Bab 50
Meeting dari kumpuLan yang
ditugaskan untuk menyelaraskan semua data kewangan setelah kes penyelewengan
itu membentangkan hasil analisis kewangan syarikat yang terbaru. Seorang
akauntan syarikat yang bekerja di bawah pengelolaan En. Kamil dahulunya
membentangkan hasil analisis mereka. Mylia hanya sekadar mendengar penyampaian
yang disampaikan oleh salah seorang anak buahnya itu. sesekali dia menjeling ke
arahsuamniya. Tengku Hamzan tetap kelihatan tenang.
“Bajet syarikat sekarang masih
belum mampu untuk menampung kos perbeLan
jaan projek syarikat yang terbaru iaitu projek Polypetroleum. Dengan
keadaan syarikat sekarang, banyak pelabur ingin menarik diri dari projek ini.
kita sekarang masih bergantung kepada syarikat Megah Kristal, syarikat di bawah
pimpinan Tengku Imran” jelas Maizatul lagi.
“Progress projek ini baru di tahap
permulaan, iaitu 10%, kalau kita teruskan maknanya kita masih perlukan banyak
lagi modal. Tetapi jika kita menjual projek ini kepada syarikat lain, mungkin
keadaan syarikat akan lebih baik” jelas maizatul lagi.
“Tapi kalau kita teruskan projek
ini, ekonomi syarikat akan kembali kukuh dan imej syarikat akan kembali pulih”
sampuk Tengku Hamzan. Kelihatan beberapa orang pekerjanya mengangguk bersetuju
dengan pendapat daripada Tengku Hamzan itu.
Mylia hanya berdiam diri, tidak
mengeluarkan pendapatnya. Dia hanya ingin menunggu keputusan yang diambil oleh
suaminya. Walau apapun keputusan yang
bakal diputuskan oleh Tengku Hamzan, dia telah mengatur rancangan yang paling
baik.
“Terpulang kepada Tengku. Tetapi
saya sarankan agar, syarikat melepaskan projek ini. biar syarikat Megah Kristal
yang ambil alih sepenuhnya. Jualkan saham syarikat dalam projek ini. kalau tak,
syarikat ini akan tanggung risikonya” maizatul tetap dengan pendiriannya.
Pekerja-pekerja yang hadir di
mesyuarat itu saling berbincang sesame sendiri. Tengku Hamzan diam.
“Syarikat Megah Kristal akan
membantu kewangan kita. Aku yakin. Kita dah lama berurusan dengan Megah
Kristal. Mereka takkan tikam kita dari belakang” Tengku Hamzan pula
mengeluarkan hujahnya, menyokong saranannya untuk meneruskan projek itu. dia
yakin yang ayahndanya, Tengku Imran akan membantunya. Ayahndanya tidak pernah
membiarkan dia dalam kesusahan. Pekerja-pekerjanya juga tahu yang syarikat
megah Kristal itu kepunyaan bapa saudara Tengku Hamzan. Dan sekiranya Tengku
Hamzan yakin dengan syarikat itu dan bantuan daripada Tengku Imran, mereka juga
turut mempunyai keyakinan yang sama.
“Kita ikut majority saja. Ini bukan
keputusan yang aku boleh putuskan sendiri. Ini masa depan syarikat, masa depan
kamu semua” Tengku Hamzan bersuara.
Yani kemudiannya ditugaskan untuk
mengira undian yang dibuat dan hasil daripada itu, majority yang hadir di
mesyuarat itu mahukan syarikat meneruskan projek Polypetroleum itu.
……………………………
Projek Polypetroleum itu diteruskan
di bawah kelolaan syarikat Perdana King
yang diterajui oleh Tengku Hamzan dan dibantu oleh syarikat megah Kristal.
Tengku Hamzan berpendapat syarikatnya mampu meneruskan projek ini kerana
ayahndanya akan setia membantu.
Setelah meeting dengan pengelola
projek beberapa minggu yang lalu, syarikat perdana King dan syarikat megah
Kristal telah membuat konfirmasi akan meLan
jutkan projek ini. segala kelengkapan dan keperluan yang diperlukan
seperti bahan mentah pembinaan, kelengkapan pembinaan dan tenaga buruh telah
diperlengkapkan sesuai dengan keperluan yang optimum bagi menyiapkan projek ini
sesuai dengan jadual.
Tengku Hamzan sangat sibuk
menguruskan projek ini dan boleh dikatakan setiap pagi, dia akan melawat tapak
projek. Projek polypetroleum ini dianggap sebagai batu loncatan untuk dia
menebus kembali maruah syarikatnya.
“Apa pendapat ayahnda kalau kita
tambah pekerja?” soal Tengku Hamzan kepada tengku Imran.
“Tak cukup lagi ke pekerja yang ada
sekarang?”
“Bukan apa ayahnda. Kalau lagi
ramai, lagi cepat projek ni siap”
“Ini pun dah cukup ramai anaknda.
Kalau semakin ramai, seakin tinggi bajet yang kita perlukan. Syarikat anaknda
ka nada masalah sekarang” Tengku Imran berkata benar. Dia melihat Tengku Hamzan
seperti terlalu menaruh harapan yang besar untuk projek ini. Tengku Hamzan
terlau beriya supaya projek ini berjalan dengan
Lan cer. Siapa yang tidak mahu begitu.
Semua orang mahukan perkara yang sama tetapi Tengku Hamzan kelihatan agak tidak
professional gara-gara kedaannya yang memaksa.
Telefon bimbit Tengku Imran berdering
dan dia melihat nama si pemanggil.
“I have to take this” beritahu
Tengku Imran dan dia menekan butang hijau setelah dia meniggalkan Tengku Hamzan
bersama dengan beberapa orang pekerja yang lain.
Tengku Imran kembali kepada Tengku
Hamzan setelah panggilan itu dimatikan.
“Anaknda, ayahnda ada hal. Urusan
di sini, ayahnda serahkan kepada anknda”
Tengku Hamzan mengangguk.
“Ada apa ayahnda?”
“Ada hal sekejap. Business”
beritahu Tengku Imran.
…………………
Dari jauh Tengku Imran melihat
kereta Mylia yang diparkir di bawah tempat yang disewa khas atas nama Tengku
Hamzan. Tengku Imran menyuruh drivernya menurunkan dia di hadapan bangunan
cafeteria di golf club itu. tngku Imran berjalan ke
arahcafeteria dan melihat Mylia sedang menunggunya di sebuah meja yang agak
tersembunyi sedikit.
“Ada apa nak jumpa ayahnda?” soal
Tengku Imran sejurus dia melabuhkan punggung berhadapan dengan gadis itu.
“Anaknda ada hal mustahak nak minta
tolong ayahnda”
“Tengku hamzan tahu tak anaknda
jumpa ayahnda ni?”
Mylia menggeleng. Dia memang
sengaja mahu merahsiakannya daripada Tengku Hamzan. Sekiranya Tengku Hamzan
tahu, rancangannya takkan menjadi.
“Apa yang mustahak sangat ni?” soal
Tengku Imran.
“Saya nak minta ayahnda tarik balik
bantuan kewangan kepada Syarikat Perdana King” beritahu Mylia.
“What!” Tengku Imran terkejut.
“Kau gila ke?” Tengku Imran tidak
dapat mengawal emosinya. Kata-kata seranah itu terpacul jua daripada mulutnya.
“Ayahnda dengar dulu penjelasan
anaknda” pujuk Mylia. Dia tahu tidak mudah untuk meyakinkan tengku Imran,
tambahan pula bapa saudara suaminya itu sangat baik kepada Tengku Hamzan.
Tetapi Mylia akan cuba menarik tengku Imran untuk bekerjasama dalam
rancangannya ini.
“Projek Polypetroleum itu tengah berjalan
sekarang, kalau aku tarik balik dana syarikat,
macamana Syarikat Perdana King nak bertahan?”
“Itu yang saya mahu. Syarikat kanda
Tengku Hamzan tidak cukup dana, kami bergantung kpada syarikat ayahnda. Kalau
syarikat ayahnda menarik balik kerjasama dengan syarikat kami, syarikat kami
tidak akan mampu bertahan”
“Apa yang kau nak sebenarnya. Aku
takkan buat begitu kepada anaknda Tengku Hamzan”
“Ini saja jaLan yang
saya terfikir untuk buktikan kepada kanda Tengku Hamzan siapa Maisarah yang
sebenar. Maisarah takkan dapat diadili dengan keadiLan . Kalau hari ni ditangkap esok dia mungkin
lolos. Tengku Hamzan takkan percaya kalau kita bagitahu siapa Maisarah yang
sebenar. Kita terpaksa guna cara begini”
Tengku Imran terdiam. Memang
rancangan ini sangat merbahaya. Mylia memang seorang yang bijak dan berani. Dia
sendiri tidak pernah terfikirkan rancangan seperti ini. tetapi, kata-kata Mylia ada benarnya. Selama ini dia
telah mengupah pengawal peribadi untuk mengikuti jejak dan perancangan Maisarah
tetapi ada-ada sahaja haLan gan yang
mendatang. Perempuan itu memang terlalu banyak akal.
“Macamana dengan Tengku Hamzan
nanti?” suara Tengku Imran sedikit mengendur. Kemarahannya mula mereda apabila
mengetahui niat sebenar Mylia.
“InsyaAllah Tengku Hamzan takkan
apa-apa. Saya berjanji akan sentiasa berada di sisi suami saya walau apapun
yang berlaku” kata Mylia. Dia tahu yang Tengku Imran mula menimbang usuLan nya berkenaan dengan perancangannya itu.
“Macamana aku tahu kau tak tipu.
Mana tahu, kau ni macam Maisarah , nak
bolot semua harta Tengku Hamzan?”
“Saya dah agak, ayahnda tentu tak percayakan
saya” Mylia senyum.
“Kalau betul saya nak bolot harta
suami saya, saya takkan minta kerjasama dari ayahnda. Banyak lagi syarikat
besar yang boleh menggantikan peranan syarikat ayahnda dalam menjayakan
rancangan saya ini” beritahu Mylia.
Tengku Hamzan terdiam. Ada benarnya
juga kata-kata gadis itu.
“Apa akan berlaku dengan syarikat
perdana King selepas ayahnda tarik balik bantuan kewangan?” soal tengku Imran
ingin tahu.
“Syarikat kami akan bankrupt. Kami
terpaksa menjual semua asset syarikat”
“Ayahnda tak nak terlibat dalam
rancangan ini. ayahnda keberatan untuk menyakiti Tengku Hamzan. Merampas segala
harta Tengku Hamzan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh ayahnda.
Ayahnda dah berjanji dengan kanda tengku Farid untuk menjaga Tengku Hamzan dan
melindunginya dariapada Maisarah .
Ayahnda takkan buat begitu kepada Tengku Hamzan. Selama ini ayahnda melindungi
Tengku Hamzan daripada Maisarah ,
menjaga segala harta dan hak milik Tengku Hamzan daripada di rampas oleh Maisarah , kini ayahnda pula yang menjadi penyebab
anaknda Tengku Hamzan jatuh bankrupt”
“Sampai bila ayahnda nak melindungi
kanda Tengku Hamzan? Ini saja jaLan yang kita ada. Selama ini bukan ayahnda tak
cuba untuk memberitahu kanda Tengku Hamzan tentang siapa Maisarah sebenarnya,
bukan? Tetapi kanda Tengku Hamzan tak pernah nak percaya. He must learn trough
the hard way. Tetapi kanda Tengku Hamzan takkan sendirian. Saya akan sentiasa
di sisi suami saya”
Tengku Imran terdiam.
“Please ayahnda. Saya minta
pertolongan ayahnda sebab saya tak nak libatkan company lain. Kalau saya minta
bantuan dari syarikat lain…”
Mylia tidak sanggup menghabiskan
kata-katanya. Dia juga turut sedar yang suaminya sangat menyayangi syarikatnya
itu. syarikt itu adalah peninggaLan arwah ayahndanya dan telah diturunkan dari
generasi ke generasi.
“Sekurang-kurangnya, syarikat itu
jatuh ke tangan ayahnda, kerabat kanda Tengku Hamzan sendiri” Mylia masih
memujuk.
No comments:
Post a Comment