Bab 56
Fuad menapak
masuk ke kamar bacaan itu perlahan-lahan. Setelah memastikan yang Maisarah sedang
nyenyak tidur di kamar beradunya, barulah Fuad berani menapak masuk ke kamar
bacaan yang terletak bersebelahan dengan kamar beradu Maisarah . Dia mengambil kunci yang disembunyikan di
bahagian bawah rak meja tulis. Setelah itu Fuad menapak ke sebuah kamar kecil
yang terletak agak ke dalam sedikit di kamar bacaan itu. di situ, Maisarah menyembunyikan
eti keselamatannya. Fuad memutarkan tombol keunci pada pintu peti keselematan
itu. keunci-keunci itu dihafal sewaktu dia mencuri-curi lihat semasa Maisarah membukanya.
Peti keselamatan itu dapat dibuka. Fuad memasukkan kembali seberkas kertas ke
tempat asal. Peti keselamatan itu ditutup.
Tiba-tiba lampu
di kamar bacaan itu dinyalakan.
“Apa kau buat di
sini?” soal Maisarah kasar.
Tindakan Fuad
menimbulkan rasa syak.
“Saya bersihkan
dokumen-dokumen di rak sini” bohong Fuad. Dia tahu nasibnya sudah maLan g apabila ditangkap di bilik bacaan ini.
tidak guna sebenarnya dia memberikan alasan apapun. Sekali ditangkap oleh Maisarah , pasti tiada maafnya.
“Kau membelot
pada aku?” soal Maisarah kasar.
Fuad masih tetap
berdiri di posisinya. Walaupun dia tahu yang mungkin dia mempunyai kesempatan
untuk melarikan diri tetapi dia tidak mahu. Maisarah berjalan ke
mejanya. Laci meja ditarik lembut. Terpampang sepucuk pistol automatic dari
laci itu. pistol itu dikeluarkan dan diletakkan di meja.
Fuad menapak
menghampiri meja. Dirinya dibongkokkan kepada Maisarah .
“Mungkin Puan
sudah tidak memerlukan saya lagi. Ajal saya sudah sampai” kata Fuad sambil
tersenyum. Wajah Maisarah ditatap dengan penuh kasih saying.
“Aku nak ke suatu
tempat. Bawa aku ke sana”arah Maisarah .
Jam di dashboard
menunjukkan pukul 3 pagi. Fuad tenang memandu keretanya sementara Maisarah memandang
belakang lelaki itu. dia tidak menyangka yang Fuad akan membelot padanya. Dia
tahu Fuad mencuri dokumen-dokumen rahsia yang disembunyikan di dalam peti
keselamatan beberapa hari yang lalu dan baru sebentar tadi lelaki itu ditangkap
dalam cubaan memuLan gkan kembali
kertas-kertas dokumen itu.
Fuad parker keretanya
di tepi jaLan . Dia keluar dari perut
kereta dan membuka pintu untuk Maisarah .
Mereka berdua kini sedang berada di kawasan perbukitan. Tempat yang sama dengan
tempat mereka membawa Mylia beberapa tahun yang lalu. Di sinilah tempat Maisarah
berjumpa dengan Mylia untuk memperkenankan zin untuk gadis itu menikahi Tengku
Hamzan. Tempatnya sunyi dari hingar bingar kota dan jarang, malah sangat jarang
kereta lalu laLan g di kawasan ini.
“Awak nak bunuh
saya di sini ke?” soal Fuad lembut. Dia sepertinya pasrah denga apa yang bakal
dilakukan oleh Maisarah sebentar lagi. Maisarah mengangguk sebagai jawapan
kepada pertanyaan Fuad tadi. Dia berjalan menghampiri Fuad.
“Apa alasan yang
akan awak berikan jika Tengku Hamzan bertanya tentang saya nanti?” soal Fuad
lagi.
“Awak sudah
berhenti kerja”
Fuad senyum
menampakkan giginya. Dia tidak cemas walaupun nyawanya bakal melayang sebentar
lagi.
“I love you Maisarah ” air mata Fuad mengalir di pipi. Maisarah mendekatkan
dirinya kepada lelaki itu.
“I love you too
Fuad”
Mereka
berkucupan. Bibir Fuad dibiarkan hinggap ke bibirnya. Tubuh Fuad dirasakan
hangat di sampingnya. Tubuh lelaki itu dipeluk. Sungguh! Dia menyintai Fuad
tetapi mereka memang tidak dapat bersama. Dia bukanlah seorang wanita bisaa.
Dia benar-benar memang wanita korporat, wanita metropolitan dan wanita mata
duitan. Perkahwinannya dengan Fuad tidak menjanjikan itu semua.
Bang!!!!!!!!
Bunyi tembakan keras mengena pada sasaran. Fuad menatap wajah Maisarah lemah.
Ini adalah kali terakhir dia dapat melihat wajah wanita kesayangannya itu. darah
merah mengalir deras dari luka tembakan yang tepat mengena ke jantung. Nafasnya
dirasakan tercekik, tubuhnya dirasakan kejang, tidak bermaya untuk bergerak.
Fuad sudah goyah, Lan gkah kakinya
lemah, tubuhnya jatuh ke bumi tetapi disambut oleh Maisarah . Kepala Fuad disandarkan pada paha. Wajah
Fuad yang sedang bergelut dengan maut itu ditatap sayu.
Dengan segala
kudrat yang ada, lelaki itu cuba bersuara.
“Terus terang,
a..nak da…dal…am kandu…ngan tu a…nak si…a…pa?
Maisarah senyum.
“Anak kita”
Kemudian Fuad
pula tersenyum. Tangannya yang sudah dibasahi darah itu mengusap pipi Maisarah .
“I akan… jum…pa
a…nak ki..ta nan..n.. ti”
Nafas terakhir
Fuad berakhir di pangkuan wanita kesayangannya itu.
Bab 57
Maisarah mengemaskan
segala barang-barang keperluannya dan dokumen-dokumen penting yang
disembunyikan di dalam petii keselamatan dibakar hangus supaya tidak bisa
dijadikan bukti. Segala barang-barang kemas juga turut dimuatkan dalam luggage.
Dia tergesa-gesa keluar dari kamar beradunya dengan mengheret beg pakaiannya.
Dalam perjaLan an turun ke tingkat
paling bawah, Tengku Hamzan menegurnya.
“Nak ke mana ni
bonda?”
Pertanyaan itu
tidak dijawab oleh Maisarah . Dia melulu
pergi. Tengku Hamzan mengejar Lan gkah
bondanya. Beg pakaian bondanya ditarik dari genggaman Maisarah .
“Nak ke mana?”
soal Tengku Hamzan apabila Maisarah berpaling dan memandangnya dengan wajah
yang bengis.
“Aku nak keluar
dari rumah ni?”
“Nak ke mana?”
soal Tengku Hamzan lagi.
“Ke mana-mana pun
boleh asal bukan di sini” begnya direbut dari tangan Tengku Hamzan.
“Kenapa ni
bonda?” Tengku Hamzan berasa sangat pelik dengan perbuatan bonanya itu.
“Bonda! Bonda!”
Tengku Hamzan memanggil Maisarah lagi tetapi tidak diendahkan. Mylia dan Tengku
Nadhirah keluar dari dapur setelah mendengar hingar-bingar dari laman utama
itu.
“Nenda!” Tengku
Nadhirah memangggil neneknya. Mylia pada muLan
ya Cuma memerhatikan dari jauh. Dia akhirnya menapak mendekati suaminya.
Tengku Hamzan
memegang tangan bondanya. “Kenapa ni bonda?”
“Hey, aku bokan
bonda kau. Bukan aku yang melahirkan kau. Jangan panggil aku bonda!” keras
sekali suara Maisarah berbicara. Tengku Hamzan terkejut. Dia diam. Mylia yang
hanya memerhatikan tadi mahu bersuara. Dia marah suaminya diherdik sebegitu
sedangkan selama ini, suaminya itu menganggap Maisarah seperti ibu kandungnya
sendiri. Tengku Hamzan menarik tangan Mylia saat isterinya itu mah menapak ke
arahMaisarah .
“Aku benci
kelurga ini. aku benci kau. Aku dah jemu berlakon menyayangi kau sedangkan aku
teramat membenci kau” herdik Maisarah lagi”
“Kau perampas
harta aku. Kalau bukan sebab kau, Tengku Farid dah memberikan separuh dari
kemewahan ini kepada aku. Dan sekarang
cuba kau tnegok apa yang kau dah buat. Segala harta peninggaLan Tengku
Farid akan dilelong!”
“Selama ini,
bonda Cuma berlakon?”
“Ya. Demi
mengambil kembali hak aku. Aku sudah merancang segala-galanya demi merampas
balik apa yang dulunya menjadi milik aku. Tapi kau merosakkan segala-galanya
dengan menciptakan masalah denga projek Polypetroleum”
“Bonda ingat saya
sengaja? Saya juga sedih melihat syarikat peninggaLan ayahnda akan dilelong!” suara Tengku Hamzan
semakin meninggi. Hilang sudah rasa hormat kepada wanita yang dipanggil-panggil
bonda itu. ternyata dia Cuma diperalatkan ketika wanita itu mahukan wang.
“Aku sudah tidak
peduli tentang semua itu” beritahu Maisarah
. Dia melepaskan begnya dan mencari-cari sesuatu dari dalam tas
tangannya. Sepucuk pistol automatic dikeluarkan dan diacukan kepada Tengku
Hamzan. Tengku Hamzan dan Mylia terkejut. Mereka berdua menapak ke belakang.
En. Johar segera
membawa Tengku Nadhirah bersembunyi di sebalik ruang dapur.
“Kau nak tahu apa
rancangan asal aku?” soal Maisarah bongkak kerana keadaan memihak kepadanya.
Dia yang memegang pistol.
“Setelah kematian
Mylia yang juga merupakan orang suruhan aku..”
Tengku Hamzan
terkejut lagi. Dia memandan Mylia dengan rait wajah yang keliru.
Maisarah ketawa
terbahak-bahak. “Ya, aku yang upah Mylia untuk bat kau jatuh cinta dan aku yang
suruh Mylia meninggalkan kau supaya kau tidak mempercayai cinta dan tidak
mempunyai zuriat. Dan apabila saatnya tiba, aku akan pastikan sebelum kau
meninggal, segala harta kau diwasiatkan atas nama aku. Rancangan asal aku gagal
kerana Tengku Imran. Dia mahu menikahkan kau dengan anakndanya, Tengku Anis dan
aku buat rancangan kedua”
“Apa rancangan
kedua aku?” soal Maisarah kepada Mylia. Mylia kemudiannya berpaling ke arahsuaminya.
Wajahnya mengandung sejuta keesaLan atas apa yang berlaku dahulu.
“Dinda berkahwin
dengan kanda tapi ada syarat-syaratnya. Yang jelas, dinda tidak dibenarkan
tidur bersama kanda”
Mylia senyum
sinis lagi lalu menyampuk, “Rancangan kedua aku untuk memastikan yang kau tidak
punya pewaris gagal apabila perempuan ini betul-betul jatuh cinta kepada kau dan
kau membuntingkannya” kasar sekali bahasa dan suara Maisarah . Tengku Hamzan merasakan maruah isterinya
diperkotak-katikkan oleh Maisarah . Dia
meluru ke hadapan.
“Jangan kau
berani!” ugut Maisarah sambil melurusan acuan pistolnya telat ke kepala Tengku
Hamzan.
“Rancangan ketiga
aku adalah dengan membunuh Mylia dan anak dalam kandungannya”
“Jadi kau yang
menculik Mylia?” soal Tengku Hamzan.
“Bijak!” muncung
pistol ditolak-tolak di kepala Tengku Hamzan.
“Tapi satu aku
tidak faham. Macamana kau selamat?” pertanyaan itu diajukan kepada Mylia.
Tengku Hamzan turut sama memandang ke arahMylia.
“Selepas En.
Johar sampai, saya terpaksa melahirkan walaupun pada masa itu juga terjadi
pergelutan antara dua orang penculik dengan En. Johar. Saya selamat melahirkan
tetapi En. Johar memberitahu yang anak saya meninggal. En. Johar mahu membunuh
saya kerana dia fikir saya di pihak Maisarah
” kali ini Mylia jujur memberitahukan kebenaran yang disembunyikannya
selama ini dari pengetahuan suaminya. Wajahnya menatap wajah suaminya. Mylia
menyambung ceritanya lagi, “Muiz yang membantu saya dari cubaan membunuh En.
Johar”
“Siapa Muiz?”
soal Maisarah ingin tahu.
“Penculik yang
diupah oleh Fuad” Mylia menjawab pertanyaan daripada Maisarah itu.
“Masih ada
kasihan belas di hatinya untuk saya kanda. Dia kawan yang setia. Kami Cuma
kawan dan tidak lebih daripada itu” kali ini penjelasannya khusus untuk Tengku
Hamzan.
“Sambung cerita
kau”
“Muiz banyak
membantu saya. Selepas melahirkan, saya hamper-hampir mati kerana kehilangan darah
yang banyak. Saya di bawa berjumpa kakaknya yang kebetuLan seorang jururawat. Kami menginap di rumah
kakaknya beberapa hari. Selaps itu kami terpaksa meneruskan perjaLan an walaupun keadaan saya pada masa itu masih
lagi lemah. Setelah beberapa hari, saya menerima utusan yang dihantar oleh En.
Johar”
“En. Johar tahu
yang kau masih hidup?” soal Maisarah terkejut. Tengku Hamzan juga turut
terkejut kerana orang kepercayaannya itu tidak pula memberitahunya tentang
keadaan Mylia itu.
“Saya diarahkan untuk
lenyap dari hidup kanda dan sebagai pampasannya, seumlah wang dimasukkan ke
akaun saya”
“Kau buat semua
ini sebab duit?” soal Tengku Hamzan. Marah hatinya dipergunakan oleh dua orang
wanita yang sangat dicintainya. Dia merasakan dirinya dipergunakan oleh mereka.
“Kanda dengar
dulu penjelasan dinda. Dinda buat semua itu dulu sebab dinda fikir anaknda kita
dah meninggal dan dinda tidak mahu terus dipergunakan oleh Maisarah untuk
mengaut harta kanda”
“Sama saja. Kau
tetap ambil duit dariapada En. Johar”
Mylia terdiam.
“Oh, jadi, inilah
misterinya. Aku ingat kau hantu!” Maisarah ketawa lucu.
“Siapa Zue?” soal
Mylia. Sengaja dia mengungkit nama gadis itu. dia tahu yang Zue sebenarnya
diupah oleh Maisarah , sama seperti dia
yang diupah oleh Maisarah dulu.
“Kau dah tahu dia
siapa bukan?” Maisarah bertanya kembali kepada Mylia.
“Aku dah tahu
corak permaianan kau. Tidak sukar untuk aku meneka”balas Mylia.
“Aku upah Zue
untuk mengalih perhatian kau tetapi ternyata kau seorang lelaki yang setia”
sambung Maisarah . Pandangannya tetap
kepada Tengku Hamzan.
“Kau dah tahu
siapa aku yang sebenarnya, jadi kau masih mahu memanggil aku dengan panggilan bonda?”
soal Maisarah sinis.
“Panggilan itu
terlalu suci untuk wanita sekeji kau!” Tengku Hamzan mencaci.
“Untuk
pengetahuan kau, aku yang membunuh bonda kandung kau dan ayahnda kau. Hurm…
tidak sulit untuk mencabut nyawanya memandangkan dia memang hidup dengan
bantuan mesin” sambung Maisarah lagi. Dia ketawa terbahak-bahak bagaikan
dirasuk. Bangga dengan kesalahan dan keejaman yang dilakukannya itu. acuan
pistolnya tersasar dari kepala Tengku Hamzan.
“Kurang ajar!”
Tengku Hamzan tidak dapat menahan marahnya. Dia menapak laju dan menampar pipi Maisarah
sekuat hati sehinggakan tubuh wanita itu terpeLan ting ke depan. Pandangannya masih lagi
berpinar kerana tamparan keras daripada Tengku Hamzan. Pada masa yang sama satu
tembakan keras kedengaran bergema di rumah istana itu. demi untuk
mempertahankan dirinya, Maisarah menembak satu das tembakan secara melulu.
Dan pada masa
inilah, Tengku Hamzan menerpa ke arahMaisarah lalu merampas pistol dari wanita
itu. Maisarah tidak mudah menyerah, dia bergelut dengan segala keuatan yang ada
cuba untuk mempertahan senjatanya daripada dirampas.
Tiba-tiba mata Maisarah
terbeliak, keuatannya semakin berkurang. Tengku Hamzan melihat wajah wanita itu
yang sedang ditindihnya. Darah merah mula membasahi Lan tai putih ruangan itu di bahagian bawah
kepala Maisarah . Tengku Hamzan
terkejut. Dia melepaskan tangannya daripada pistol yang masih berada di tangan Maisarah . Saat mereka bergelut itu, pistol masih lagi
berada di bahagian perut dan bukan di kepala. Siapa yang melakukan tembakan?
Dan kalau betul ada tembakan kedua, kenapa tidak mngeluarkan bunyi?
Tengku Hamzan
terundur ke belakang, dia menggenggam tangan Mylia. Merea saling berpandangan
antara satu sama lain. Tengku Hamzan memeluk Mylia ke dalam pelukannya kerana
isterinya itu berada dalam ketakutan melihat saat-saat terakhir kematian Maisarah
yang sangat menyedihkan. Matanya terbeliak dengan mulutnya ternganga luas.
Siren kereta
polis kedengaran dari luar rumah istana.
“Bonda!” Tengku
Nadhirah meluru laju ke arahMylia. Anak kecil itu menangis dalam pelukan
ayahnda dan bondanya. Tengku Hamzan menarik tangan Mylia untuk beredar dari
ruangan itu. Tengku Nadhirah membontoti Lan
gkah majikannya ke luar rumah.
No comments:
Post a Comment