” Mylia melipat kaki seluar jeans yang dipakainya. Dia mahu turun ke tebing. Air di pinggi tasik ini tidaklah dalam sangat Cuma sedikit berlumpur. Burung tadi masih lagi terapung di permukaan air. Ia menguakkan sayapnya sekuat hati untuk cuba terbang lagi, namun ia masih lagi terkial-kial di permukaan air.

Let me!” Tengku Hamzan melipatkan kaki seluar slack hitamnya. Keterbatasan tangan kanannya membuatkan pekerjaan itu agak lambat. Pada masa inilah, Mylia melihat tangan kanan Tengku Hamzan agak sedikit kecil dari tangan kirinya dan pergerakan tangan kanannya terbatas. Mylia tunduk dan membantu Tengku Hamzan. Kerana terbisaa dilayan bagaikan seorang raja di rumah istananya, dalam tidak sedar, dia berdiri membuatkan keadaan Mylia benar-benar seperti seorang pembantu. Tengku Hamzan berasa tidak enak dengan perasaan itu. Perasaannya pada waktu itu seolah-olah menyamakan Mylia dengan pembantu-pembantu di rumah istananya. Perasaan itu membuatkan Tengku Hamzan tidak gembira. Sedangkan selama ini, dia memandang semua orang di sekelilingnya sebagai pekerja dan taraf mereka jauh lebih rendah dari tarafnya. Tetapi kenapa dengan Mylia, hatinya sedih apabila dia mebayangkan taraf Mylia sama dengan pembantu rumah istananya. Lengan Mylia diraih. Gadis itu ternyata terkejut dengan perbuatan Tengku Hamzan. Tengku Hamzan tidak berkata apa-apa.

Tengku Hamzan turun dari tebing yang airnya paras betis. Sebaik sahaja kakinya mencecah tanah berselut itu, kaki Tengku Hamzan tenggelam lebih dalam. Dia mencapai burung yang maLan  g itu dan menyerahkannya kepada Mylia. Seluar slack hitam berjenama Boss itu lencun basah dan berlumpur.

Tengku Hamzan naik ke tebing semula dan mengeringkan seluarnya. Dia mengomel sendirian. Perbuatan Tengku Hamzan itu membuatkan Mylia ketawa lucu. Tengku Hamzan mencuit hidung Mylia dengan tanganya yang masih berlumpur. Serta merta ketawa Mylia terhenti. Mylia membasahkan jari telunjukkan dengan air Lumpur yang tercoret pada hidung mancungnya dan cuba untuk berbuat yang sama pada wajah Tengku Hamzan. Tengku Hamzan segera memegang tangan Mulia dan pandangannya tajam ke arah  mata Mylia.

“Tak ada seorang pun berani mengangkat tangannya sama paras dengan wajah aku!”

Mylia diam tetapi dia tersenyum dan berkata “Sayalah orang petama” jarinya bersentuhan dengan hidung Tengku Hamzan dan kini hidung mancung Tengku Hamzan juga tercoret kotoran yang sama seperti pada hidung Mylia. Tengku Hamzan senyum bahagia. Kalau orang lain, pasti dia sudah murka.

“Macaman dengan burung tu?” soal Tengku Hamzan.

“Saya rasa, sayapnya patah. Kita bawa jumpa doctor haiwan ye”

“Boleh”

“Jom kita cuci seluar tengku dulu” Mylia dan Tengku Hamzan mengahala ke sebuah pili dan Mylia sekali lagi tunduk mahu membasuh seluar Tengku Hamzan yang agak kotor dan berlumpur. Pada muLan  ya Tengku Hamzan hanya berdiri, seperti kebisaaanya. Tetapi hatinya sakit melihat Mylia menyamakan perbuatannya dengan pebuatan pembantu-pembantunya, Tengku Hamzan akhirnya menundukkan dirinya. Tengku Hamzan memandang wajah Mylia. Mylia memberikan senyuman kepadanya. Tengku Hamzan membalas senyuman itu. Lesung pipit di kedua-dua belah pipinya terserlah.

Hati gadis Mylia terusik dengan senyuman manis milik Tengku Hamzan. Lelaki itu pasti jarang tersenyum kerana kalau sekali dia tersenyum pasti hati mana-mana gadis yang melihat wajah itu akan cair.

“Tengku selalu ke serius?”

“Kenapa?”

“Sebab saya jarang tengok Tengku senyum. Kalau Tengku senyum, manis. Pastikan kalau dengan saya, selalu tersenyum ya, Tengku”

Mereka ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan untuk burung itu. Tengku Hamzan tidak memegang burung itu kerana takut. Mylia ketawa lucu apabila mendengar pengakuan Tengku Hamzan itu. Dia tidak menyangka yang seorang tokoh korporat yang digentar oleh semua orang rupa-rupanya takut kepada binatang. Seperti yang diduga, sayap burung itu patah dan terpaksa dijaga untuk beberapa minggu. Tengku Hamzan keberatan untuk menjaganya tetapi Mylia mendesak dan akhirnya Tengku Hamzan bersetuju dengan syarat dia tidak pelu memegang burung itu dengan tangannya. Mereka membeli sebuah sangkar untuk menempatkan burung itu buat sementara waktu sebelum mereka melepaskannya setelah kecederaannya sembuh.

Tengku Hamzan mahu menghantar Mylia pulang tetapi Mylia tetap melarang.

Sebaik sahaja sampai di rumah, Tengku Hamzan disambut oleh beberapa orang pembantu rumah istana. Bondanya ada di ruang menonton. Tengku Hamzan menyapa sebelum dia meminta diri untuk naik ke kamar beradunya.

“Awal anaknda pulang”

“Anaknda keluar dengan kawan, bonda”

“Tak masuk office ke?”

“Hari ni anaknda cuti half day. Anaknda naik dulu bonda”

Seperti kebisaaan, kalau Tengku Hamzan pulang agak awal, dia akan menemani bondanya makan malam. Kalau dia agak lewat, bondanya akan makan duluan. Hidangan juadah makan malam disediakan oleh chef yang diambil bekerja di rumah istana.

Hidangan juadah kebisaannya akan dirasa dahulu oleh ketua pembantu iaitu Encik Johar, apabila Encik Johar meluluskan, barulah makana itu dihidang untuk santapan Tengku Hamzan dan juga Maisarah  . Peraturan ini dilaksanakan bagi menjamin mutu masakan dan juga keselamatan keluarga ini.

Encik Johar telah lama berkhidmat dengan keluarga ini. Sewaktu muda dulu, dia diambil bekerja oleh ayahnda Tengku Hamzan. Dan sampai sekarang Encik johar masih lagi setia menabur bakti bagi menjamin keselamatan Tengku Hamzan terutama dari bonda tirinya. Itu adalah amanah dari arwah Tengku Farid sebelum kemangkatannya. Sebelum Tengku Farid mangkat, dia sudah sedar akan niat jahat Maisarah tetapi kerana sakitnya, dia tidak mampu berbuat apa-apa bagi membantu Tengku Hamzan. Encik Johar banyak membantu Tengku Farid sewaktu dia sakit. Encik Johar jugalah yang membantu Tengku Farid menguruskan pertukaran wasiat sebelum kemangkatannya. Kerana terlalu dikaburi oleh kecantikan dan lakonan Maisarah yang hanya berbuat baik di hadapan Tengku Farid, Tengku Farid terpedaya dan memberi separuh dari hartanya ke atas nama Maisarah tetapi di akhir hayatnya, barulah dia sedar akan niat jahat Maisarah dan pada masa itulah dia meminta Encik Johar membantunya menukar nama penerima wasiat bagi segala harta-hartanya atas nama Tengku Hamzan seorang. Nama Maisarah Lan   gsung tidak tersenarai dalam penerima mana-mana asset yang ditinggalkan oleh Tengku Farid.

“Macaman dengan hal perkahwinan anakanda dengan Tengku Anis?” soal Maisarah  .
“Macamana bonda tahu? Tengku Imran belum lagi mengumumkan hal ini. Seingat anaknda, perkara ini hanyalah pada pengetahuan ayahnda Tengku Imran, bonda Tengku Intan, Tengku Anis, dan anaknda”

“Petang tadi bonda ada bertemu dengan Tengku Imran” Maisarah memang mengambil tahu segala-galanya tentang masa depan anakndanya itu. Bukan kerana keperihatiannya tetapi kerana rancangannya untnuk masa depan Tengku Hamzan. Tengku Hamzan tidak akan dibenarkan untuk berkahwin dengan Tengku Anis atau mana-mana gadis supaya dia tidak akan mempunyai waris. Ini bermakna segala harta Tengku Hamzan akan diwasiatkan atas namanya. Mylia hanyalah umpan supaya Tengku Hamzan jatuh cinta dan setelah masanya sesuai, iaitu apabila Tengku Hamzan benar-benar telah jatuh cinta, dia akan menyuruh Mylia meningalkan Tengku Hamzan. Dan pada masa itu, Tengku Hamzan akan sakit kerana rindu dan dia mungkin tidak akan mempercayai cinta lagi. Tengku Hamzan akan membujang dan setelah wasiatnya ditukar, Maisarah mungkin sanggup membunuh untuk mendapatkan segala harta peninggaLan   arwah suaminya itu.

“Anaknda kurang tahu, bonda. Tetapi kalau ikutkan anaknda, anakanda Cuma anggap Tengku Anis kawan rapat dan tak lebih dari itu”

“Bonda tak kisah siapa pun pilihan anaknda, yang penting anaknda bahagia” Maisarah pandai melakonkan wataknya sebagai seorang ibu. Padahal dia sudah merancangkan segala-galanya.

Thank you bonda”

Setelah makan, Tengku Hamzan ke bilik bacaannya yang terletak di tingakt tiga. Bilik bacaan itu adalah ruang yang paling tingi di rumah istana. Kaca lutsinar dijadikan dinding hadapan supaya pemandangan indah yang meng arah   ke kolam renang dan Lan   dskap di sebelah kolam dapat membuatkan Tengku Hamzan berasa tenang terutama apabila dia sudah penat bekerja. Tengku Hamzan menelefon Encik Johar dan menyuruhanya membawa burung yang dibawa balik petang tadi ke ruang bacaan. Sebentar kemudian, Encik Johar naik dengan membawa sangkar burung di tangannya. Sangkar itu diletakkan di sebelah meja berhadapan dengan dinding kaca.
Ada apa-apa lagi, Tengku”

“Awak boleh keluar sekarang”

Tengku Hamzan hanya membisaakan dirinya sebagai aku dengan orang lain kecuali En. Johar dan bonda. Dia menghormati En. Johar kerana lelaki tu merupakan teman rapat ayahndanya dan telah lama berkhidmat dengan kerabatnya.
Encik Johar keluar dan menutup daun pintu.

Setelah penat bekerja, Tengku Hamzan bangun dari duduk dan berjalan    ke arah  sangkar. Burung itu duduk di sebatang kayu yang diletakkan memanjang di dalam sangkar. Ia memandang ke arah Tengku Hamzan.

“Kenapa aku asyik ingatkan Mylia? Kau ada jawapan?” soal Tengku Hamzan kepada burung itu. Burung itu terangguk-angguk seolah memahami ayat-ayat yang dituturkan oleh Tengku Hamzan.

“Kenapa aku bercakap dengan kau? Aku ni dah gila ke?” burung itu kemudiannya berkicau seolah-olah mengiyakan pertanyaan Tengku Hamzan. Tengku Hamzan merasakan dia dipersendakan.

“Bodoh!” marah Tengku Hamzan. Dia mengambil telefon bimbit dan mencari nombor telefon Mylia namun Tengku Hamzan masih teragak-agak mahu mendail nombor itu atau tidak.

“Nak call ke tidak?” Tengku Hamzan masih becakap dengan sang burung.
Telefon bimbit Tengku Hamzan berdering. Nama si pemanggil tertera di skrin layer sentuh telefon itu.

“Mylia!” Tengku Hamzan memberitahu sang burung lalu dia tersenyum. Debaran hatinya memuncak tatkala melihat nama gadis itu tertera di skrin. Tengku Hamzan meraut wajahanya. Ada rinbtik peluh dingin mengalir di hujung rambut.

‘Tunggu beberapa deringan lagi sebelum terima panggilan  nya. Supaya kau tak nampak gelojoh sangat!’ bentak hati kecilnya yang mementingkan ego.
Setelah memberi salam Mylia bertanya tentang burung yang diselamatkan oleh Tengku Hamzan petang tadi.

“Ok, dia belum tidur lagi”Tengku Hamzan menggunakan kata ganti nama ‘dia’ untuk sang burung

“Tengku pun belum tidur lagi. Ada kerja ke?”

Ada sikit. Kau call nak Tanya pasal tu ke?” soal Tengku Hamzan.

“Kenapa? Saya mengganggu Tengku?”

Tengku Hamzan berdiam diri.

“Kalau macam tu tak pelah. Saya letak phone sekarang”

“Mylia!”

Mylia berdiam diri. Lama dia membisu sehingga Tengku Hamzan beruLan  g kali bertanya “Hello?”

“Ya Tengku”

“Kenapa diam?”

“Ini pertama kali Tengku menyebut nama saya”

Tengku Hamzan diam lagi.

Ada apa Tengku?”

“Boleh aku tahu umur kau?”

“BuLan   depan, saya 18 tahun. Tengku umur berapa?”

“29”

“Kau dah ada boyfriend?” soal Tengku Hamzan setelah dia pasti dengan keputusannya untuk menyuarakan sahaja persoalan itu.

Mylia ketawa kecil sebelum dia menjawab pertanyaan itu. “Belum lagi Tengku”

“Mulai sekarang, kau girlfriend aku. Jangan menolak sebab aku tak pernah ditolak. Kau tak ada pilihan lain”

“Apa Tengku cakap ni. Tengku selalu ke buat keputusan macam ni? Lan   gsung tak Tanya penapat saya dulu?”

“Pendapat kau tak penting!” Tengku Hamzan menutup malunya. Dia sebenarnya takut jika Mylia tidak melihatnya sebagaimana dia melihat Mylia. Dia tidak sangup mendengar jika lamarannya itu ditolak. Tengku Hamzan mematikan talian. Mylia cuba menelefon sekali lagi namun panggilan  nya tidak diterima oleh Tengku Hamzan. Tengku Hamzan mematikan telefon bimbitnya.

Setelah berjaga sampai awal pagi, Tengku Hamzan membasahkan kulitnya dengan air sembahyang. Dia selalu melakukan solat sunat terutama apabila dia berjaga sampai awal pagi kerana kerja. Malam ini , sebelum tidur, Tengku Hamzan melakukan solat tahajjud dan juga solat istikh arah  . Ada keputusan penting yang perlu dibuat dan memerlukan petunjuk daripada Allah swt. Setelah selesai solat, Tengku Hamzan membaringkan tubuhanya ke tempat beradu. Kerana kepenatan, dia segera terlelap.dan dalam tidurnya Tengku Hamzan ada bermimpi.

Di dalam mimpinya, Tengku Hamzan bertemu dengan arwah bonda serta ayahndanya. Wajah ayahnda serta bondanya sangat indah dan berseri-seri. Mereka berdua kelihatan sangat bahagia, malah Tengku Hamzan tidak pernah melihat ayahnda serta bondanya begitu gembira sewaktu hayat mereka dikandung badan. Latar belakang gambaran berubah dari putih ke sebuah taman yang indah. Taman itu seolah-olah taman Lan   dskap di sebelah kolam renang rumah istana mereka Cuma ianya di penuhi oleh binatang kecil. Rumput tumbuh melata dan ada pokok bunga sri pagi menghiasi celah-celah rumput hijau. Yang peliknya, pokok sri pagi tidak boleh tumbuh jika ada rumput, tetapi di dalal mimpinya, pokok sri pgi itu tumbuh mekar bersama-sama dengan rumput yang menghijau.

Tengku Hamzan hampir ke arah  mereka kedua orang tuanya. Tengku Farid dan Tengku Rusnah tersenyum ke arah anya. Tengku Hamzan berjalan    semakin hampir. Kedua orang tuanya terlihat-lihat ke belakangnya seperti menunggu seorang lagi tetamu untuk menyertai mereka. Tengku Hamzan  tertoleh ke belakang. Seorang gadis datang ke arah  mereka tetapi wajahanya tidak kelihatan dek kerana silauan cahaya putih yang amat terang memancar dari belakang badan gadis itu. Mata Tengku Hamzan mencerun menahan silauan cahaya terang. Matanya sudah sakit tetapi dia tetap mahu melihat wajah gadis yang menjadi tetamu bonda dan ayahndanya.

“Siapa tu bonda?” soal Tengku Hamzan kepada Tengku Rusnah.

Bondanya tersenyum lalu berkata, “Gadis yang anaknda cintai. Dia yang akan menjadi ahli keluarga kita nanti” silauan cahaya yang terang memancar makin terang, tetapi kemahuan Tengku Hamzan untuk mengetahui siapakah gerangan gadis yang dimaksudkan oleh bonda itu sangat memuncak. Dia berjalan    ke arah  gadis itu. Si gadis  semakin mendekat dan dia berhenti agak jauh dari Tengku Hamzan dan keluarganya. Seekor burung yang menyerupai burung yang dirawat oleh Tengku Hamzan petang tadi datang berterbangan di udara dan mengelilingi gadis  itu lalu hinggap di lengannya. Burung itu juga patah sayapnya seperti burung yang diselamatkan oleh Tengku Hamzan petang tadi tetapi burung di dalam mimpinya ini tetap bisa terbang walaupun sayap kelihatan sudah berbalut.

“Siapa kau?” soal Tengku Hamzan benar-benar ingin tahu.

“…….” Kata-katanya tidak kedengaran tetapi Cuma gerak bibir yang kelihatan itu pun berbalam-balam kerana silau.

Jawapan dari gadis  itu tidak berapa jelas. Tengku Hamzan bertanya sekali lagi tetapi kali ini tiba-tiba dia terjaga dari tidurnya. Mimpinya juga turut berkecai.

Tengku Hamzan duduk di katil dan termenung panjang. Wajah Mylia terbayang di fikiran. Dia telah membuat keputusan dan keputusannya muktamad. Sesiapapun tidak bisa mengubah sebarang keputusan yang telah diputuskannya. Cuma dia perlu mengetahui sesuatu sebelum dia mengatakan keputusannya itu.

No comments:

Post a Comment