Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 23


Bab 23

Encik Johar keluar dari ruangan menonton. Dua orang pembantu rumah sedang berdiri di samping pintu sedang menunggu  arahan Encik Johar yang seterusnya.

“Jangan ganggu Tengku dan Puan Muda. Kamu semua boleh tunggu sahaja di sini” arah En. Johar selaku ketua pembantu rumah di rumah istana itu.

Mylia meminta Tengku Hamzan sahaja memilih cerita yang ingin ditonton dan Tengku Hamzan memilih cerita The Ugly Truth.

Ada sesuatu yang bermain-main di fikiran Mylia apabila menonton cerita itu. Sesuatu yang berkaitan dengan Tengku Hamzan. Bekas popcorn diletakkan di samping.
“Dinda nak cakap sesuatu boleh?”
“Apa?” soal Tengku Hamzan lembut. Pelukannya terhadap Mylia dileraikan. Mylia mebetulkan kedudukannya.
Look serius” sambung Tengku Hamzan lagi. Dia menantikan kata-kata Mylia yang seterusnya. Remote control digunakan untuk menghentikan cerita yang sedang ditayangkan.
Wajah Mylia tetap serius dan dia masih lagi membisu.
“Tengok, kalau tengok kat wayang bolehke pause kejap cerita macam sekarang ni” Tengku Hamzan cuba membuat jenaka. Mylia senyum lucu. Kemudian wajahanya kembali serius seperti tadi.
“Ada apa ni?” soal Tengku Hamzan. Dia tidak dapat lagi menahan rasa ingin tahunya apabila Mylia tiba-tiba berubah serius.

“Boleh tak kalau dinda urutkan tangan kanan kanda?” Mylia bersuara setelah lama berdiam diri. Dia bimbang jika kata-katanya itu akan membuatkan Tengku Hamzan marah. Tengku Hamzan amat sensitive akan hal ini. sesuatu perihal tangan kanannya yang cacat itu sangat mengundang rasa marah di hati suaminya tetapi Mylia tetap mahu meminta izizn itu daripada suaminya. Dia berasa tangan kanan suaminya itu masih bisa untuk sembuh, Cuma Tengku Hamzan yang seringkali berasa tersinggung soal tangan kanannya itu.
Tengku Hamzan diam. Air mukanya juga berubah.
“Dinda tahu kanda tak suka cakap pasal ni..” belum sempat Mylia menghabiskan kata-katanya, Tengku Hamzan segera memintas. Ada rasa kemarahan yang dipendamkan di dalam hatinya. Suaranya juga ada sedikit getaran.

“Dah tahu kenapa ungkit”

“Sebab malam persembahan dinda tengok tangan kanda boleh bergerak” Mylia terus bersuara. Alang-alang menyeluk perkasam. Biarlah sampai ke pangkal lengan. Alang-alang sudah membicarakan hal ini, biarlah sampai Tengku Hamzan Berjaya diyakinkan.
“Sekali tu je. Kanda nak dinda lupakan pasal hal ni”
“Tapi dinda rasa kanda boleh pulih kalau selalu diterapi. Kalau kanda malu nak ke hospital dinda boleh tolong urutkan. Dinda taklah pakar tapi mana tahu kalau kita usaha, kanda boleh pulih”
“Kenapa? Malu bersuamikan lelaki cacat!??”
Mylia terdiam. Kata-kata Tengku Hamzan itu sangat keras sehinggakan Mylia beristighfar beberapa kali. Kata-kata itu tajam menusuk hati. Niatnya baik tetapi Tengku Hamzan menyalah ertikan. Mylia diam. Api dengan minyak akan bertambah marak. Mylia berasakan dia perlu menjadi air, memadamkan kemarahan Tengku Hamzan jadi dia tidak membalas balik, Cuma berdiam diri. Berdoa agar kemarahan suaminya kembali reda supaya mereka boleh berbincang dengan lebih relevan.
Tengku Hamzan berdiri. Dia tahu dia agak kasar tadi tetapi egonya menegah agar dia memohon maaf.
“Kita bincang lagi bila kemarahan kanda dah reda” Mylia tetap duduk di sofa.

“Dinda tahukan kanda tak suka cakap pasal hal ni. So lain kali jangan ungkit lagi” setelah selesai bersuara, Tengku Hamzan meninggalkan Mylia sendirian di ruangan itu.
Malam itu mereka berdua sepatutnya menghabiskan masa dengan gembira tetapi keadaan tiba-tiba berubah apabila Mylia mengungkit pasal tangan kanan Tengku Hamzan. Setelah agak lama bersendirian barulah tangisannya keluar tanpa henti.
Tengku Hamzan memang hebat dalam melukakan hatinya. Kenapa dia yang selalu menangis dan terseksa dalam hubungan ini? Kenapa Tengku Hamzan selalu bertindak sesuka hatinya? Kenapa perlu memarahinya? Mereka boleh berbincang baik-baik, tidak perlu menengking sepertimana Tengku Hamzan menengking pekerja-pekerjanya. Hatinya sebak memikirkan pergaduhan mereka. Baru sahaja beberapa hari sebelum ini Mylia merasakan bahagia berpihak kepadanya tetapi kini dia dan Tengku Hamzan saling melukakan hati masing-masing. Apakah ini salahanya? Apakah ini hukuman atas penipuan yang dimulakannya. Mungkin betul permulaan yang tidak baik akan berakhir dengan kesudahan yang tidak baik.

Agak lama Mylia menangis sendirian, barulah Encik Johar muncul. Mungkin pertengkarannya dengan Tengku Hamzan didengari oleh lelaki itu. Mylia mengesat sisa-sisa tangisan di pipinya. Dia cuba tersenyum kepada Encik Johar.
“Saya dah suruh semua pembantu rumah masuk ke bilik awal malam ini . Puan Muda dah boleh ke kamar sekarang kalau Puan Muda mahu” beritahu En. Johar, namun riak wajahnya tetap bersahaja. Tiada rasa simpati yang terxahir daripada pandangan lelaki itu buat Mylia. Dia memang sudah terlatih untuk tidak mempunyai banyak emosi, yang dia tahu, melindungi Tengku Hamzan walau apa cara sekalipun kerana itu adalah jajinya untuk Tengku Farid.
“Encik Johar memang peka hal-hal macam ni sebab itulah Tengku Hamzan menghormati Encik Johar” puji Mylia. Dia cuba berlagak bisaa, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Encik Johar menyuruh pembantu-pembantu rumah ke bilik masing-masing lebih awal supaya Mylia tidak berasa segan untuk ke kamarnya. Pertengkarannya dengan Tengku Hamzan tadi didengari oleh dua orang pembantu rumah yang sedang menunggu di pintu. Sebaik sahaja mendengar pertengkaran itu Encik Johar cepat-cepat menyuruh semua orang meninggalkan kerja masing-masing dan kembali sahaja ke kamar. Maruah Tengku Hamzan dan Puan Muda perlu dijaga.
Mylia masuk ke kamarnya dan melihat Tengku Hamzan tiada di kamar. Mungkin dia berjaga di kamar bacaannya. Mylia membaringkan tubuhanya di katil. Gebar berwarna kuning diraja itu dan Mylia terus tertidur. Nafasnya tergelam timbul dalam esak tangis yang masih belum berhenti.  

Seperti kebisaannya, Tengku Hamzan akan mengerjakan solat sunat sebelum tidur apabila dia berjaga sampai awal pagi. Selepas mengerjakan ibadat solat dia duduk di birai katil. Wajah Mylia yang menghadap ke arahanya dipandang. Mata Mylia sembap kerana terlalu lama menangis. Hidungnya kemerah-merahan. Gebar kuning yang menyelimuti separuh tubuh Mylia itu ditarik ke paras dada. Mylia bergerak-gerak kecil.
“Kanda tak pernah minta maaf dan kanda takkan minta maaf kepada dinda. Tapi apa yang kanda lakukan tadi benar-benar membuatkan dinda sedih. Kanda bersalah kepada dinda. Untuk menebus kesalahan kanda, kanda akan ampunkan satu kesalahan dinda, tak kira apapun kesalahan dinda. Kanda akan ampunkan”
Tengku Hamzan mengambil bantal dan berjalan  ke arah sofa. Dia membaringkan dirinya di sofa sahaja. Dia berasa bersalah mahu berbaring di samping Mylia setelah menyakiti hati wanita yang dicintainya itu. Matanya terpejam rapat dan Tengku Hamzan tertidur jua di sofa di ruang menonton di kamar beradu mereka.


Tengku Hamzan terjaga sendiri setelah jam 7 pagi. Persalinannya disediakan oleh pembantu rumah. Setelah sudah bersiap. Tengku Hamzan turun ke tingkat bawah untuk bersarapan. Maisarah  turun ke ruang santap dengan pakaian formal lalu duduk di sebelah Tengku Hamzan.
“Mana isteri anaknda?” soal Maisarah  .
“Kat atas lagi. Semalam tidur lambat” jelas Tengku Hamzan. Roti yang disediakan dijamah dan disuapkan ke mulut.
“Bonda pulang  pukul berapa semalam?” soal Tengku Hamzan. Semasa dia masuk ke kamar bacaan, Maisarah belum lagi pulang . Mungkin setelah dia menghabiskan masanya di kamar bacaan barulah bondanya itu tiba di rumah istana. Tengku Hamzan bukan mahu menyiasat Cuma mahu mengambil berat.
“Pukul 2. Anaknda dah tidur” jelas Maisarah. Sewaktu pulang dia melihat lampu kamar anakndanya sudah gelap. Jadi mungkin Tengku Hamzan sudah tertidur.
“Belum, anaknda di kamar bacaan. Ada banyak kerja selepas anaknda ambil cuti seminggu. Bonda nak ke mana ni?”
“Salon tapi selepas tu bonda nak jumpa kawan”
“Fuad ikut sekali ke?”
Maisarah mengangguk.

Mylia bangun dari tidur. Tengku Hamzan sudah tiada di sampingnya. Dia bangun dan melihat jam di dinding. Masih belum lewat, mungkin Tengku Hamzan masih berada di bawah. Dia ke bilik air dan terlihat tempat tidur Tengku Hamzan di sofa yang masih belum dikemas. Mylia berhenti. Tengku Hamzan tidur sinikah semalam? Mylia tertanya-tanya. Tengku Hamzan tentu benar-benar marah. Kalau tidak takkan Tengku Hamzan tidur di sofa.
Mylia ke bilik air dan membasuh muka. Kemudian dia berlari-lari turun ke tingkat bawah. Tengku Hamzan dan Maisarah saling berpandangan ke arah Mylia apabila dia tiba-tiba menerpa ke ruang santap. Matanya tertacapa pada wajah suaminya. Tengku Hamzan sempat melirik kea rah Mylia tetapi apabila pandangan mata mereka bertemu, Tengku Hamzan sengaja mengalihkan pandangannya.
“Jemputlah Puan Muda” Encik Johar menjemput Mylia. Pinggan Mylia dibalikkan dan diletakkan set sudu dan garfu di sebelah pinggan. Mylia melihat ke arah  Tengku Hamzan tetapi Tengku Hamzan tidak melihat ke arahnya.
Dari lirikan yang Cuma berlangsung hanya beberapa detik tadi, Tengku Hamzan sempat melihat wajah Mylia yang masih sembap. Dia tidak berani menatap wajah Mylia lama-lama kerana peristiwa semalam membuatkan dia diserang rasa bersalah kerana berkasar.
Tengku Hamzan bangun dari duduknya dan berjalan ke  arah ruangan diantara porch dan ruangan istrirehat. Encik Johar membontotinya. Di ruangan itu, Encik Johar akan membantu Tengku Hamzan mengenakan kasut dan menyimpul ikatan kasutnya. Kasut-kasut Tengku Hamzan tersusun rapi di kabinet yang dibina khusus untuk tujuan menempatkan kasut-kasutnya untuk pelbagai tujuan. Kasut untuk bersukan termasuk kasut golf di satu sudut, kasut untuk formality agak jauh terpisah dan paling banyak memakan ruang dan kasuh untuk kasualiti terletak di satu sudut yang lain.
Mylia membontoti Tengku Hamzan dari belakang tanpa disedarinya. Tengku Hamzan duduk di sofa merah putih dan bersedia dipakaikan kasutnya. Akhbar harian yang disediakan terlebih awal oleh pembantu rumah di ruangan itu dicapai oleh Tengku Hamzan. Muka surat pertama akhbar harian itu dibaca. Beberapa tajuk utama berita mendapat perhatiannya. Tengku Hamzan membelek ke halaman berikutnya sementara dia menunggu kasutnya siap dipakaikan.
“Dah siap Encik Johar?” soal Tengku Hamzan setelah dia merasakan tugas itu dilakukan agak lama dari kebisaaanya.
“Susah rupanya!” terlahir satu keluhan.
Tengku Hamzan bingkas bangun. Akhbar terlepas dari tangannya. Bahu Mylia segera diraih dan dia menyuruh Mylia segera berdiri. Dia tidak suka Mylia membuat kerja itu. Bukankah dia sudah beberapa kali melarang Mylia agar tidak menundukkan dirinya kepada sesiapa tetapi kali ini, tadi Mylia menundukkan badannya, memakaikannya kasut. Tengku Hamzan sangat terkejut dan marah.
“Apa dinda buat ni. Kan kanda dah menegah!”
Mylia senyum apabila mendengar Tengku Hamzan bersuara. Ingatkan suaminya akan merajuk lama. Walaupun dimarahi tetapi Tengku Hamzan berbicara dengannya. Mylia senyum lagi.
“Encik Johar!!!” Tengku Hamzan memanggil nama Encik Johar. Marahnya bukan hanya kepada Mylia tetapi kepada ketua pembantu rumah itu juga kerana membiarkan Mylia melakukan perkerjaan tadi.
“Jangan marah Encik Johar. Dinda yang memaksa Encik Johar buat macam ni”
“Apa yang dinda buat ni? Kanda kan tak suka”
“Dinda buat macam ni bukan pada orang lain. Pada suami dinda sendiri. Lagipun, dinda dah suruh Encik Johar halang semua orang masuk, jika yang kanda bimbangkan  ada orang lain yang melihat nanti”
“Tapi. Kanda tak suka!” marah Tengku Hamzan lagi.
“Kanda dah buat semuanya untuk dinda. Izinkan dinda berbakti kepada kanda”
“Tapi bukan ini caranya”
“Kanda ingatkan sewaktu di rumah istana Tengku Shahir. Kanda hadiahkan rantai berlian. Dinda pun tak suka tapi dinda terima sebab dinda tahu kanda akan gembira kalau dinda terima pemberian kanda. Samalah keadaanya waktu itu dengan waktu sekarang”
Tengku Hamzan diam.
“Dinda akan gembira kalau kanda benarkan sahaja dinda membantu kanda”
“Tapi ini kerja maid. Dinda jangan nak samakan taraf dinda dengan mereka”
“Dinda tak rasa membantu suami dinda menyamakan taraf dinda dengan pembantu-pembantu rumah. Tahu kenapa?” sengaja Mylia membiarkan pertanyaan bertumbuh di perasaan suaminya, dia melirikkan senyuman, berniat mahu bergurau dengan suaminya dan semoga kelucuan yang dibuat nanti mengubah keadaan yang tegang antara mereka berdua sekarang ini.
Tengku Hamzan tetap diam.
“Walaupun apa yang dinda buat tadi sama dengan apa yang dilakukan oleh Encik Johar tetapi hanya dinda yang bertakhta di hati kanda kan? Itu yang membezakan taraf dinda. Kita suami isteri harus saling melengkapi”
Tengku Hamzan diam. Dia berfikir-fikir. Mylia melihat kebisuan Tengku Hamzan. Dia tahu Tengku Hamzan ada ego, maruah dirajanya lebih hebat daripada apa-apa perkara di dalam dunia ini.
“Kenapa? Salahkah apa yang dinda cakap ni? Ke Encik Johar yang bertakhta di hati kanda?” Mylia bergurau jenaka supaya keadaan sekarang ini lebih santai dan tidak tegang seperti semalam.
Tengku Hamzan ketawa lucu, Mylia turut ketawa bersama suaminya.
Tengku Hamzan merenung wajah Mylia. Dahi Mylia dikucup lembut. Tengku Hamzan membuka pintu yang menghala ke ruang istirehat. Encik Johar sedang tercegat agak jauh dari pintu.
“Encik Johar, lain kali bila saya dan Puan Muda di ruangan ini, jangan biarkan sesiapa masuk” arah Tengku Hamzan.
Encik Johar mengangguk faham
Pintu tadi ditutup kembali. Tengku Hamzan kembali ke arah Mylia. Dia senyum. Seperti yang dijangka, Tengku Hamzan tetap mengambil kisah dengan maruahanya dan juga isterinya. Dia memastikan agar tiada sesiapa melihat Puan Muda sewaktu dia merendahkan tubuhanya sewaktu membantu memakaikan kasut pada waktu-waktu mendatang.
“Sedih lagi pasal hal semalam?” soal Tengku Hamzan dengan tiba-tiba.
Mylia mengangguk.
“Jangan sedih-sedih lagi. Hari ini ajak Encik Johar keluar shopping. Dah lama kanda tak hadiahkan pekerja-pekerja kanda. Dinda belilah apa yang patut”
“Mood baik hari ini?” soal Mylia.
“Semuanya sebab dinda. Kanda ke office dulu” Tengku Hamzan senyum.
Mylia mengangguk.
Tengku Hamzan membuka daun pintu yang mengarah ke porch. Deruan enjin kereta kedengaran dari ruangan itu. dengan tiba-tiba Mylia menolak daun dengan keras pintu dan pintu itu tertutup kembali. Tengku Hamzan terkejut. Mylia berjinjing dan mencium pipi suaminya. Tengku Hamzan terkejut tetapi hatinya gembira.
I love you” ucap Mylia.
Tengku Hamzan senyum.
“Kanda ke office dulu” Tengku Hamzan memegang tombol pintu mahu membuka daun pintu tetapi Mylia menghaLan  g.
“Kanda belum cakap lagi apa yang dinda nak dengar”
Kerenah keanak-anakan Mylia mula lagi dipamerkan sengaja mahu mencuri
Awal-awal pagi lagi Mylia dengan kerenah kebudak-budakannya membuat hari Tengku Hamzan ceria. Dan kini mahu bermanja-manja pula. Mylia mahu Tengku Hamzan mengungkapkan yang sama tetapi dia tahu mustahil, malah sangat mustahil. Tetapi dia mencuba sahaja.
“Kanda dah lewat ni” balas Tengku Hamzan.
“Cakap dulu magic L words tu”
“Kan dah cakap dulu”
“Sekali tu je”
“Dua kali. Cukuplah!” bentak Tengku Hamzan dalam nada bergurau.
Mylia menundukkan wajahanya hampa. Tengku Hamzan mengangkat dagu isterinya dan menghadiahkan kucupan di dahi Mylia untuk kedua kalinya pada pagi ini.
“Kanda bertolak dulu. Petang nanti kanda cuba balik awal”
Tengku Hamzan segera ke kereta. Ikutkan hati dia tidak mahupun berenggang dari Mylia hari ini. Setelah bergaduh semalam, dia rasa semakin mesra dengan Mylia. Kalau macam ni kena selalu bergaduh! Tengku Hamzan senyum sendirian. Pintu kereta dibuka oleh pemandunya. Tengku Hamzan masuk ke dalam perut kereta dengan senyuman yang masih melekat di bibirnya.

No comments:

Post a Comment