Bab 22
Hari ini adalah
hari keenam kerabat diraja Tengku Hamzan berada di kediaman istana Tengku
Shahir. Tetapi Tengku Hamzan dan Mylia merencanakan pada sebelah petang nanti
mereka berdua kembali ke tanah air kerana keesokan harinya Tengku Hamzan sudah
mula bekerja. Pada jam lima petang, mereka berdua selamat menaiki pesawat
peribadi dan pulang ke tanah Malaysia. Sementara Tengku Anis dan suaminya
berangkat bersama ayahnda serta bondanya dengan pesawat peribadi mereka
sendiri. Sebaik sahaja sampai ke tanah air, mereka disambut oleh En. Johar yang
setia menanti di lapangan terbang antarabangsa bersama dengan beberapa orang
pengawal peribadi Tengku Hamzan. Setelah itu Tengku Hamzan mengarahkan agar
mereka segera ke rumah istana kerana dia telah kepenatan dan besoknya dia harus
bangun pagi-pagi untuk ke pejabat. lenanya datang tanpa diundang. kerana
terlalu kepenatan, Tengku Hamzan cepat sahaja tertidur di tempat beradu.
Mylia belum lagi
mengantuk kerana dia sudah terlelap di dalam pesawat tadi. Sebaik sahaj dia meLan gkah masuk ke kamar, di;ihatnya Tengku Hamzan
sudah terbaring lesu di katil. Tubuh suaminya itu terbaring lena tanpa
menyedari yang Mylia duduk di sisinya. Wajah Tengku Hamzan diperhatikan. Wajah
itu terlalu indah di matanya. Walaupun perbedaan umur antara mereka agak jauh
tetapi dia merasakan yang ada penghalang antara mereka. walaupun sesekali
berbeda pendapat tetapi pasti ada salah seorang yang mengalah. Wajah itu dielus
perlahan dan penuh kasih saying. Satu kucupan dihadiahkan di dahi suaminya.
Entah sejak kapan dia menyintai suaminya. Adakah sebelum perkahwinan mereka
lagi? Atau beberapa hari yang lalu di rumah ayahnda Tengku Shahir? Tetapi yang
penting, dia terlalu menyintai suaminya.
Mylia bangun
sedikit terlewat daripada bisaanya. kerana tidur agak terlambat semalam
membuatkan lenana Lan jut sampai ke
pagi. dikerling tempat tidur suaminya di sisi tetapi Tengku Hamzan sudah tiada
di situ. Mylia tersedar apabila mendengar bunyi deringan telefon. Panggilan itu
diterima.
“Assalamualaikum kanda” sangkaannya Tengku Hamzan yang
menelefon tetapi sangkaannya meleset sekali.
“Datang ke bilik bacaan aku sekarang” suara Maisarah kedengaran di hujung talian. Mylia gugup.
Apa kehendak Maisarah lagi? Dia meninggalkan telefon
bimbitnya di hujung katil lalu memakai sweater hitam untuk menutup tube yang
dipakaianya. Daun pintu diketuk sebelum Mylia masuk ke dalam bilik bacaan.
Maisarah sedang duduk di kerusinya. Mylia tidak disuruh duduk.
“Aku nak tahu, ada apa-apa perkembangan semasa di USA?” soal
Maisarah, terus kepada agenda yang ingin diketahui semasa ketiadaannya di USA.
Mylia diam sahaja. Adakah patut diberitahu tentang keadaan
tangan kanan Tengku Hamzan? yang Tengku Hamzan sudah bisa menggerakkan tangan
itu. Adakah berita ini akan membuatkan Maisarah
gembira? Tangan Tengku Hamzan bisa kembali normal jika menjaLan i fisioterapi. Atau adakah Maisarah akan lebih memburukkan kedaan Tengku Hamzan?
“Kenapa diam?” tengking Maisarah . Dia bangun berdiri di
sebelah Mylia. Kepala Mylia ditolak kuat. Dahi Mylia dituding-tuding dengan
jari telunjuk.
“Baik kau laporkan semuanya kepada aku. Kau kena ingat, aku
yang pungut kau dari tepi jaLan , baru
kau boleh merasa kehidupan mewah macam ni”
“Aku tak mau jadi seperti kau. Kacang lupakan kulit. Tengku
Farid juga pungut kau kan? Tetapi kau runtuhkan keluarganya!!”
Maisarah diam, kaget
. lambat-lambat dia bersuara. “Kau dah tahu semuanya pasal aku. Siapa yang
bagitahu? Tengku Hamzan?”
“Kanda takkan buruk-burukkan kau”tengking Mylia. tidak suka
mendengar tohmahan dari Maisarah buat suaminya itu.
“Pasti Tengku Imran!” Maisarah meneka-neka sahaja. Tiada
sesiapa yang lebih membencinya sepertimana Tengku Imran.
Mylia diam. Walaupun tekaan Maisarah silap tetapi dia malas membabitkan mana-mana
nama kerabat dalam pertengkaran mereka. Biarlah dia sahaja yang tahu yang
Tengku Anis telah menceritakan segala-galanya.
“Kau jangan buat apa-apa yang boleh menyebabkan aku marah!
Kalau tak Tengku Hamzan akan ku bunuh”
“Kau takkan mencederakan Tengku Hamzan selagi kau tak
pastikan Tengku Hamzan sign surat wasiat”
“Bijak. Aku tak sangka budak mentah macam kau ni boleh
mengetahui rancangan aku. Adik lelaki kau mana?” tiba-tiba Maisarah mengungkit tentang kehilangan Khairul.
Mylia tiba-tiba takut jika Maisarah mampu menjejaki kewujudan Khairul. Dia
sendiri tidak tahu di mana Khairul berada sekarang. Mereka sudah jarang
berhubungan setelah Mylia menukar nombor telefonnya. Apa yang dilakakukanny
adalah terbaik untuk adik lelakinya.
“Aku tahu kau sorokkan adik kau supaya aku tak boleh ugut
kau lagi”\
Mylia diam lagi.
“Jangan risau, aku dah suruh Fuad carikan keberadaan adik
kau”
Mylia mendekati Maisarah , “Kalau kau berani cederakan adik
aku. Aku akan pastikan yang kau akan mati!” mata Mylia memandang tajam ke arah
mata Maisarah . Maisarah terkejut tetapi lama selepas itu dia ketawa
menghilai. Hilaian ketawa itu bergema di seluruh kamar.
“Hari demi hari, kau dah macam aku! Betul kau cintakan
Tengku Hamzan? atau kau juga mempunyai rancangan untuk membolot semua harta
dia? Kita berdua sama sahaja!” tambah Maisarah lagi.
Mylia terkejut. Dia keluar dari bilik meninggalkan
Maisarah sendirian. Hilai ketawa
Maisarah kedengaran walaupun Mylia sudah keluar dari kamar itu.
Kata-kata Maisarah
bergema di telinganya, “Hari demi hari, kau dah macam aku! Betul kau
cintakan Tengku Hamzan? atau kau juga mempunyai rancangan untuk membolot semua
harta dia? Kita berdua sama sahaja!”
Mylia menutup kedua-dua telinganya.
“Puan Muda, Encik Johar suruh saya sediakan air bersiram”
tegur seorang pembantu rumah. Mylia tidak mengendahkannya. Pembantu rumah itu
mengekori Mylia sampai ke kamarnya. Pintu kamar dibuka untuk Mylia.
“Jangan ganggu saya” pinta Mylia. Pembantu rumah itu
tercengang. Dia hanya berdiri di luar kamar. Pintu kamar ditutup kembali. Arahan Mylia untuk membiarkannya sendirian
dipatuhi. Kerana akur dengan perintah Encik Johar juga, pembantu rumah itu
terus menunggu di luar kamar sehingga pintu akan dibuka oleh Puan Mudanya.
Kata-kata Maisarah
meragut ketenangannya. Betulkah dia telah berubah? Betulkan dia banyak
menerupai Maisarah sekarang ini! Mylia
juga turut terkejut dengan keberaniannya mengugut untuk membunuh Maisarah jika Khairul dicederakan.
Telefon bimbit berdering. Mylia melihat nama si pemanggil.
Kali ini Tengku Hamzan yang menelefon. Mylia menerima panggilan itu.
“Kanda ingat dinda belum bangun”
Mylia ketawa kecil. “Kanda ingat dinda ni puteri beradu ke?”
Tengku Hamzan ketawa. “Buat apa hari ini?” soal Tengku
Hamzan. walaupun baru beberapa jam masuk kerja tetapi dia sudah merindui Mylia.
“Tak pLan lagi. Duduk di rumah istana saja. Kenapa?”
“Kalau macam tu, ke office lah” Tengku Hamzan memberi
cadangan.
“Baiklah”
Mylia bersiap.
Dua orang pengawal peribadi Tengku Hamzan menemaninya ke pejabat suaminya.
Mylia dibenarkan masuk oleh Suraya setelah mendapat arahan daripada Tengku Hamzan untuk
membenarkan Mylia masuk berjumpanya.
Tengku Hamzan
tersenyum kepada isterinya. Laptopnya ditutup demi sahaja terpandang wajah Mylia
di hadapannya. Walaupun hanya memakai tshirt putih dan berjeans, Mylia tetap
Nampak anggun. Mylia senyum kepada Tengku Hamzan.
“Busy kanda?” soal Mylia sambil duduk berhadapan Tengku
Hamzan. Tengku Hamzan menyandarakan badannya ke kerusi. Dia penat menghadap
laptop dan apabila melihat Mylia di hadapannya, dia berhasrat untuk berehat
sebentar. Mylia masih tidur sewaktu dia ke pejabat pagi tadi.
Tengku Hamzan menekan intercom dan menghubungi Suraya.
“Suraya, hari ni, ada apa-apa meeting ke?” soal Tengku Hamzan.
“Ada Tengku. Pukul 3 nanti Tengku ada meeting dengan wakil
dari syarikat Jepun”
“Sebelum tu ada pLan apa-apa ke?”
“Tak ada apa-apa. Tapi meeting dengan wakil dari Jepun tu
penting”
“Tahulah saya!”
“Mood tak baik ke kanda?” soal Mylia setelah talian dengan
Suraya dimatikan. Dia bangun dan berdiri di sebelah Tengku Hamzan. bahu Tengku
Hamzan diurut perlahan. Tengku Hamzan membiarkan sahaja. Dia agak penat kerana
tidak sempat berehat panjang setelah pulang dari Amerika Syarikat semalam.
Mylia bermain-main rambut Tengku Hamzan. Tengku Hamzan meraih tangan Mylia dan
menarik isterinya ke riba. Pipi Mylia dikucup lembut.
“Eh kanda ni. Kat office pun nak bermanja-manja” Mylia
melihat di sekelilingnya, bimbang jika dinding kaca bilik Tengku Hamzan itu
dapat dilihat dari luar. Tengku Hamzan sekadar senyum.
“Kanda terbawa-bawa mood honeymoon di rumah Tengku Shahir”
“Honeymoon dah habis. Ni kerja banyak, bila nak siap?” Mylia
bergurau. Tengku Hamzan ketawa. Dokumen dan fail-fail yang tersusun di meja belum
sempat dibuka pun. Awal pagi tadi dia meneliti maklumat yang disediakan oleh
pekerjanya di dalam laptop berkenaan perancangan usahasama dengan syarikat
Jepun.
“You’re right. Its time to get down into business” Tengku
Hamzan meleraikan ikatan tali lehernya. KepaLan
ya dipicit kerana kesakitan. Dia memang benar-benar perlukan rehat.
Setelah pulang dari bercuti, banyak kerja yang tertangguh. Lihat saja
dokumen-dokumen di atas mejanya. Semunya ditinggalkan semasa bercuti dan
akibatnya, dia perlu melakukan overtime untuk menghabiskan kerja-kerja yang
tertangguh itu. Memikirkan kerja-kerjanya sahaja membuatkan kepaLan ya pening. Mylia bangun dari ribaan suaminya.
Kepala Tengku Hamzan dipicit-picit perlahan. Tengku Hamzan diam sahaja begitu
juga dengan Mylia. Walaupun dalam keadaan sunyi begini, Mylia tetap merasakan
yang Tengku Hamzan sangat dekat kepadanya. Kalau dulu mahu memegang tangan
kanannya saja sudah ditengking-tengking apatah lagi menyentuh kepaLan ya seperti sekarang ini. Tengku Hamzan sudah
membuka ruang untuk Mylia di dalam hidupnya. Tengku Hamzan sudah banyak
bertolak ansur dengan beberapa perkara yang dianggap berdaulat atau
perkara-perkara yang berkait dengan egonya. Malah suaminya itu pernah
melafazkan cintanya. Kalau dulu, Tengku Hamzan bukan begini. Teringat malam
perkenaLan mereka, ketika memberikan kad namanya kepada
Mylia. Kad itu dicampakkan sahaja, Mylia tunduk memungut kad nama itu.
“Hari ini kita lunch sama-sama. Kanda boleh keluar sampai
pukul 2 sebab pukul 3 ada meeting nanti”
Tangan Mylia diraih. Mylia berhenti dari memicit kepala
Tengku Hamzan. Ajakan Tengku Hamzan itu diterima.
“Dinda tunggu kanda sebentar boleh? Kanda nak siapkan
presentation ni dulu”
Mylia mengangguk. Dia kemudiannya duduk di sofa di penjuru
kiri bilik itu. Majalah yang ada disusun di meja dicapai. Majalah-majalah itu
dibelek. Tengku Hamzan kembali melakukan kerja-kerjanya. Sesekali dia melirik
ke arah Mylia yang sedang tekun membaca. Tengku Hamzan mengedit beberapa fail
presentation.
“Malam ni dinda buat apa?” soal Tengku Hamzan. Mylia yang
duduk agak jauh daripadanya dilihat.
“Tak ada apa-apa. Tunggu kanda balik kerja lah”
“Kalau macam tu, malam ni kita tengok wayang, nak?”
Mata Mylia bersinar seolah-olah mengharap. Dia tidak pernah
menonton wayang dengan Tengku Hamzan sebelum ini. Pengalaman itu pasti
menyeronokkan jika dapat ditemani oleh Tengku Hamzan ke panggung wayang. Tak
sangka yang Tengku Hamzan akan bersama-sama dengannya di kawasan ramai orang.
Selalunya Tengku Hamzan akan mengelak ke tempat-tempak public kerana risaukan
keselamatan mereka.
“Nak!” Mylia mengagguk mahu. Dia tidak sabar menanti
kedatangan petang ini supaya dia dapat bersama-sama dengan Tengku Hamzan
menonton wayang. Mylia sudah merancang mahu melihat cerita romantic yang ditayangkan
di wayang.
Jam di dinding
menunjukkan pukul 8 malam tetapi Tengku Hamzan masih belum pulang. Mylia
menelefon kepada suaminya dan Tengku Hamzan memberitahu yang dia sudah dalam
perjaLan an pulang. Sepertimana
remaja-remaja lain, Mylia bersiap-siap dengan hanya memakai jeans dan tshirt
berlengan panjang. Untuk mengelakkan rasa dingin dia membawa sehelai sweater
yang dibelinya bersama-sama dengan Tengku Hamzan semasa ke Amerika Syarikat
beberaap hari lalu. Sweater itu dibeli sepasang dengan sweater Tengku Hamzan.
Apabila mendengar deruan enjin kereta Tengku Hamzan, Mylia segera keluar
menyambut ketibaan suaminya. Tengku Hamzan duduk di sofa di ruangan di antara
porch dan ruangan istirehat. Di ruangan itu, Encik Johar akan membantu Tengku
Hamzan membukan ikatan kasutnya. Itu adalah rutin seharian Encik Johar terutama
apabila Tengku Hamzan mahu ke pejabat dan pulang dari pejabat. Tengku Hamzan
gagal membuka ikatan kasutnya kerana keterbatasan tangan kanannya. Mylia hanya
memerhati. Wajahanya ceria apabila melihat wajah Tengku Hamzan. Dia tidak sabar
mahu menonton wayang bersama-sama dengan suaminya.
“Dah siap dinda?”
Mylia meraih
tangan kiri Tengku Hamzan dan menarik tangan suaminya ke kamar mereka supaya
Tengku Hamzan segera menukar persalinannya. Mylia menyerahkan sehelai tshirt
yang tidak berkolar kepada Tengku Hamzan. tshirt itu dibeli sebagai hadiah
kepada Tengku Hamzan semasa keluar membeli belah beberapa hari yang lalu.
“Kanda tak pakai baju macam ni” Tengku Hamzan-shirt berwarna
pink lembut yang masih tergantung dengan hanger itu diserahkan kembali kepada
Mylia. Dia tidak pernah memakai tshirt yang tidak berkolar, apatah yang
bercorak-corak seperti Tengku Hamzan t-shirt yang dihadiahkan oleh Mylia ini.
“Try lah kanda” Mylia memujuk.
“Nanti kanda jadi bahan ketawa pembantu-pembantu rumah
nanti”
“Mereka mana berani ketawakan kanda”
“Encik Johar, nanti Encik Johar ketawakan kanda”
“Pakailah. Lepas tu kita pakai couple sweater ni” Mylia
membuka butang kemeja Tengku Hamzan satu persatu dan kemudian menyuruh Tengku
Hamzan mengenakan Tengku Hamzan Tengku Hamzan t-shirt pink muda itu. Kerana
pujukan Mylia, Tengku Hamzan mengikut sahaja kerenah keanak-anakan isterinya
itu.
Mylia menarik
tangan Tengku Hamzan untuk turun. Dia bimbang jika mereka terlambat untuk
menonton wayang. JaLan di Kuala Lumpur ini selalu sahaja jam. Tengku
Hamzan agak janggal dengan pakaiannya. Seperti yang dijangkakaknnya,
pembantu-pembantu rumah serta pengawal peribadinya terkejut dengan penampiLan nya. Encik Johar yang pada waktu itu baru
keluar dari dapur turut kaget dengan pakaian Tengku Hamzan tetapi dia tidak
menegur. Pembantu-pembantu rumah lagi tidak berani bersuara bimbang Tengku
Hamzan akan marah. Mereka semua terlopong melihat Tengku Hamzan. Tengku Hamzan
berhenti di hadapan Encik Johar.
“Macamana?” soal Tengku Hamzan kepada Encik Johar berkenaan
penampiLan nya. Tengku Hamzan lebih
terbuka dengan Encik Johar kerana dia telah mengenali lelaki itu sejak dia
masih kecil dan gurauan serta kata-kata Encik Johar boleh diterima dengan
lapang dada. Jika orang lain bersuara pasti Tengku Hamzan akan menengking.
“Macaman Encik Johar?” kali ini Mylia pula yang bertanya.
Encik Johar melihat Tengku Hamzan dari kepala sampai hujung
kaki kemudian baru dia bersuara. “Nampak lain sangat” Encik Johar tidak ketawa
walaupun dia berasa Tengku Hamzan kelihatan agak lucu dengan pakaiannya itu.
Tengku Hamzan tidak pernah berpakaian begini, tentulah agak berlainan apabila
melihat majikannya yang sentiasa kelihatan formal tiba-tiba memakai pakaian
gaya funky remaja begini.
“Tengok, Encik Johar tak cakap apa-apa. Yang lain jangan
berani ketawa” suara Tengku Hamzan keras kedengaran. Arahannya itu ditujukan
kepada semua pekerja-pekerjanya yang sedang memerhatikannya.
“Jom kanda. Kita dah lewat. Jam nanti”
“Jam?”
Mylia diam. terpinga-pinga
“Dinda ingat kita nak keluar ke? Kanda kan tak suka ke
tempat public” beritahu Tengku Hamzan.
“Tapi kanda kata nak tengok wayang” jelas Mylia. Dia sudah
bingung.
“Kita akan tengok wayang. Kanda dah suruh Encik Johar
sediakan skrin dan LCD di ruang menonton”
“Oh! Dinda ingat..” Mylia hampa. Air mukanya berubah.
“Kanda takkan ke tempat public macam tu. Bahaya!”
“Tengok kat rumah istana lagi bagus. Kita berdua je. Dinda
nak tengok cerita apa, semua ada” Tengku Hamzan cuba memujuk. Mylia keliahatan
sangat kecewa.
“Tapi dinda nak tengok wayang di cinema, macam dating”
“Tengok di sini lagi bagus. Encik Johar dah sediakan semua”
Kali ini Tengku Hamzan pula yang menarik tangan Mylia
membontotinya ke ruangan menonton. Memang tepat kata-kata Tengku Hamzan. segala-galanya
telah disediakan oleh Encik Johar. Skrin putih, LCD, sofa, makanan dan minuma
yang pelbagai jenis turut akan dihidangkan tetapi perasaannya tetapi tidak sama
dengan menonton di wayang. Tetapi demi tidak mengecewakan Tengku Hamzan Mylia
menurut sahaja dan dia cuba untuk kelihatan gembira.
bila nk update yg terbaru..
ReplyDelete