Bab 40
Mylia duduk berhadapan dengan
Tengku Hamzan dan dia melihat ke arah suaminya. Tengku Hamzan diam sahaja.
Tengku Nadhirah turun dari kamarnya dan mengambil tempat di sebelah Mylia.
Seorang pembantu rumah datang dan menghidangkan makan pagi buat Tengku
Nadhirah. Dia lebih gemar makan Cornflakes
dengan susu dan dicampur buah-buahan.
Tengku Hamzan meneguk airnya.
“Bila bonda pulang?” soal Tengku
Hamzan kepada En. Johar.
“Mungkin hujung minggu nanti Tengku”
balas En. Johar.
Mylia diam seribu bahasa. Dia tidak
tahu apa yang patut dilakukannya. Tengku Hamzan dirasakan jauh daripadanya
walaupun kini mereka Cuma beberapa centimeter
dekatnya. Tengku Hamzan sengaja tidak memandang Mylia. Perasaan kecewannya
masih lagi menguasai diri.
“Bonda hari ini hantar anaknda ke
sekolah boleh?” Tengku Nadhirah tiba-tiba membuat permintaan.
Mylia mengangguk dan dia senyum
kepada Tengku Nadhirah. Sempat jua Mylia mengerling ke arah suaminya.
“Hari ini anaknda ke sekolah
sendiri” sampuk Tengku Hamzan.
“Tapi anaknda nak bonda yang
hantarkan”
“Kan ayahnda dah cakap. Pergi
dengan your bodyguard. Jangan nak
ngada-ngada”
“Tapi ayahnda, anaknda nak bonda
yang hantarkan” Tengku Nadhirah masih berkeras. Perangainya sama dengan Tengku
Hamzan.
“Ayahnda dah cakap. Pergi bodyguard je lah” kata Tengku Hamzan.
Kedengaran sangat tegas dan kali ini Tengku Nadhirah sudah takut mahu melawan.
Tengku Nadhirah menarik beg sekolahanya dan diberikan kepada Tauhid, pengawal
peribadinya. Tengku Nadhirah menyalami tangan Mylia serta Tengku Hamzan dan
kemudian dia segera berlalu.
Kini tinggal Mylia dan Tengku
Hamzan di meja makan. Mylia masih berdiam diri dan begitu juga dengan Tengku
Hamzan. Nasi goreng yang berada di pinggang hanya dikuis-kuis sahaja. Seleranya
hilang apabila melihat Tengku Hamzan masih lagi belum mahu menegurnya. Dan dia
tahu Tengku Hamzan masih lagi marah kepadanya dan kemarahan iu dilemparkan
sahaja kepada Tengku Nadhirah.
Tengku Hamzan bangun dari duduknya
dan ke ruang sebelum ke porch. En.
Johar membontotinya. Mylia turut bangun dari tempat duduknya. Dia menyuruh En.
Johar menunggu sahaja di luar ruang itu. pintu ruangan itu ditutup rapat.
“Nak pakai kasut yang mana hari ini
kanda?” soal Mylia yang mahu menggantikan tugas En. Johar seperti dulu-dulu.
Tengku Hamzan duduk di kerusi. Dia belum mahu berbicara dengan Mylia lagi.
Mylia memilih sepasang kasut kulit
yang berwarna hitam dan disarungkan ke kaki Tengku Hamzan. Setelah tugas itu
selesai, Tengku Hamzan terus bangun dan apabila dia mahu beredar, Mylia
bersuara, “Kalau betul kanda fikir yang dinda tak menyintai kanda, dan
perkahwinan kita bukan atas dasar cinta, kenapa kanda fikir dinda melarikan
dari dari sisi kanda selama tujuh tahun ini. kalau betul harta kanda yang dinda
inginkan, kenapa kanda fikir yang dinda sengaja tidak mahu tinggal di kediaman
ini lagi?” pantas Mylia meluahkan isi hatinya sebelum Tengku Hamzan
maninggalkannya. Persoalan itu sengaja diutarakan buat suaminya supaya dia
sedar yang Mylia bukannya mahukan harta-hartanya.
Tengku Hamzan diam. Kata-kata itu
terkesan di jiwanya. Tengku Hamzan meLan
gkah perlahan-lahan meninggalkan Mylia sendirian.
Mylia masuk ke kamar bacaan Tengku Hamzan dan mencari
sesuatu dari laci meja bacaan. Surat wasiat yang ditandatangani oleh Tengku
Hamzan tujuh tahun dulu dilihat dan kerana surat wasiat itu jugalah, Tengku
Hamzan dan anakndanya masih lagi selamat. Surat wasiat itu ditandatangani oleh
Tengku Hamzan saat Mylia sedang mengandungkan Tengku Nadhirah selama enam buLan . Maisarah tidak tahu akan hal itu.
Pandangan Mylia terpaku pada sebuah
bingkai gambar di atas meja bacaan itu. gambarnya bersama dengan Tengku Hamzan
sewaktu mereka berbuLan madu di jepun dulu masih lagi berada di atas
meja itu walaupun tujuh tahun telah berlalu. Pintu bilik bacaan diketuk dan En.
Johar memohon izin untuk masuk. Mylia duduk di kerusi dan menyiLan gkan kakinya.
“Ada apa En. Johar?” soal Mylia
tegas. Lagaknya seperti Tengku Hamzan. Lelaki itu jugalah yang telah menipunya
dahulu, membohonginya sehingga dia percaya dia sudah tidak mempunyai alasan
lagi untuk berada di samping suaminya. Memberikannya penipuan sehingga dia
yakin yang dia sudah tidak lagi bererti di sisi Tengku Hamzan dan pemergiannya
itu lebih baik untuk kebaikan suaminya sendiri.
“Boleh saya tahu kenapa Puan Muda
kembali?” soal En. Johar berterus terang. Dia masih mengesyaki kehadiran
kembali Mylia ke dalam keluarga ini. sejak dari dulu lagi, En. Johar tidak
pernah mempercayai Mylia terutama sejak dia mendengar perbuaLan antara
Mylia dan Maisarah.
“Saya tak perlu jelaskan semuanya
pada awak En. Johar?” bentak Mylia. Dia sudah tidak menghormati lelaki itu.
kalau di hadapan suaminya itu berbeza pula ceritanya. Ini kerana dia tidak mahu
suaminya mengetahui sejarah yang pernah direncanakan oleh orang kepercayaan
suaminya itu.
“Saya takkan benarkan awak
menyentuh atau menyakitki Tengku Hamzan mahupun Tengku Nadhirah” tegas suara
En. Johar. Amanah dari Tengku Farid kepadanya dulu itu akan dilaksanakan
walaupun dia terpaksa menjaga mereka dengan nyawanya sendiri.
“Awak tak perlu risaukan hal itu.
saya Cuma mahukan Maisarah”
“Jangan sesekali mencederakan
Tengku Hamzan mahupun Tengku Nadhirah!” En. Johar memberikan amaran lagi.
Mylia senyum sinis. “En. Johar
mengugut saya. Sekarang ini bukan En. Johar sahaja yang tahu rahsia saya. Saya
juga ada rahsia tentang En. Johar” Mylia pula mengugut dan sekaligus
menyampaikan amarannya.
En. Johar terdiam. Dia tahu apa
yang dimaksudkan oleh Mylia. Dan dia juga khuatir jika Tengku Hamzan mengetahui
rahsianya itu.
“Kenapa En. Johar berbohong yang
anaknda saya meninggal pada waktu malam penculikan itu? En. Johar sendiri yang
meminta saya meninggalkan Tengku Hamzan dan saya menurut kerana tidak mahu
Tengku Hamzan lebih menderita kerana saya” Tanya Mylia. Dia geram kepada lelaki
di hadapannya itu. kerana pembohongannya, dia percaya yang anakndanya lahir
mati. Dan pada malam penculikan itu juga, dia dijadikan tawanan oleh Muiz
tetapi En. Johar Lan gsung tidak
membantu.
Tujuh tahun dulu…
Tubuh Mylia lemah selepas
melahirkan anak pertamanya dalam kondisi yang sangat sulit. Dengan hanya
beralaskan Lan tai simen di rumah
tinggaLan itu, En. Johar membantunya melahirkan anak di
dalam kandungannya. Tanpa apa-apa bantuan, Mylia berusaha dan proses melahirkan
itu berLan gsung agak lama tetapi
akhirnya anak di dalam kandungannya itu Berjaya lahir.
“En. Johar macamana dengan keadaan
anak saya?” soal Mylia setelah sesaat kesedarannya tersedar setelah penat
melahirkan”
En. Johar diam.
Mylia jadi cemas. Dia memikirkan
sesuatu yang tidak baik telah terjadi pada anaknya itu. bunyi tangisan si bayi
juga tidak didengari.
“En. Johar!” Mylia melaung. Dengan
sisa-sisa kudrat yang masih tinggal. Dia cuba bangun. Darah banyak memenuhi
Lan tai tempat dia berbaring. Bajunya
juga sudah lencun dibasahi darah. Mylia menarik kolar baju En. Johar.
“Mana anak saya?” soal Mylia lagi.
“Maaf Puan Muda. Anaknda lahir
mati”
Mylia terkejut. Dia nyaris-nyaris
pengsan dan tubuhnya mahu terhempap ke Lan
tai dan pada saat itulah Muiz menyambut tubuhnya sementara En. Johar
hanya memerhatikan. Dari samar-samar dia melihat En. Johar tidak berbuat
apa-apa.
Tubuh Mylia ditarik oleh Muiz,
lelaki itu mengacukan pistol ke kepala Mylia namun En. Johar kelihatan tenang.
“Jangan cuba untuk buat apa-apa!” Muiz
mengugut sambil muncung laras pistol ditujukan ke arahEn. Johar.
“Kalau tak saya akan bunuh
perempuan ni!” ugut Muiz lagi. Kali ini pistol diacukan ke kepala Mylia pula. Muiz
cemas dan dia akan melakukan apa sahaja untuk melarikan diri dari sini. Kalau
perlu, wanita itu akan dijadikan tebusan sehinggalah dia dapat membolosi pihak
polis.
“En. Johar tolong saya” rayu Mylia
lemah.
“Diam!” marah Muiz. Dia menarik
tubuh Mylia dari belakang sambil lengannya memaut leher.
Dari samar-samar, wajah En. Johar
mula kabur dari pandangannya sehinggalah matanya tertutup. Tubuhnya sangat
lemah saat itu sehinggakan dia sudah tidak mampu berdiri. Tetapi, dia tidak
akan lupakan yang En. Johar Lan gsung
tidak melakukan apa-apa untuk menyelamatkannya pada malam itu. tergambar raut
muka En. Johar yang sangat dingin itu, dan yang paling dia kesali, yang En.
Johar mahukannya lenyap dari hidup Tengku Hamzan.
Beberapa hari setelah dirawat oleh Muiz
dan kakaknya, En. Johar menghubunginya dan memberi amaran untuk dia terus
memalsukan kematiannya dan segala-galanya akan diuruskan oleh En. Johar
sendiri. En. Johar mungkin menganggap yang dia bersekongkol dengan Maisarah dan
kehadirannya di dalam hidup Tengku Hamzan adalah satu komplot dari Maisarah.
Sekarang……
En. Johar terdiam. Kali ini dia memang
terperangkap oleh Mylia. “Kerana En. Johar saya hidup dalam rasa bersalah
terhadap Tengku Hamzan dan saya sangkakakn anak saya meninggal. Tujuh tahun saya
hidup tanpa suami dan anak saya. En. Johar boleh bayangkan perasaan saya bila
saya tahu saya ditipu oleh En. Johar selama ini? bagaimana perasaan seorang emak apabila
mengetahui yang dia telah mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya” Mylia
meneruskan kata-katanya.
En. Johar masih lagi terdiam.
“Tapi Tengku Hamzan tak perlu tahu
semua itu. saya nak mulakan kehidupan baru dengan Tengku Hamzan dan juga Tengku
Nadhirah. Tapi jika En. Johar tak mengikut apa yang saya katakana, saya mungkin
memberitahu hal yang sebenar tentang En. Johar” ugut Mylia. Kali ini permainan
ini miliknya. Dia akan menggunakan rahsia ini untuk mengikat En. Johar berpihak
kepadanya.
“Apa yang awak nak saya lakukan?”
“Bantu saya lindungi Tengku Hamzan
dan Tengku Nadhirah daripada Maisarah .
Saya bukan lagi orang suruhan Maisarah dan apa yang saya mahu Cuma kebahagian
keluarga saya” jelas Mylia.
Suraya membaca isi kandungan gossip
yang terpapar di muka kedua majalah hiburan tempatan. Dia kemudian berbicara
dengan teman sekerja yang lain tentang gossip terbaru yang mengaitkan hubungan
mesra antara ketua mereka dengan artis muda yang terkenal di tanah air iaitu
Zue. Mereka bertiga sibuk mengeluarkan teori masing-masing tentang hubungan
mereka berdua. Di dalam majalah itu juga ada menyertakan alamat website di mana
pembaca-pembaca boleh melihat gosip itu dengan lebih terperinci. Mereka membuka
website terbabit dan melihat beberapa buah foto yang ditangkap secara curi di
sebuah hotel di KeLan tan yang
dirahsiakan namanya. Mereka semua terkejut apabila melihat gambar itu.
Tengku Hamzan disapa oleh beberapa
orang pekerjanya tetapi Tengku Hamzan mengabaikan sahaja sapaan itu. dia terus
meluru masuk ke bilik pejabatnya. Tidak lama kemudian Tengku Hamzan keluar ke
meja Suraya dan menyuruh Suraya membawakan beberapa fail baru untuk diteliti.
Suraya kalut menyediakan fail-fail yang dikehendaki oleh majikannya. Tengku
Hamzan mengambil majalah hiburan dari dalam laci meja Suraya apabila melihat
gambarnya ada terpampang di muka surat paling hadapan majalah itu. isi
kandungannya dibaca.
“Shit!”
Tengku Hamzan masuk ke bilik
pejabatnya kembali lalu menghepaskan diri ke kerusi. Keluhannya berat
kedengaran. Dia kepenatan dengan masalah-masalah yang bagaikan sengaja mengejar
dirinya. Masalah dengan Mylia masih belum selesai, sekarang timbul pula masalah
baru. Suraya mngetuk daun pintu sebelum masuk dan menyerahkan fail-fail yang
dikehendaki oleh Tengku Hamzan sebentar tadi. Dia terlihat majalah hiburan yang
dibelinya ada di tangan Tengku Hamzan. Suraya memohon maaf kerana membeli
majalah itu. dia mula risau sekiranya dia menjadi mangsa amukan Tengku Hamzan.
“Call syarikat majalah ni, cakap aku nak sue dia orang”
“Baik Tengku” Suraya segera keluar
dari bilik pejabat Tengku Hamzan kerana khuatir dia akan dimarahi oleh Tengku
Hamzan. Arahan dari Tengku Hamzan segera dipatuhi. Suraya mencari nombor
telefon syarikat majalah hiburan yang bertanggungjawab menerbitkan gossip
Tengku Hamzan dan Zue.
Zue menelefon Maisarah sebaik sahaja
melihat gosipnya dengan Tengku Hamzan dikeluarkan di majalah.
“Apa ni. Kan aku dah kata jangan
keluarkan gossip tu” bentak Zue kepada Maisarah
.
“Aku yang kerja untuk kau ke, kau
yang kerja untuk aku?” soaLan Maisarah itu berupa ingatan.
“Aku tak nak kerja dengan kau lagi”
bentak Zue.
“Kerja kau dah habis. Reputasi
Tengku Hamzan akan hancur selepas gosip ni” Maisarah ketawa besar bagaikan
dirasuk. Zue mematikan talian dengan segera. Dia bangun dan berjalan meruLan g-alik di ruang tamu rumahnya. Panggilan dari
pengarah filem yang sedang dilakonkannnya sekarang
beberapa kali tidak dijawab. Dia juga mengelak panggilan telefon
daripada managernya. Dia ingin
bersendirian dan kalau perlu dia mahu melarikan diri, keluar dari Malaysia
sehinggalah gossip ini mula reda.
Pengarah penerbitan majalah
hiburan, Tasya mula resah apabila menerima panggilan dari
peguam wakil dari Tengku Hamzan yang menyatakan ingin menyaman syarikat
penerbitannya. Dia mundar-mandir di dalam bilik pejabatnya. Dia tidak menyangka
akan menerima ugutan saman malu dari pihak Tengku Hamzan. Tasya terpaksa
mendail nombor telefon Maisarah dan menyruh Maisarah bertanggungjawab atas
rancangannya itu. pada awal perjanjian mereka, Maisarah berjanji akan
memastikan Tengku Hamzan tidak akan melibatkan apa-apa tindakan undang-undang
tetapi kini dirinya yang terpaksa bertanggungjawab. Tasya tiada cara lain lagi
kecuali mengugut mahu memberitahu hal yang sebenar, yang Maisarah adalah daLan g kepada semua masalah ini.
Tengku Hamzan pulang lambat ke
rumah istana. Banyak perkara yang perlu diuruskan sejak dia kembali dari KeLan tan dan beberapa urusan yang berkaitan dengan
urusan saman malu yang dikemukakakn oleh pihaknya ke atas syarikat penerbitan
majalah hiburan yang bertanggungjawab menerbitkan gossip tentang dirinya serta
Zue.
Tengku Hamzan masuk ke rumah istana
dan mendapati Mylia tertidur di sofa. Dia merapatkan dirinya kepada isterinya
dan terlihat majalah yang memuatkan gosipnya tergenggam di tangan Mylia.
“Mana Tengku Nadhirah?” soal Tengku
Hamzan kepada En. Johar yang sedang berdiri di samping Tengku Hamzan.
“Tengku Nadhirah sudah tidur”
“Bonda sudah pulang atau belum?”
soal Tengku Hamzan lagi. Dia merebahkan dirinya di sofa. Matanya manatap wajah
Mylia. Wajah itu tidak lagi segembira saat dia bergelar Farah. Tengku Hamzan
meleraikan ikatan tali lehernya. Briefcasenya diserahkan kepada pembantu rumah.
Jam di dinding menunjukkan angka 1 pagi. Kepenatan akibat seharian bekerja mula
terasa. Tengku Hamzan meminta untuk dibawakan air. Seorang pembantu rumah datang
dengan membawa segelas air dingin buat Tengku Hamzan.
“Puan muda dah tahu pasal gossip
tu?” soal Tengku Hamzan kepada En. Johar. Suaranya seakan-akan berbisik.
En. Johar mengangguk.
“Tinggalkan kami sendirian” arah
Tengku Hamzan. Tidak lama selepas itu, seluruh rumah istana diam kerana semua
pembantu rumah diarahkan naik ke kamar masing-masing sesuai arahan daripada
Tengku Hamzan.
Tengku Hamzan mengambil majalah
daripada tangan Mylia dan majalah itu diletakkan di meja. Serentak dengan itu,
Mylia tersedar. Dia bangun menghadap Tengku Hamzan yang sedang duduk di sebelahanya.
“Dinda dah baca majalah ni?”
Mylia mengangguk.
“Dinda marah?”
Mylia menggeleng, “Kanda dah lupa?
Kanda dah jelaskan segala-galanya kepada dinda dulu” Mylia mengingatkan Tengku
Hamzan yang dia pernah menjelaskan situasi antara dia dan Zue kepada Mylia
dulu.
“Kanda dah uruskan proses saman
syarikat tersebut. Tetapi Zue gagal dihubungi” beritahu Tengku Hamzan walaupun
tidak ditanya oleh Mylia. Dia bimbang sekiranya gosip itu mengganggu gugat
hubungannya dengan Mylia.
Pasti ini angkara Maisarah! Getus Mylia
di dalam hati.
Tengku Hamzan menyandarkan dirinya
ke sofa lalu melepaskan keluhan. Dia sangat penat menangani pelbagai masalah
sejak kebelakangan ini. segala apa yang berlaku dirasakan sangat menduga
kesabaran dan dia berusaha sampai ke titik peluh yang terakhir menangani dan
menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Mylia membaringkan kepala Tengku
Hamzan di ribaannya. Rambut Tengku Hamzan diusap lembut. Dia mengerti kesusahan
yang dialami oleh Tengku Hamzan. Maisarah pasti merencanakan sesuatu yang baru.
Mylia dapat melihat yang Tengku
Hamzan sudah sangat penat, penat kerana seharian bekerja dan penat menangani
pelbagai masalah yang sengaja diciptakan oleh Maisarah demi membuat Tengku
Hamzan tersungkur di pertengahan perjuangannya. Lama-kelamaan, Tengku Hamzan
terlelap di atas ribaan isterinya. Mylia membiarkan sahaja.
Maisarah tersenyum gembira apabila
membaca gossip terbaru tentang Tengku Hamzan di muka surat hadapan akhbar
hiburan. Berita itu mendapat liputan luas dari semua pihak. Maisarah sengaja
menyuruh Fuad mengupload
gambar-gambar yang ditangkap secara curi sewaktu di hotel dulu. Gambar-gambar
itu tidak dapat disiarkan di mana-mana media cetak kerana keterbatasan aktiviti
media cetak di Malaysia. Rancangannya untuk menjatuhkan Tengku Hamzan nampaknya
akan membuahkan hasil kali ini.
Sebaik sahaja sampai ke perkarangan
rumah istana, Maisarah menyuruh Fuad membawakan beg pakaiannya masuk. Maisarah masuk
ke dalam rumah istana dan disapa oleh En. Johar. Kerana telalu kepenatan, Maisarah
menolak pelawaan En. Johar untuk santap di meja. Dia mahu tidur kerana seharian
berada di dalam kapal terbang. Dia ke Egypt, meLan cong selama seminggu di sana. Maisarah melarang
sesiapa mengganggunya. Dia meLan gkah
laju mendaki anak tangga ingin ke tingkat dua rumah itu.
“Bonda!” Mylia memanggil.
Maisarah tersentak. Lan gkah kakinya kaku di anak tangga ke dua.
Suara itu sangat dikenali. Suara itu sudah lama tidak kedengaran, sudah hampir
tujuh tahun. Bermimpikah dia? Mylia sudah mati. Mungkin ini dalam fikirannya
sahaja. Maisarah menggahkan diri berpaling ke arah suara itu.
Dia terpana apabila terpandang sesusuk
tubuh dan wajah persis Mylia, perenpuan yang diupah untuk mengahwini Tengku
Hamzan dan yang telah meninggal dunia tujuh tahun dulu. Maisarah diam dan
kaget. Tiada satu kata pun yang keluar dari bibirnya.
Mylia senyum sinis. Dia tahu Maisarah
akan terkejut. Dan memang itu kehendaknya, membuatkan Maisarah gentar.
“Hye Bonda!” kata Mylia sinis. En. Johar yang sedang berdiri di
tangga memerhatikan kedua-dua wanita ini. Mylia memandang Maisarah tajam.
“Siapa ni?” soal Maisarah kepada
En. Johar. Pandangan mata Mylia sangat tajam sehingga dia terpaksa melarikan matanya
dari menatap sepasang mata Mylia. Ada rasa bersalah dan takut mula menyelinap
masuk ke dalam hatinya. Maisarah menerpa ke arah En. Johar tetapi suaranya
tetap tenang.
“Puan Muda, Puan” beritahu En.
Johar.
“Puan Muda dah mati, meninggal
dalam kejadian kemaLan gan jaLan raya.
Mayatnya dah dikebumikan tujuh tahun dulu” bentak Maisarah.
En. Johar diam. Dia juga tahu akan
hakikat itu tetapi dia juga lebih tahu yang dia juga bertanggungjawab atas kekeliruan
ini. dia yang bertanggungjawab atas kehilangan Mylia. Selepas Mylia diculik,
dia yang mengambil keputusan untuk menghapuskan Mylia dari hidup Tengku Hamzan.
Tujuh tahun dahulu…
Muiz bertengkar dengan Black
apabila Black mahu membunuh Mylia sesuai arahan daripada Maisarah. Black
menolak pintu ke bilik yang menempatkan Mylia dengan kasar. Tubuh Mylia diseret
keluar dengan hanya memaut pada rambutnya. Mylia tidak meronta kerana semakin
dia meronta semakin sakit kepaLan ya
ditarik. Dia menangis meminta belas kasihan daripada kedua-dua lelaki itu. Muiz
melarang Black dari mengeluarkan pistolnya.
Mereka bertengkar sehinggakan Black
terpaksa menumbuk muka Muiz untuk membuatkan lelaki itu tidak menghaLan gnya.
Ahmad memberhentikan kereta jauh
sedikit dari rumah usang itu. En. Johar dan ahmad turun dari kereta dan mereka berjalan
perlahan-lahan ke arah rumah itu. kedengaran
suara orang dari dalam rumah dan mereka berdua berjalan semakin laju dan cuba mencicip dengar. En.
Johar mengintai ke dalam rumah dari celah dinding papan yang sudah usang.
Kelihatan dua orang lelaki yang sedang bertumbuk dan Mylia yang sedang diseksa.
“Call
polis!” En. Johar memberikan arahannya kepada Ahmad apabila menjumpai Puan
Muda. Dia cemas melihat situasi yang sedang menimpa Mylia. Rintik peluh dingin
mula membasahi wajahnya. Dia tidak terlatih untuk situasi begini, dia bukan
seorang polis atau CID. Ahmad cuba menelefon pihak polis tetapi telefon
bimbitnya tidak mendapat signal, Ahmad cuba keluar dari kawasan rumah itu,
meninggalkan En. Johar sendirian.
En. Johar berfikir dia perlu
bertindak segera, kalau tidak nyawa Mylia akan melayang dalam situasi begini
dan anak dalam kandungan Mylia tidak dapat diselamatkan. Anak itu perlu
diselamatkan walau apa cara sekalipun kerana anak itu adalah zuriat Tengku
Hamzan, penyambung waris Tengku Hamzan.
Muiz tidak hanya berdiam diri
apabila dia ditumbuk. Dia bangun dan apabila Black mengacukan pistol ke kepala
wanita itu, dia menendang tangan Black dan pistolnya melayang. Saat ini, Muiz
segera menedang ke perut Black dan lelaki itu tersungkur jatuh menahan sakit
senak di bahagian ulu hati. Mylia dipapah keluar tetapi kaki Muiz dipaut oleh
Black dan Muiz ditarik kasar. Lelaki itu tersungkur jatuh dan kepaLan ya terhentak di batu. Darah merah mula
mengalir di bahagian kepala. Mylia yang menyedari yang dia dalam keadaan bahaya
apabila Black mengambil pistolnya, mula melarikan diri tetapi tubuhnya ditarik
kasar sehingga dia juga turut terseungkur jatuh. Perutnya dirasakan pecah. Ada darah
merah pekat mengalir dari celah-celah paha. Black ketawa rakus. Tiada lagi
perasaan kasihan kepada kedua-dua manusia itu. dia bagaikan dirasuk oleh iblis.
Dia berjalan menghampiri Mylia yang sedang meraung
kesakitan. Dan pada masa inilah, En. Johar menyelinap masuk secara diam-diam
dan menghayunkan kayu sebesar kayu baseball
ke kepala lelaki yang cuba mencederakan Puan Mudanya. Lelaki itu berpusing satu
putaran dan terus tersungkur tidak bernyawa. Mylia meraung menahan kesakitan
mahu melahirkan. Perutnya dirasakan kecut dan mengkerut dengan sangat kuat.
Mungkin inilah yang dikatakan contraction.
En. Johar mula cemas dan dia mahu keluar meminta bantuan tetapi Mylia
memanggilnya kembali.
“En. Johar, tolong. Saya nak
melahirkan, tolong saya En. Johar”
Selepas 30 minit berjuang dengan
maut, akhirnya Mylia dapat merasakan anaknya keluar dan rasa sakit mula
berkurang sedikit demi sedikit. En. Johar memangku si bayi yang masih lagi
diam. Mylia mula cemas
Saat inilah En. Johar mempunyai
agendanya yang tersendiri.
“Anaknda meninggal” beritahu En. Johar.
Kerana terlalu penat dan lemah,
pandangan Mylia sedikit demi sedikit berbalam balam dan kemudian seluruh pandangannya
kelam. Deria pendengarannya juga senyap dan akhirnya Mylia menutupkan matanya.
En. Johar membuka pakaiannya dan membalut
tubuh anak kecil yang masih berselaput darah itu. anak itu masih lagi diam dan
pucat. En. Johar memberikan bantuan
pernafasan mulut ke mulut tetapi anak itu masih lagi belum bernyawa. En. Johar
mencuba sekali lagi.
“Come on, kaulah penyelamat
keturunan Tengku Farid. Please breath”
En. Johar membrikan bantuan mulut ke mulut sekali lagi dan menekan dada si bayi
tiga kali dengan jari telunjuk dan jari tengahnya. Perlakuan itu diuLan g-uLan
g sehinggalah dia penat. En. Johar menitiskan air matanya.
Dia mencuba lagi sambil melihat
pergerakan dada si bayi dan tiba-tiba bayi itu menggerakkan kakinya dan dadanya
mula bergerak perlahan-lahan. En. Johar keluar dari rumah using itu dan
bertembung dengan Ahmad yang sedang berlari ke arah nya. Dia menyuruh Ahmad
segera membawa bayi itu ke hospital kemudian dia masuk semula ke dalam rumah
untuk melihat keadaan Mylia.
“ “En. Johar macamana dengan
keadaan anak saya?” soal Mylia setelah sesaat kesedarannya tersedar setelah
penat melahirkan”
En. Johar diam.
Mylia jadi cemas. Dia memikirkan
sesuatu yang tidak baik telah terjadi pada anaknya itu. bunyi tangisan si bayi
juga tidak didengari.
“En. Johar!” Mylia melaung. Dengan
sisa-sisa kudrat yang masih tinggal. Dia cuba bangun. Darah banyak memenuhi
Lan tai tempat dia berbaring. Bajunya
juga sudah lencun dibasahi darah. Mylia menarik kolar baju En. Johar.
“Mana anak saya?” soal Mylia lagi.
“Maaf Puan Muda. Anaknda lahir
mati”
Mylia terkejut. Dia nyaris-nyaris
pengsan dan tubuhnya mahu terhempap ke Lan
tai dan pada saat itulah seorang penculik tadi menyambut tubuh Mylia
daripada jatuh terhempap ke Lan tai
sementara dia hanya memerhatikan. Dia mengharapkan Puan Mudanya itu meninggal,
gadis yang bersubahat dengan Maisarah itu sebaiknya lenyap dari muka bumi ini.
Tubuh Mylia ditarik oleh Muiz,
lelaki itu mengacukan pistol ke kepala Mylia namun dia tidak melakukan
apa-apapun untuk membantu Puan Mudanya itu.
“Jangan cuba untuk buat apa-apa!”
lelaki penculik itu mengugut sambil muncung laras pistol ditujukan ke arahEn.
Johar.
“Kalau tak saya akan bunuh
perempuan ni!” ugut penculik itu lagi. Kali ini pistol diacukan ke kepala Mylia
pula. Penculik itu cemas dan dia akan melakukan apa sahaja untuk melarikan diri
dari sini. Kalau perlu, wanita itu akan dijadikan tebusan sehinggalah dia dapat
membolosi pihak polis.
“En. Johar tolong saya” rayu Mylia
lemah.
“Diam!” marah Muiz. Dia menarik
tubuh Mylia dari belakang sambil lengannya memaut leher.
“Saya tak pernah meninggal, takkan
bonda tak tahu” sinis kata-kata yang keluar dari mulut Mylia.
“Ini bermakna saya Berjaya
melarikan diri dari bonda dan Fuad tanpa dapat dijejaki. Bukan bonda sahaja
yang tahu bermain dalam ‘permainan’ ini. saya bukan caLan g-caLan
g orang lagi” jelas Mylia. Ada nada ugutan yang dinyatakan dalam nada
yang paling sinis.
Maisarah masih dalam keadaan tidak
percaya. Sangkaannya Mylia benar-benar telah meninggal dunia tujuh tahun dulu.
Malah Fuad yang menguruskan kemaLan gan
jaLan raya yang melibatkan Mylia tujuh tahun dulu. Apakah
Fuad berbohong kepadanya? Apakah semua ini? bagaimana ini semua boleh terjadi?
Dia telah merancangkan segala-galanya dengan terlalu sempurna, kenapa Mylia harus
kembali ke pangkuan Tengku Hamzan sekarang? Benarkah ini Mylia? Atau gadis di
hadapanya kini adalah peLan duk dua
serupa yang diupah oleh En. Johar atau Tengku IMran untuk menakutkannya?
Maisarah menapak ke arahMylia dan
menampar pipi wanita itu. En. Johar sangat terkejut dengan perbuatan Maisarah tetapi
dia tidak sempat menghaLan g. Terlopong
mulut Maisarah apabila tamparannya disanggah oleh Mylia dan tangannya
dihempaskan ke arahnya kembali.
“Hati-hati, saya bukan gadis
belasan tahun seperti tujuh tahun dulu. Kita dah sama padan sekarang. Kau
takkan dapat mencederakan Tengku Hamzan mahupun Tengku Nadhirah” jelas Mylia
lagi.
Maisarah mula takut. Mylia
jelas-jelas sudah berubah. Dia lebih matang dan lebih ‘menakutkan’ berbanding
Mylia dulu. Maisarah tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya diam.
“Ingat, bukan Kau sahaja yang ada
menyimpan rahsia tentang aku. Aku tahu kau yang merancang penculikan aku
dahulu. Aku mendengar perbuaLan antara kau dan orang suruhan kau yang mahukan
aku dan anak aku mati”
En. Johar terkejut mendengar
kata-kata Mylia. Dia memandang ke arah Maisarah. Maisarah sengaja memandang
tepat ke arah Mylia. Berani sungguh perempuan ini memberitahu hal itu di
hadapan En. Johar!
“Siapa yang tak ada rahsia. Semua
orang dalam rumah ini ada menyimpan rahsia dari pengetahuan Tengku Hamzan!”
kali ini Mylia sengaja memandang ke arah En. Johar. Lelaki itu melarikan pandangannya.
Ugutan itu bukan sahaja untuk Maisarah tetapi juga kepada En. Johar.
No comments:
Post a Comment