Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 27


Bab 27

 Tengku Hamzan turun dari kereta apabila pintunya dibuka oleh Ahmad. Mereka bertiga mencari pemilik rumah batu itu. Seorang lelaki menghampiri mereka dan menegur.
“Boleh saya bantu encik” soal lelaki itu kepada Firdaus. Firdaus menerangkan maksud kedatangannya kemudian mereka bertiga diminta mengikut lelaki itu ke kebun bunga yang terletak tidak beberapa jauh dari rumah batu. Dari jauh Tengku Hamzan mencari-cari kehadiran Farah dan dia melihat gadis  itu sedang sibuk mengarahkan beberapa orang lelaki memindahkan pasu bunga. Tengku Hamzan meneLan   air liur. Entah kenapa dia berasa berdebar-debar untuk bertemu dengan Farah.
“Cik Farah. Ada tetamu mahu berjumpa dengan Cik Farah” beritahu lelaki tadi.
Firdaus segera menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Farah tetapi Farah menolak dengan baik dengan alasan mereka bukan muhrim. Farah sempat menjeling ke arah Tengku Hamzan yang sedang memerhatikannya sejak tadi. Pandangan mereka bertaut tetapi Farah segera melarikan pandangannya. Tidak mahu bertentang mata lama-lama dengan lelaki itu. Perilakunya sangat pelik sejak pertama kali bertemu minggu lalu.
Firdaus memberitahu maksud kedatangannya secara ringkas dan kemudian Farah menjemput mereka ke rumahanya sahaja untuk berbincang. Dalam perjaLan  an dia mengajak Lan untuk menemaninya.
Isteri Lan datang dengan menatang sedulang air dan dihidangkan kepada tetamu.
Firdaus memulakan bicara mewakili pihak majikannya.
“Begini Cik Farah. Setelah berbincang, Tengku berhasrat agar Cik Farah dapat membantu kami membekalkan pokok untuk projek chalet kami berhampiran tapak pasar malam. Kami akan menawarkan harga yang berpatutan dan kalau boleh sebelum itu kami mahu melihat dulu pokok-pokok yang tersedia di kebun”
“Tapi, syarikat kami tidak pernah membekalkan pokok dalam kuantiti yang besar. Pokok-pokok yang kami tanam tidak cukup untuk memenuhi keperluan pihak encik” balas Farah. Dia agak terkejut menerima tawaran lumayan untuk projek besar itu.
“Cik Farah jangan risau. Memang kami mencari syarikat-syarikat kecil untuk bekaLan   pokok hiasan untuk memenuhi saranan kerajaan menyokong syarikat-syarikat kecil untuk berkembang. Selain syarikat Cik Farah, kami bakal mengikat kontrak dengan beberapa lagi syarikat tempatan untuk membekalkan kami stok pokok-pokok hiasan yang kami perlukan” kali ini Tengku Hamzan bersuara menjelaskan kehuatiran yang dibimbangkan oleh Farah. Mata mereka bertentang lagi.
Farah memandang ke arah Lan   . Mereka berdua diam membisu. Terkejut mendapat tawaran itu.
“Sekarang, projek itu masih lagi dalam pembinaan dan memerlukan beberapa buLan   lagi untuk kami memerlukan stok pokok-pokok hiasan. Mungkin agak terlalu lewat untuk Cik Farah membuat persediaan tetapi apabila melihat kebun Cik Farah tadi, saya yakin Cik Farah dapat bekalkan dalam 7% dari keperluan kami” Firdaus menjelaskan lagi.
“Boleh tak kalau encik bagi kami masa untuk fikir dulu?” Lan bertanya.
“Minggu depan kami akan datang lagi. Mungkin kalau Cik Farah setuju. Kita boleh sign kontrak terus minggu depan”
“Kenapa cepat sangat?” soal Farah.
“Kami terpaksa bertindak segera supaya projek ini dapat siap dalam masa yang ditetapkan. Cik Farah fikirlah dulu dalam masa tujuh hari ini. Kalau dah ada jawapan nanti boleh hubungi saya. Ini kad saya” Firdaus mengeluarkan kad namanya dan diserahkan kepada Farah dan juga Lan   .
Firdaus meneguk sisa air yang ada di dalam cawan. Dia kemudiannya melihat ke arahTengku Hamzan dan bertanya jika Tengku Hamzan ada mahu menambahkan apa-apa dari perbincangan tadi. Tengku Hamzan mengangguk dan bersuara.
“Kalau tak keberatan, boleh Cik Farah bawa kami melihat kebun bunga?”
Tengku Hamzan, Ahmad dan juga Firdaus menunggu di luar rumah. Tidak lama kemudian Farah keluar dengan mengenakan but kerana tanah kebun agak licin dan berlopak.
Farah mengahmpiri tiga orang lelaki yang sedang menunggunya.
“Maaf lambat.  Lan ada hal, jadi saya yang akan bawa kalian melihat-lihat kawasan kebun” beritahu Farah dan dia mendahului. Mereka berempat berjalan    ke kawasan kebun bunga yang terletak di belakang rumah. Ada banyak tanaman serta pokok-pokok hiasan yang ditanam di kawasan itu dan dari jauh lagi sudah kelihatan kawasan tanaman tumbuhan bonsai yang di tanam di kawasan yang lebih tinggi dan bertingkat-tingkat seperti tanaman teh di Cameron highLan  ds. Tengku Hamzan sibuk bertanya tentang penjagaan dan mutu tanaman yang dihasilkan oleh syarikat ini. Telefon bimbit Firdaus berdering dan dia menjawab panggilan   itu setelah meminta keizinan Tengku Hamzan untuk ke tempat yang lebih privasi.
“Macamana setakat ni? Adakah Tengku berupuas hati?”
Tengku Hamzan diam membisu.
“Kalau Tengku nak tengok pokok bonsai di kawasan atas tu pun boleh juga. Tapi jaLan   agak licin sekarang ini. Semalam hujan tak berhenti, pagi baru reda. Kalau musim tengkujuh seperti sekarang ni, jaLan   kat depan sana banjir. Tanah di sini tinggi sedikit Cuma kalau banjir di jaLan   sana, kami tak boleh keluar masuk untuk hantar atau terima bekaLan   tanaman”
“Biasa sampai berapa hari banjir?” soal Tengku Hamzan
“Tak tentu Tengku. Bergantung hujan, kalau hujan berhenti, sekejap saja air surut sebab sistem perparitan sudah diperbaiki Cuma tidak cukup besar untuk menampung air banjir”
Tengku Hamzan mengangguk faham. Risau juga kalau sewaktu projek berjalan    nanti, Farah tidak dapat membekalkan tanaman jika diperlukan.
“Tengku jangan risau. Kalau kita Berjaya sign perjanjian, kami akan lakukan penghantaran beberapa hari lebih awal dari yang dijanjikan untuk mengelakkan sebarang masalah”
“Macamana dengan tanaman bonsai di atas sana?”
“Tengku nak tengok-tengok ke?”
Tengku Hamzan mengangguk. Dia menyuruh Farah membawanya ke atas dan kemudian dia mengarahkan Ahmad menunggunya di kereta. Dari jauh kelihatan tiga orang pekerja lelaki sedang tekun menabur baja dan mereka menyapa Farah setelah gadis  itu menghampiri. Tengku Hamzan tersenyum kelat ke arah  mereka.  Farah kemudian menerangkan bagaiman penjagaan yang paling bagus untuk tanaman bonsai. Tengku Hamzan tekun mendengar. Dia mengekori Lan   gkah Farah. Dan tanpa di sedari mereka sudah berjalan    agak jauh.
“Selain membekalkan tanaman hiasan kami ada juga membekalkan tanaman-tanaman renek dan bonzai untuk sekolah-sekolah dan juga hospital. Walaupun tidak banyak tetapi keuntungannya agak lumayan sehingga kami masih mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain. Untuk makluman Tengku ini kali pertama kami menerima tawaran dari syarikat swasta seperti syarikat Tengku dan tawaran Tengku memang lumayan. Saya akan berbincang dulu dengan Lan dan saya akan hubungi Tengku setelah kami mencapai kata sepakat nanti” Hanya Farah yang bersuara sejak dari tadi dan Tengku Hamzan hanya terdiam. Farah memandang ke belakang. Rupa-rupanya dia hanya bercakap sendirian. Dilihat Tengku Hamzan sedang tertinggal di belakang. Farah berpatah balik ke arah Tengku Hamzan.
“Ada apa Tengku?” soal Farah kehairanan. Tengku Hamzan hanya tercegat berdiri dan memandang ke arah  tanah. Kerana tanah berselut, kasut Tengku Hamzan kelihatan sangat comot dengan lumpur yang berwarna kuning. Tengku Hamzan tidak selesa dengan keadaan itu. Kasut yang dibelinya dengan harga beribu-ribu ringgit itu telah kotor. Kalau tahu keadaan kebun begini, awal-awal lagi dia hanya akan memakai but seperti Farah. Tetapi dia tiada but seperti itu. Tengku Hamzan melihat ke arah  kasutnya dan dia berasa tidak enak. Ikatan tali kasutnya juga terurai. Baru sahaja Tengku Hamzan mahu mengikat tali kasutnya, Farah tiba-tiba tunduk dan mencapai tali kasut Tengku Hamzan dan mengikatnya kemas. Tengku Hamzan terkejut. Dia memandang wajah Farah dengan perasaan tidak percaya.
Hanya Mylia yang akan membetulkan tali kasutnya sepertimana yang dilakukan oleh Farah tadi. Hanya Mylia yang tahu dia tidak mampu mengikat tali kasutnya kerana kecacatan tangannya. Wajah Farah ditenung tajam, dia mengharapkan penjelasan dari Farah dengan tindakannya tadi. Mata mereka bertentangan. Tengku Hamzan cuba mencari kebenaran yang mungkin cuba diselindungkan oleh redup pandangan wanita itu.
Farah melarikan pandangannya. Tidak berani bertentang mata dengan lelaki di hadapannya itu. Dia juga terkejut dengan tindakannya tadi, bukan hanya Tengku Hamzan yang cuba mencari penjelasan tetapi dia juga mengharapkan dia mempunyai jawapan kepada tindakannya tadi.
“Boleh saya Tanya satu soaLan  ?” Tengku Hamzan membiasakan dirinya sebagai ‘saya’. Ini bermakna Farah adalah orang ketiga yang mendapat penghormatan dari Tengku Hamzan selepas Encik Johar, dan Mylia.
“SoaLan   apa tu Tengku?”
“Bila Farah start buat business ni?”
“Kenapa Tengku Tanya macam tu?”
“Untuk lebih meyakinkan syarikat kami yang syarikat Cik Farah sudah kukuh dari segi kewangan dan pentadbiran”
Farah mengangguk dan menyambung. “Kami mula mendaftar pada lapan tahun lepas”
Lapan tahun lepas? Mylia meninggal dunia sejak tujuh tahun yang lalu. Adakah mereka berdua adalah orang yang sama? Kalau lapan tahun lepas, dia dan Mylia masih lagi bergelar suami isteri dan mereka tinggal di rumah istana. Mylia tidak pernah meninggalkannya untuk ke mana-mana? Jadi bagaimana dia mampu mengoperasikan syarikat ini. Lan   ! Siapakah Lan yang sebenarnya?
“Syarikat ini atas nama Cik Farah?”
“Atas nama Lan   ”
That’s it! Kalau selama perkahwinan mereka, Mylia memang tidak pernah meninggalkannya jadi mustahil jika dia dapat mengoperasikan syarikat ini. Kecuali, jika dibantu oleh Lan   . Malah syarikat ini sendiri atas nama Lan   . Pasti! Farah adalah Mylia! Tetapi kenapa dia perlu berbohong?
“Tengku nampak tak bisaa dengan keadaan becak macam ni. Kenapa susahkan diri datang ke rumah kami?”
“Bussiness. Saya lebih yakin kalau saya lihat dengan mata saya sendiri”
“Cik Farah dah kahwin?” soal Tengku Hamzan secara tiba-tiba.
“SoaLan   itu tak berkaitan dengan business” Farah tersenyum.
“SoaLan   itu tak termasuk dalam urusan business. Tak perlu jawab. Tapi kalau Cik Farah jawab, saya akan berpuas hati”
“Kenapa begitu?”
“Saya tengok Cik Farah dengan Lan   ..?”
“Lan adik saya”
Tengku Hamzan senyum.

No comments:

Post a Comment