Bab 46
Fail kewangan syarikat untuk tahun
2000 itu diteliti. Fail itu tebal dan Mylia pula bukanlah tahu sangat membaca
buku akaun ataupun audit. Mylia bangun dari kerusinya dan keluar dari bilik
pejabat.
“Sudin, awak boleh tolong saya?”
“Ya Puan. Ada apa?”
“Ke office saya sekejap”
Sudin, seorang akauntan yang baru
mula kerja setahun lepas itu membontoti Lan
gkah Mylia sampai ke bilik pejabat. Dia disuruh duduk.
“Saya nak minta tolong awak boleh?’
“Tolong apa, puan?”
“Tolong saya tafsir semua akaun ni”
Sudin yang berkaca mata itu
membetulkan kaca matanya yang jatuh kerana hidungnya yang penyek itu.
Fail-fail hitam itu dilihat-lihat.
“Ni semua akaun syarikat. Ada apa
ni Puan?”
“Awak akan tahu sendiri kalau awak
bantu saya”tegas Mylia. Dia yakin yang fail-fail kewangan ini semuanya telah
diubah oleh orang-orang yang bersubahat dengan Maisarah . Dan bukti-bukti ini akan bercakap sendiri.
Sudin akan tahu semuanya jika dia meneliti segalah masalah data yang tidak
berkesinambungan dengan data-data dari beberapa bahagian lain.
………………………….
Selama seminggu Fuad menyendiri
daripada Maisarah , bukan dia mahu
mengelakkan diri tetapi dia mengambil masa-masa ini untuk berfikir. Sampai bila
dia dan Maisarah mahu merahsiakan hubungan mereka. mereka berdua bukan hanya
hubungan majikan dan pengawal peribadi lagi. Dia menyintai Maisarah dan dia
tahu Maisarah juga mempunyai perasaan yang sama kepadanya. Ugutan-ugutan yang
diberikan kepada Maisarah berunsurkan gambar-gambar mereka yang masuk ke hotel
bersama-sama dulu akan tidak menjadi masalah sekiranya mereka berdua kahwin.
Tambahan pula dia gagal mencari siapakah daLan
g di sebalik ugutan-ugutan itu. Maisarah akan marah kepadanya nanti dan
wanita itu akan bertambah marah sekiranya dia mengusulkan cadangan untuk
berkahwin dengannya.
Semalaman Fuad hanya tinggal di
kereta, dia tidak berani masuk ke dalam rumah istana. Apabila melihat Tengku
Hamzan dan Mylia keluar dari rumah, Fuad menghidupkan enjin keretanya dan masuk
ke perkarangan rumah istana. Dia segera masuk ke dalam rumah dan menuju ke
kamar Maisarah di tingkat dua. Pintu kamar itu diketuk kuat sehingga Maisarah terjaga
dari tidurnya. Wajah Maisarah yang masih kusut masai itu tersembul di muka
pintu. Fuad mengajak Maisarah ke bilik bacaannya saja. Maisarah duduk di kerusi
sementara Fuad berdiri berhadapan dengan wanita kesayangannya itu.
“Ada apa pagi-pagi cari aku ni? Dah
jumpa siapa punya angkara?” soal Maisarah perlahan. Matanya masih mahu terlelap
lagi sebenarnya tetapi digagahkan jua kerana mungkin Fuad sudah dapat
menyelesaikan tugas yang disuruhnya seminggu yang lalu itu.
“Saya ada hal lagi penting!”
beritahu Fuad. Dia mengumpulkan segala keuatan yang ada untuk bersuara.
“Apa dia?”
Maisarah menyelak rambutnya yang
ikal ke belakang. Rambut itu disanggul sahaja. Dibiarkan mengurai membuatkan
dia rimas kerana tidak terurus.
“Kita kahwin. Kita mulakan hidup
baru. Kalau tengku tak izinkan kita kahwin lari. Saya boleh tanggung kita
berdua”
Maisarah terkaku. Tiada bait-bait
kata yang keluar dari bibirnya. UsuLan dari Fuad itu sangat mengejutkannya. Dia tidak
sangka Fuad berani melamarnya. Sedangkan selama ini dia menyangka Fuad dan dia
mempunyai kefahaman yang sama, yang mereka berdua bahagia begini,
bersekedudukan tanpa ikatan perahwinan. Mereka berdua saling menyukai tetapi
untuk berkahwin dengan Fuad, memang tidak pernah terlinntas di fikiran Maisarah .
Melihat reaksi Maisarah Fuad
semakin cemas. Dia bimbang usuLan nya
itu membuatkan Maisarah marah dan berjauhan daripadanya. Dia menyintai wanita
itu sepenuh jiwa dan raga. Dia sanggup menerima Maisarah seadanya walau
siapapun Maisarah sebenarnya, seorang pembunuh atau pisau cukur, dia tidak
kisah. Dia pun bukannya alim sangat, seorang pengawal peribadi yang membunuh
untuk majikannya. Mereka berdua tidak jauh berbeza dan saling menyintai.
“Kita kahwin. Selesai cerita.
Ugutan-ugutan itu takkan dapat menggugat puan lagi sekiranya kita kahwin”
sambung Fuad lagi, cuba meyakinkan yang satu-satunya jaLan terbaik untuk Maisarah adalah dengan menerima
lamarannya.
“Kau sedar tak apa yang kau cakap
ni?”! Maisarah bangun.
“Kalau kita kahwin, aku takkan
dapat sesen pun harta Tengku Hamzan!”
“Saya boleh tanggung kita berdua.
Awak tak perlu kerja, tinggal di rumah…”
“What! Tinggal kat rumah, mengemas,
memasak, mencuci?”
“Iya!”
Maisarah senyum sinis.
“Jangan cakap pasal ni lagi. Aku
tak nak dengar perkara yang merepek ni”
Maisarah terus berlalu meninggalkan
Fuad sendirian di kamar bacaannya. Pintu kamar dihempas kasar.
……………………………….
Mylia segera masuk ke dalam bilik
pejabat Tengku Hamzan bersama-sama dengan Sudin. Tengku Hamzan terkejut melihat
kedatangan dua orang pekerjanya itu.
“Ada apa ni?” soal Tengku Hamzan
sambil menekan butang intercom.
“Suraya, kan saya dah kata jangan
bagi sesiapa masuk. Saya tak nak diganggu” Tengku Hamzan mengingatkan Suraya.
“Maaf Tengku tapi Puan Mylia
berkeras mahu berjumpa dengan Tengku. Ada hal penting katanya. Tengku nak suruh
saya bawa mereka keluar ke?” soal Suraya.
“Tak apa. saya boleh uruskan”
Tengku Hamzan menyuruh
tetamu-tetamunya itu duduk. Dia membuka fail di hadapannya. Hari ini dia
benar-benar sibuk. Proposal projek terbaru di luar Negara itu perlu disiapkan
dalam masa dua minggu lagi.
“Ada apa. Suraya kata ada hal
penting” soal Tengku Hamzan tanpa melihat ke arahMylia mahupun seorang
pekerjanya yang lain.
“Tengku kami ada sesuatu nak
bagitahu Tengku. Ini berkenaan dengan syarikat ini” Mylia bersuara.
“Ada apa. Penting sangat ke? Saya sibuk
sekarang” balas Tengku Hamzan.
“Ini berkenaan dengan kewangan
syarikat. Saya dan Sudin telah meneliti dokumen kewangan syarikat dari unit
kewangan tetapi data dari unit itu tak sama denga data dari beberapa unit lain.
Cuba Tengku tengok ni” Mylia menghulurkan fail hitam yang bertulis Kewangan
tahun 2000 itu kepada Tengku Hamzan. Tengku Hamzan menyambut fail itu. dia
meneliti helaian-helaian yang terkandung dalam dokumen itu.
“Bisaa je. Segala perbeLan jaan tak Nampak suspicious. Ni semua projek
yang kita uruskan dalam tahun 2000”
“Tengku jangan keliru. Dalam
senarai ni, semua merujuk kepada projek-projek yang syarikat kita uruskan
tetapi data harga tak sama dengan data ari unit-unit lain. Perbezaannya tidak
ketara dari segi nombor tetapi sangat berbeza dari segi jumlah. Contohnya cuba
Tengku tengok ni” Mylia menghulurkan fail yang bertanda Pentadbiran Tahun 2000.
“Cuba tengku tengok jumlah perbeLan jaan untuk gaji staf di bahagian pentadbiran.
Jumlah keseleruhan dari fail unit pentadbiran adalah sebanyak 164325.76 tapi
dari unit kewangan jumlahnya, 1643257.60”
“What?” Tengku Hamzan terkejut.
“mana pergi semua duit syarikat?”
“Kenapa saya tak perasan semua ni
sebelum ni?” keluh Tengku Hamzan. Dia masih dalam keadaan tidak percaya.
“Sebab Tengku terlalu percaya pada
orang bawahan Tengku” sampuk Mylia.
Sudin hanya berdiam diri. Dia akan
bersuara sekiranya Tengku Hamzan mahupun Mylia bertanya. Fikirnya.
Apabila diajak untuk bertemu dengan
Tengku Hamzan oleh Puan Mylia tadi, dia benar-benar menggelabah. Dia tidak
pernah termimpi untuk berjumpa dengan CEO syarikat itu. seorang tokoh usahawan
Negara malah tersenarai dalam sepuluh orang terkaya di Malaysia.
“Selama ini, bila Kamil suruh saya
sign, saya sign je tanpa meneliti dulu”
“So sekarang ini en.Kamillah suspek
kita” sampuk Mylia lagi. Cuba membuat telahan melulu tetapi dia yakin yang
memang Kamil bersubahat.
“Jangan tuduh melulu” Tengku Hamzan
bersuara menegah.
“Tengku nak kami buat report
polis?”
“Jangan dulu, biar saya bercakap
dengan Kamil. Kalau betul dia bersalah saya akan suruh dia menyerah diri” balas
Tengku Hamzan.
Tengku Hamzan menekan butang
intercom dan mengarahkan Suraya menelefon Kamil untuk berjumpa dengannya
selepas ini.
“Saya cadangkan, Tengku mungkin nak
bercakap dengan En.Othman juga”
“Othman pun terlibat sama?” soal
Tengku Hamzan seakan tidak percaya. Lelaki itu telah lama bekerja di syarikat
ini. malah separuh hidupnya dihabiskan di syarikat ini. dia tidak percaya yang
lelaki pada usia 50-an itu bersubahat dalam menyonglap duit syarikat.
“Mungkin” balas Mylia sepatah.
“Yang kau ni siapa?” tiba-tiba
Tengku Hamzan bertanya kepada lelaki muda yang masuk ke bilik pejabatnya
bersama-sama dengan Mylia tadi tetapi Lan
gsung tidak bersuara itu.
Sudin terkejut sampai dia berdiri
dan menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan. Tengku Hamzan memang menjadi
idoLan ya sejak dia masih belajar di
university lagi. Semasa menerima tawaran bekerja di syarikat itu, dia merasakan
yang impiannya menjadi kenyataan dan hari ini dia bersemuka dengan idoLan ya itu mungkin dapat berjabat tangan dengan
Tengku Hamzan.
“Saya Sudin dari jabatan Human
resource. Saya yang bantu Puan Mylia meneliti dokumen itu” beritahu Sudin.
Tengku Hamzan tidak mengendahkan
jabat tangan dari Sudin membuatkan lelaki itu malu sendiri. Dia menarik
tangannya kembali.
“Tengku, En. Kamil menunggu di
luar. Nak saya suruh dia masuk?” soal Suraya melalui intercom.
“Suruh dia masuk”arah Tengku
Hamzan.
“Kalau macam tu kami keluar dulu”
beritahu Mylia. Dia bangun dari duduknya.
“Kanda akan urus hal ni” beritahu
Tengku Hamzan kepada isterinya saat Mylia sedang berjalan keluar.
“And, Sudin tunggu sekejap”
Sudin menapak ke arahTengku Hamzan.
“Terima kasih bantu saya dan
syarikat. Tolong tengokkan Puan Muda”
“Baik Tengku”
“Awak boleh keluar sekarang”
Bab 47
Kamil keluar dari bilik pejabat
Tengku Hamzan sambil diiringi oleh beberapa orang anggota polis. Tengku Hamzan
hanya memerhatikan. Dia terduduk di kerusinya. Di sangat tidak menyangka yang
stafnya membelot kepadanya. Kamil mengaku telah memalsukan dokumen-dokumen
pejabat. Dia tiada pilihan lain kerana semua dokumen pejabat itu boleh
dijadikan bukti dengan ada tandatangannya pada setiap helaian terakhir audit
kewangan syarikat itu.
Tengku Hamzan mendail nombor
telefon Othman tetapi tiada deringan. Mungkin telefon bimbitnya dimatikan.
Seluruh staf di bahagian
pentadbiran itu gempar setelah didatangi oleh beberapa orang anggota polis dan
mereka menunggu di ruangan menunggu. Dan setelah masuk ke pilik pejabat Tengku
Hamzan mereka keluar dengan Kamil. Mereka semua tidak tahu apa-apapun tentang
hal ini tetapi memang sudah lumrah di pejabat, berita itu cepat tersebar, tidak
kira betul atau tidak betul isinya. Dan tidak kuranglah bezanya dengan berita
tentang penangkapan Kamil kerana pecah amanah. Mereka semua tidak percaya yang
Kamil terlibat dalam kes sebegitu tetapi masa akan membuktikan segala-galanya.
SekumpuLan pihak
polis ke bahagian unit kewangan dan unit Human Resources untuk mengambil bahan
bukti, isitu fail-fail kewangan yang diteliti oleh Mylia ddan Sudin. Mylia tidak terkejut sewaktu ditegur oleh
seorang inspekor polis untuk meminta dokumen-dokumen itu dan dia juga turut diminta
untuk memberikan keterangan. Tetapi dia terkejut yang Tengku Hamzan akan
mengambil tindakan keadiLan secepat ini. pasti Kamil dan Othman sudah
ditangkap. Fikir Mylia.
“Ini saja semua dokumen yang saya
ambil dari unit kewangan atas kebenaran bertulis dari CEO syarikat” beritahu
Mylia kepada inspector itu.
“Terima kasih cik atas kerjasama
cik”
“Puan, saya Puan Mylia” Mylia
mebetulkan panggilan nya.
“Harap puan dapat ikut kami ke balai untuk memberikan keterangan”
Mylia mengangguk faham.
………………………..
Mylia
pulang ke rumah istana agak lewat kerana dikehendaki memberikan keterangan. Dia
bertanya kepada En. Johar tentang keberadaan Tengku Hamzan. Dia bimbangkan
suaminya. Bagaimana suaminya menerima kenyataan ini. orang kepercayaannnya
menipu duit syarikat. Dan bagaimana pula penerimaan Tengku Hamzan tentang
berita yang Kamil Berjaya melarikan diri setelah sebuah kereta polis yang
membawanya diserang oleh seseorang yang tidak dikenali, namun tiada anggota
polis yang tertewas. Mereka Cuma cedera.
Mylia ke kolam renang yang
terletak di sebelah rumah istana itu. dilihat Tengku Hamzan sedang berenang
sendirian di kolam. Mylia mengambil tuala yang tersidai di bangku. Dua orang
pembantu rumah yang diarahkan oleh Tengku Nadhirah untuk menemani Tengku Hamzan
sedang berdiri di sebalah kolam. Mylia menyuruh mereka berdua meninggalkannya
sendirian. Mylia duduk mencangkung sambil memanggil suaminya dan Tengku Hamzan
berenang ke arahMylia. Dia naik dan mencapai tuala dari tangan isterinya.
Tubuhnya yang separuh terdedah kepada kedinginan dan angin malam itu menggigil
kesejukan. Mylia mengambil tuala itu lalu mengelap tubuh suaminya. Tuala itu
kemudiannya diselimutkan menutupi bahagian bahu dan kebawah. Tengku Hamzan berjalan
ke
arah bangku.
“Kanda dah tahu Kamil Berjaya
melarikan diri?”
“Inspektor call bagitahu”
“Othman gagal diberkas. Disyaki
telah melarikan diri ke luar Negara”
“Ini membuktikan yang dinda
betul. Kalau mereka tak bersalah, mereka takkan melarikan diri”
Mylia diam.
Tengku Hamzan menggigil
kesejukan. Sudah sejam lebih dia berenang sendirian. Bibirnya kebiruan menahan
kesejukan yang mula menjalar ke seluruh saraf setelah badannya yang basah
bertembung dengan angin malam yang dingin.
Mylia sedih melihat Tengku Hamzan
sebegitu. Suaminya bagaikan sangat kecewa dan sedih atas apa yang berlaku.
Mylia tahu perasaan itu. bagaikan dikhianati oleh saudara sendiri!
“Kanda tak sangka. Selama ini,
kami lunch bersama, berbual bersama tapi rupa-rupanya mereka tikam kanda dari
belakang!”
Mylia masih lagi berdiam.
Dibiarkan Tengku Hamzan meluahkan segala perasaanya.
“Gaji mereka pun kanda yang bayar
tapi kenapa mereka nak hianati kanda?”
“Banyak pula tu duit syarikat
yang mereka songlap. Tak cukup lagikah gaji yang kanda bagi. Kanda buta sebab
tak Nampak semua ni. Kanda terlalu percayakan mereka!” sambung Tengku Hamzan
lagi.
“Macam tulah manusia kanda. Tak
pernah rasa cukup dengan apa yang mereka ada. Bukan salah kanda. Kanda terlalu
baik pada mereka sampai mereka tak hargai. Benda ni boleh jadi pada semua
orang. Kanda jangan salahkan diri sendiri” pujuk Mylia.
“Kanda kerja siang malam untuk
pastikan syarikat ayahnda ini maju tetapi rupa-rupanya kanda tewas pada staf
kanda sendiri” keluh Tengku Hamzan lagi. Air matanya menakung di kelopak mata.
“Kanda takkan biarkan syarikat
ayahnda ni tumbang dengan mudah. Kanda akan berjuang!”
“InsyaAllah dan dinda akan bantu
kanda” Mylia meraih genggaman tangan suaminya. Ibarat cuba mengkonduksikan
semangatnya kepada suaminya melalui sentuhan sepertimana dia mengkonduksikan
habanya kepada suaminya.
Air mata Tengku Hamzan gugur jua.
Dia sangat sedih dengan apa yang dilakukan oleh dua orang staf dan juga rakan
sekerjanya itu. mereka berdua adalah orang kepercayaannya.
Tengku Hamzan memeluk tubuh Mylia
dengan erat. Dia menitiskan air mata tetapi cepat-cepat diseka. Dia tidak mahu
kelihatan lemah. Pelukan terhadap Mylia dikemaskan. dia Cuma ada Mylia seorang,
tunjang keuatanya. Benar kata pepatah, disebalik kejayaan seorang lelaki pasti
ada seorang wanita yang menunjangi semangatnya siang dan malam, tanpa mengira
waktu. Tetapi Mylia, di sebalik semua perkara-perkara sedih yang menimpanya,
Mylia pasti berada di sisi. Tidak pernah menyisihkannya atau meninggalkannya
sendirian.
Mylia memimpin tangan suaminya ke
kamar. En. Johar membontoti Lan gkah
mereka.
“Ada apa-apa yang boleh saya
bantu Puan Muda?” soal En. Johar sewaktu mereka bertiga sedang mendaki anak
tangga untuk ke tingkat dua.
“Tak ada apa-apa En. Johar. Saya
Cuma perlu berehat” sampuk Tengku Hamzan.
“Ah, En. Johar tolong sediakan
air mandian panas untuk saya” Tengku Hamzan tiba-tiba memberikanarahan. Kerana
kedinginan dia merasakan kalau dapat berendam di dalam tab dengan air mandian
panas, badannya akan berasa lebih segar.
“Baik Tengku” En. Johar dengan
segera mengangguk.
“En. Johar. Biar saya saja yang
buat. En. Johar boleh tinggalkan kami sendirian” sampuk Mylia.
“Tengku Nadhirah dah tidur?” soal
Mylia lagi.
“Dah Puan Muda”
Mereka bertiga sampai di kamar.
“En. Johar boleh pergi sekarang”
arah Mylia.
Mylia memulas tombol pintu dan
mereka berdua meLan gkah masuk. Tengku
Hamzan duduk di birai katil lalu mengambil gebar menyelimuti tubuhnya yang kedinginan
itu. Mylia segera masuk ke kamar mandi dan menyediakan air mandian untuk
suaminya. Suhu air disetkan sedikit panas. Dia keluar dari kamar mandi.
“Kanda tunggu sebentar” beritahu
Mylia.
Tudungnya dibuka menyerlahkan
rambutnya yang panjang mengurai itu. blazer hitamnya juga ditanggalkan. Dilihat
Tengku Hamzan masih lagi duduk di birai katil dengan gebar menyelimuti
tubuhnya.
Mylia duduk di sebelah suaminya.
TuaLan ya digunakan untuk mengelap
rambut Tengku Hamzan yang masih lagi basah.
“Kenapa pergi berenang
malam-malam macam ni?” soal Mylia. Marah dalam saying.
“Kanda nak tenangkan fikiran”
“Sekarang dah tenang?”
“Dah kurang sikit”
Mylia bangun dan ke kamar mandi
sekali lagi, kali ini dia memanggil Tengku Hamzan untuk masuk ke kamar mandi.
Air mandian yang disediakannya sudah pun penuh. Tengku Hamzan disuruh masuk
berendam di dalam air mandian yang suam itu.
Tengku Hamzan diam.
“Macamana?” soal Mylia.
“Dah ok ke? Ke nak tambah suhu
lagi?” soal Mylia.
Tengku Hamzan mengangguk, “Dah
Ok. Thanks dinda”
“Kanda mandilah, dinda keluar
dulu”
“Jangan tinggalkan kanda”
“Dinda kat kamar je. Dinda tak ke
mana-mana”
“Tolong jangan tinggalkan kanda.
Stay with me, here”
“Maksud kanda….”
Tengku Hamzan mengangguk.
No comments:
Post a Comment