Bab 59
Tengku Imran dan
Tengku Anis serta suaminya, Megat Iskandar melawat ke kediaman istana Tengku
Hamzan beberapa hari setelah dia mendengar perkhabaran tentang kejadian yang
berlaku di kediaman itu. walaupun Tengku Imran dan Tengku Hamzan masih belum
bertegur sapa dan Tengku Hamzan juga tidak mengajak Tengku Imran untuk ke
majlis tahlil Maisarah itu tetapi dia mendengar perkhabaran daripada Mylia dan
isteri anakndanya itulah yang mengundang mereka. setelah selesai majlis tahlil,
Tengku Imran menyapa Tengku Hamzan.
“Ayahnda
mendengar segala-galanya daripada Mylia”
“Terima kasih
kerana dating” balas Tengku Hamzan. Dia berjabat tangan dengan ayahndanya itu.
Tengku Hamzan meminta diri untuk menyapa tetamu yang lain yang terdiri daripada
jiran-jirannya. Tengku Imran berjauh hati. Dia tahu anakndanya itu masih belum
dapat menerimanya sepenuhnya setelah apa yang dilakukannya.
“Kenapa bonda
tidak dating ayahnda?” sapa Mylia daripada belakang.
“Bonda menolong
menjaga cucunda. Maklumlah Tengku Anis juga mahu ikut sekali dating malam ini”
“Sampaikan salam
anaknda kepada bonda nanti” pesan Mylia.
“InsyaAllah”
“Macamana dengan
keadaan anaknda Tengku Hamzan?” soal Tengku Imran.
Mylia
mempersilakan Tengku Imran duduk di sofa.
“Ada sesuatu yang
anaknda nak bincangkan dengan ayahhnda”
“Ada apa?”
Mylia melihat
dulu jika ada Tengku Hamzan atau sesiapa yang dikenalinya berada di sekitar
mereka. sesuatu yang dibincangkan ini hanya akan menjadi rahsia mereka berdua.
“Seperti yang
ayahnda tahu, rancangan kita Berjaya. Akhirnya Mylia tertewas ditanganya
sendiri. Rancangan saya pada asalnya Cuma mahukan Tengku Hamzan melihat siapa Maisarah
yang sebenarnya tetapi ternyata kenyataan dan balasan atas kejahatan Maisarah lebih
buruk daripaada apa yang dirancangkan. Rancangan ini harus dihentikan di sini.
Saya tak nak suami saya menderita lagi. Jadi saya berharap yahnda dapat
membantu Tengku Hamzan sekali lagi” Mylia memulakan bicaranya. Sekejap-sekejap
dia berkerling ke arahsekitarnya. Nada tonasi suaranya diturunkan agar tidak
didengari oleh sesiapa yang mungkin berada di sekitar mereka.
“Rumah kediaman
istana dan juga Syarikat Perdana King akan dilelong dalam masa dua hari lagi.
Saya berharap agar ayahnda dapat membeli syarikat itu”
“Kau ingat aku ni
siapa? Kau ingat aku akan ikut cakap kau macam tu saja. Kau suruh aku
bankrupkan syarikat Tengku Hamzan dulu dan sekarang kau suruh aku beli syarikat
tu balik?!”
“Tolong ayahnda.
Tolong selamatkan syarikat itu!” Mylia merayu.
“Saya silap
dengan mempertaruhkan syarikat itu untuk mencapai rancangan saya. Sekarang baru
saya tahu betapa pentingnya syarikat itu kepada suami saya” sambung Mylia lagi.
Dia memperhatikan perubahan sikap suaminya sejak kejatuhan syarikat itu. Tengku
Hamzan sepetinya patah semangat. Syarikat itu diibaratkan seperti keluarganya
sendiri.
Tengku Imran
bangun dari duduknya. Tidak betah dia mendengar Mylia menyruhnya melakukan
sesuatu. Sebelum ini gadis itu juga yang memjukunya menarik dana daripada
projek Polypetroleum sehingga menyebakan syarikat anaknda Tengku Hamzan itu
bankrupt dan sekarang wanita itu juga yang merayunya agar membeli syarikat itu
kembali.
“Bukankah ayahnda
sejak dari dulu berminat dengan syarikat Perdana King?”
Tengku Hamzan
kaget. Dia tertanya-tanya bagaimana wanita itu mengetahuinya sedangkan Tengku
Hamzan sendiri tidak pernah mengetahui tentang rahsia itu? siapakah wanita ini
sebenarnya? Tengku Imran berasa marah kerana dia berasa dirinya seperti
dipergunakan. Dia berpaling ke arahMylia.
“Apa maksud kau?”
“Please ayahnda.
Selamatkan syarikat Perdana King”
“Ayahnda, Dato’
Ganesha on the phone” tiba-tiba Megat Iskandar dating mencelah. Mylia diam.
Tengku Imran berjaaLan menghampiri menantunya itu dan menyambut panggilan
telefon daripada rakan sejawatnya itu.
“Ada apa dinda
mengajak kand akeluar ni?” soal Tengku Hamzan kepada Tengku Anis. Dia duduk di
bangku kerusi. Tengku Hamzan duduk bertentangan dengannya. Wajah Tengku Hamzan
diperhatikan. Timbul rasa simnpati kepada keanda sepupunya itu. wajah itu
kelihatan tidak terurus. Tengku Anis menyelak rambut yang berjuntaian di dahi
kanda sepupunya itu. Tengku Hamzan melarikan wajahnya. Tengku Anis sedar yang
perbuatannya itu salah tetapi dia sangat bersimpati dengan kesusahan yang menimpa
saudara sed arah nya itu.
“I don’t need
your sympathy” beritahu Tengku Hamzan. Kata-kata itu tepat menjentik rasa malu
di hati Tengku Anis.
“Kalau ada yang
dinda boleh tolong, katakana saja kanda”
Tengku Hamzan
senyum sinis.
“Kanda jangan
begini. Kanda tahukan adinda akan membantu kanda” kata Tengku Anis lagi.
“Dinda patut
mencari suami dinda sekarang” Tengku Hamzan bangun dari duduknya. Dia tidak
mahu berdua-duaan lama-lama dengan sepupunya itu. bimbang sekiranya disalah
anggap oleh pasangan masing-masing.
“Kanda. Maafkan
dinda sebab dinda tak mampua buat apa-apa untuk membantu kanda”
“Bukan salah
dinda”
“Dinda tak
sanggup tengok kanda menderita begini”
Tengku Hamzan
tidak mengendahkan kata-kata Tengku Anis.
“Adakah segala-galanya
akan berbeza jika perkahwinan kita dulu berLan
gsung?”
Tengku Hamzan
terkejut mendengar kata-akata itu dari mulut Tengku Anis. Peristiwa itu sudah
lama tetapi kenapa berbangkit lagi sekarang ini? kenapa sekarang harus
diungkit. Tengku Hamzan bimbang sekiranya kata-akata itu didengari oleh
pasangan masing-masing. Tengku Hamzan berpaling ke arahTengku Anis. Wajah
sepupunya itu ditatap. Tengku Anis memandang Tengku Hamzan. Serius sahaja
wajahnya. Tidak mungkin wanita itu bercanda.
“Kanda?” Tengku
Anis terkejut melihat kelibat suaminya tercegat agak jauh di belakang Tengku
Hamzan.
Tengku Hamzan
berpaling ke belakang dan melihat Megat iskandar sedang memerhatikan mereka.
dan Megat Iskandar bukan sendirian. Tengku Imran dan juga Mylia turut berada tidak jauh dari situ.
Mereka berlima
berdiam diri.
“Megat, bawa
Tengku Anis pulang!”arah Tengku Imran tegas.
Megat Iskandar berjalan
melewati Tengku Hamzan dan menarik tangan
isterinya kasar. Tengku Hamzan hanya memerhatikan. Hati suami mana tidak marah
sekiranya mendengar kata-kata seperti yang dibicarakan dari mulut Tengku Anis
tadi.
Tengku Hamzan berjalan
mahu masuk ke rumah kediaman dan hanya
melewati Mylia. Dia tidak berbicara sepatah katapun. Dibiarkan sahaja Mylia
sendirian di luar.
Tengku Hamzan
sendirian di kamar tidur. Tengku Nadhirah sudah lena diulit mimpi-mimpi indah.
Tengku Hamzan cuba untuk tidur tetapi dia tidak mampu, banyak hal yang
bermain-main di fikirannya sehingga meragut kesempatannya untuk tidur pada malam
ini. Dikerling pada jam dinding. Mylia masih belum naik ke mara beradu. Lama
sekali isterinya itu bersendirian. Tengku Hamzan keluar dari kamar beradu dan
beranda utama yang menghadap laman hadapan rumah istana. Dilihat isterinya
masih duduk bersendirian dia laman itu. Tengku Hamzan turun ke Lan tai bawah dan perlahan-lahan dia menghampiri
tubuh Mylia. Sweater yang dibawa bersama digunakan untuk menyelimuti tubuh si
isteri. Mylia terkejut, dia segera mengesat air matanya yang masih bersisa di
pipi.
“Menangis
kenapa?” soal Tengku Hamzan.
Mylia diam.
samada Tengku Hamzan benar-benar tidak sensitive atau suaminya itu sengaja mahu
mempermainkannya. Fikir Mylia dalam hati.
“Masuk dalam. Dah
lewat sangat ni” kata Tengku Hamzan lalu dia segera berlalu. Berharap agar
Mylia mengekorinya tetapi ternyata Mylia masih lagi mahu duduk bersendirian di
laman itu.
Mylia membentak.
Sudahlah bermesra-mesra dengan Tengku Anis sekarang mahu meng arah pula.
Apakah suaminya itu memang tidak mempunyai perasaan? Bentak Mylia. Ah dia
silap. Tengku Hamzan Cuma ada satu perasaan, ego! Ego. Benar, Tengku Hamzan
memang Cuma ada rasa ego dalam dirinya. Hatinya marah melihat kemesraan
suaminya dengan Tengku Anis dan setelah mendengar kata-kata Tengku Anis tadi
hati isteri mana tidak cemburu? Orang gila pun sudah tentu cemburu apabila
mendengar kata-kata Tengku Anis tadi. Mylia marah, mahu sahaja dia memberontak
kepada suaminya, biar suaminya tahu dia marah sekarang ini. dia mahu dipujuk,
dilayani sepertimana selayaknya seorang isteri.
Sebaik sahaja
Mylia berdiri dan dia merancang mahu berteriak, saat itulah dia merasakan
tangan Tengku Hamzan menekan kepaLan ya,
agak kasar sehingga membuatkan dia terduduk. Makin Mylia geram dengan keasaran
suaminya itu. sudahlah tidak memujuk, kini mahu berkasar pula. Tiba-tiba Mylia
merasakan satu kucupan hinggap di kepaLan
ya. Mylia terdiam.
Tengku Hamzan
merubah posisi diri. Dia berjalan ke hadapan supaya dirinya bertentangan dengan
Mylia. Dia masih berdiri. Tidak berniat mahu duduk di samping Mylia. Mylia
menundukkan wajahnya.
“Berapa kali
kanda nak cakap. Jangan menundukkan diri dinda kepada sesiapapun…”
Mylia mengangkat
wajahnya. Waktu beginipun suaminya itu masih mahu berbiacara soal pangkat dan
kemegahannya.
Tengku Hamzan
senyum lalu menyambung, “Jangan menunduk kepada sesiapapun kecuali kanda”
Mylia senyum jua
akhirnya. Tengku Hamzan turut tersenyum setelah melihat wajah isterinya itu
mengukirkan senyuman.
Mylia bangun
berdiri berhadapan dengan Tengku Hamzan. Tengku Hamzan lalu mengangkat tubuh
Mylia secara tiba-tiba dan meletakkan Mylia berdiri di atas bangku sehinggakan
Tengku Hamzan terpaksa mendongak.
“Darjat dinda
lebih tinggi daripada mana-mana wanita yang kanda kenali”
Tengku Hamzan
senyum dan kemudian Mylia ketawa gembira.
“Sejak bila pula
suami dinda ni bermanis mulut?” soal Mylia sinis. Sengaja dia mahu
mempermainkan suaminya itu.
Tengku Hamzan
diam.
“Kanda menyesal
tidak mengahwini Tengku Anis?” soal Mylia tiba-tiba. Memang pertanyaan itu yang
berlegar-legar di fikirannya sehingga meragut kepercayaaanya kepada suaminya
sendiri. Bimbang sekiranya perkahwinan mereka itu goyah kerana perasaan kesal
yang bersarang di jiwa suaminya setelah menghadapi segala kesusahan ini.
Tengku Hamzan
mengangguk.
“Huh?!” Mylia
terkejut. Dia mengharapkan jawapan yang sebaliknya daripada suaminya itu.
Tengku Hamzan
ketawa lucu.
Mylia menarik
kolar baju suaminya. Lagaknya seperti mengugut. Tengku Hamzan terkejut. Mata
Mylia sepertinya menahan marah melihat suaminya itu mempermainkannya.
Dahi Tengku
Hamzan berkerut seribu. Tawanya sudah berhenti. Dengan tiba-tiba Mylia
merapatkan wajahnya ke wajah Tengku Hamzan. Mereka bertentang mata agak lama.
“I love you”
bisik Mylia kepada Tengku Hamzan.
Tengku Hamzan
merapatkan wajahnya ke wajah Mylia. Mereka berkucupan dalam cahaya neon yang
menerangi malam.
“I hate you” balas
Tengku Hamzan lalu tersenyum.
Mylia memukul
dada Tengku Hamzan lembut. Tengku Hamzan ketawa gembira lalu memeluk tubuh
Mylia kedalam pelukannya.
“You know I only
love you” bisik Tengku Hamzan ke telinga Mylia saat mereka berpelukan. Pelukan
Tengku Hamzan semakin erat.
No comments:
Post a Comment