Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 62,63


Bab 62

Mylia duduk di kerusi, pandangannya lepas ke pemandangan di luar dari kamar hotelnya itu. daun pintu diketuk dari luar. Mylia member kebenaran untuk masuk.
“Mam, this is the document that had been signed by Tengku Hamzan” beritahu Micheal. Lidahnya masih belum fasih untuk menyebut nama melayu seperti nama Tengku Hamzan ataupun Mylia. Kadang-kadang, dia tersasul ‘Mailia’
Mylia menatap tandatangan suaminya di surat pertukaran nama hak pemilikan syarikat Perdana King dan juga kediaman rumah istana. Melihat tandatangan itu membuatkan dia sedih. Air mata yang mahu mengalir diseka awal-awal agar tidak merembes keluar. sudah seminggu dia keluar dari rumah kediaman istana dan semenjak itu jugalah dia tidak dihubungi oleh suaminya. Kali ini Tengku Hamzan benar-benar marah.
“Did my husband asked about me?” Lan   cer sahaja mulut Mylia bertanya soaLan   itu kepada Micheal.
Setelah lama berdiam diri, akhirnya Micheal menggelengkan kepaLan  ya.
Mylia tersenyum sinis. Dia memalingkan ajahnya daripada Micheal. Air mata yang mengalir diseka.
“When is your flight?”
“Tomorrow mam”
“Book another ticket for me tomorrow”
“Yes mam”
“Please leave”

Tengku Hamzan menemani Tengku Nadhirah sarapan. Dia merenung di tempat duduk yang selalu diduduki oleh Mylia. Telefon bimbitnya yang diletakkan di meja makan berdering. Akhbar yang dibacanya diletakkan di samping piring. Telefon bimbitnya dicapai.
Tengku Hamzan memberi salam. Dan salamnya dibalas.
“Kanda buat apa?” soal Mylia.
“Breakfast dengan anaknda” jawab Tengku Hamzan.
Mylia terdiam buat beberapa detik. Terkenang akan detik-detik mereka sekeluarga. Dikuatkan hatiniya untuk menyambung bicara.
“Dinda minta izin nak ke EngLan  d. Ada hal penting di sana”
“Dah jadi carrier woman sekarang”sindir Tengku Hamzan.
“Hmm” Mylia mengangguk.
“Berapa lama?” soal Tengku Hamzan.
“Belum tahu lagi, tapi kalau kanda nak suruh dinda pulang, call aje”
“Hmm”
“Ok. Take care”
“Hmm”
Tengku Hamzan mematikan talian.
Mylia memasukkan telefon bimbitnya k etas tangan. Dia mengenakan kaca mata hitam menutupi kesedihan yang terpancar di sepasang matanya.

Bab 63

Satu tahun kemudian…
Tengku Hamzan menatap wajah isterinya yang terpampang di dada majalah antarabangsa itu. bait-bait perkataan yang tertulis di bawah gambar isterinya itu tidak diendahkan lagi. Sudah berkali-kali dia membaca artikel itu dan sudah berpuluh-puluh kali dia menatap gambar itu. isterinya itu sudah menjadi wanita yang sangat Berjaya di Negara asing itu malah nama isterinya itu diagung-agungkan oleh semua rakyat Malaysia kerana mengharumkan nama Negara sebagai orang Malaysia yang pertama berjaya menapak dalam dunia perusahaan di Negara Britain. Dan lebih membanggakan adalah kerana seorang muslimah yang bertudung. Tetapi yang rakyat Malaysia tidak tahu adalah isterinya itu Cuma berstatus isteri hanya pada nama. Semasa rancangan wawancara Mylia yang dikeudarakan di rancangan televisyen tempatan, Mylia hanya memberitahu yang dia sudah berstatus isteri tetapi dirahsiakan siapakah suaminya dari pengetahuan mana-mana media. Tengku Nadhirah bersorak gembira apabila melihat bondanya diwawancara di televisyen. Mylia tidak pernah gagal untuk menjadi seorang ibu kepada anaknda mereka. setiap hari dia akan menelefon Tengku Nadhirah untuk berbicara dengannya. Kadang-kadang anakndanya itu yang menelefonnya. Tengku Nadhirah kelihatan gembira sekali apabila dapat berbicara dengan bondanya. Dia kadang-kadang ketawa lucu di telefon. Tengku Hamzan sendiri tidak tahu apakah yang dibualkan oleh Mylia dan juga Tengku Nadhirah.
 SebuLan   pertama saat pemergian Mylia ke EngLan  d, isterinya itu ada juga menelefonnya dan meminta untuk berbicara dengan Tengku Nadhirah. Panggilan   Mylia itu dijawab endah tidak endah sahaja. Akhirnya, Mylia menghadiahkan sebuah telefon bimbit untuk Tengku Nadhirah dan hadiah itu dihantar oleh salah seorang pekerjanya dari Britain sendiri. Dan setelah itu, dia sudah tidak menerima panggilan   daripada Mylia lagi.
Tengku Hamzan merenung gambar Mylia lama-lama. Wajah isterinya itu tidak banyak berubah Cuma dia sedikit kurus. Mungkin terlalu penat bekerja, maklumlah isterinya itu sudha menajdi wanita berkerjaya. Tengku Hamzan menarik nafas dalam-dalam dan meleaskan satu keluhan. Dia terlalu ego untuk menelefon isterinya, dan akhirnya mereka begini sudah hamper setahun. Seandainya dia menelefon Mylia dan memintanya untuk pulang, pasti isterinya itu akan segera kembali ke sisinya tetapi masalahnya tidak begitu. Dia terlalu ego. Luka lama masih lagi berbekas walaupun dia turut merindui Mylia sepertimana Tengku Nadhirah merindui bondanya.
Tengku Hamzan menekan butang intercom, “Suraya, suruh Ahmad jemput Tengku Nadhirah” Tengku Hamzan teringatkan Tengku Nadhirah apabila alarm di telefon bimbitnya berdering. Tengku Nadhirah sengaja mengesetkan alarm di telefon bimbit ayahndanya setiap hari kerana jika tidak dibuat begitu, ayahndanya akan terlupa untuk menjemputnya.
“Baik Tengku”
Ahmad memandu keretanya agak laju kerana didesak oleh Tengku Hamzan untuk segera sampai. Bimbang sekiranya Tengku Nadhirah menunggu mereka agak lama. Apabila sampai di perkarangan sekolah, Tengku Hamzan segera keluar dari perut kereta dan mendapatkan Tengku Nadhirah yang ditemani oleh dua orang pengawal peribadinya yang tersendiri. Seperti bisaa, dia menetapkan dua orang pengawal peribadi untuk anakndanya itu. Tengku Nadhirah bisa pulang walaupun ayanhdanya tidak menjemputnya kerana dia mempunyai kenderaan serta pengawal peribadinya sendiri, tetapi anakndanya itu semakin manja dan suka mencari perhatian daripada ayahndanya. Dia meminta Tengku Hamzan untuk menjemputnya setiap hari sekiranya ayahndanya tidak mempunyai meeting.
Tengku Nadhirah masuk ke perut kereta dan kemudian diikuti oleh Tengku Hamzan. Ahmad memandu keretanya untuk kembali ke pejabat sementara dua orang pengawal peribadi Tengku Nadhirah mendahului mereka dalam sebuah kenderaan lain. Telefon Tengku Nadhirah berdering, dan dia tersenyum apabila melihat nama bondanya tertera di skrin telefon.
“Hye bonda”
“Di mana ni?” soal Mylia
“Dalam kereta dengan ayahnda. Bonda but apa?”
“Bonda meeting”
Tengku Nadhirah ketawa lucu, “Meeting? Tapi bonda tengah cakap dengan anaknda”
“Meeting ni bosan” kali ini giliran Mylia pula yang ketawa.
Semua staf yang sedang berada di mesyuarat itu terdiam apabila melihat majikan mereka sedang ketawa. Sementara itu, James yang sedang membuat presentation tentang projeknya itu mula cemas apabila melihat Mylia sedang ketawa di telefon. Dia mula sedar yang peresentationnya itu membuatkan Mylia bosan. Rintik peluh dingin mula menitik di dahinya. James terdiam di hadapan semua rakan-rakan sejawatnya. Masing-masing sedang memandang ke arahMylia.
“Sebentar ye anaknda” kata Mylia kepada Tengku Nadhirah.
“James, carry on. Please listen everybody”arah Mylia. Serta merta pekerjanya mengalihkan pandangan mereka ke arahJames apabila mendengararahan daripada Mylia yang menyuruh mereka berbuat begitu.
Hati Tengku Hamzan dirundung cemburu apabila melihat kemesraan antara Tengku Nadhirah dan juga Mylia itu. mahu sahaja dia bertanya, “Did your mum asked anything about me?” kepada anakndanya itu tetapi egonya melarang. Mylia tidak pernahkah mengungkit tentangnya kepada Tengku Nadhirah sewaktu mereka berbicara di telefon? Atau isterinya itu memang sudah melupakannya? Setelah sampai di perkarangan pejabat, Tengku Hamzan dan juga Tengku Nadhirah diiringi oleh pengawal peribadi mereka untuk naik ke pejabatnya.
“Anything for me Suraya?” soal Tengku Hamzan saat dia melewati meja setiausahanya itu.
Suraya bangun dari duduknya, “Tengku Imran call and he invites u and Tengku Nadhirah for dinner tonight”
“That’s all?”
“Dato Ganesha call asked for you”
“Next time ignore him” Tengku Hamzan tiba-tiba teringat tentang apa yang dilakukan oleh lelaki itu saat dia memerlukan bantuan dulu.
“And…H Group offer us a job”
“H Group?” soal Tengku Hamzan seakan-akan tidak percaya.
Suaraya cemas, dia melihat kembali catatan yang ditulisnya saat dia menerima panggilan   dari luar Negara itu. bimbang jika dia tersalah bicara dan akan dimarahi oleh Tengku Hamzan.
“H Group” uLan  g Suraya.
“Whos calling?” soal Tengku Hamzan ingin tahu.
“Micheal”
Tengku Hamzan hampa. Sangkaannya Mylia yang akan menelefon.
Tengku Hamzan mengerling ke arahTengku Nadhirah yang sedang meliuk lentuk di sofa di hadapan meja Suraya. Begitulah kelatah anakndanya saat berbicara dengan bondanya. Tengku Hamzan tidak mahu mengganggu. Dia masuk ke bilik pejabatnya lalu duduk di kerusinya. Kerjanya yang tertangguh sebentar tadi disambung. Sesekali dia mengerling karah gambar isterinya yang terpampang di dada majalah antarabangsa itu.
“Ayahnda!” panggil Tengku Nadhirah saat dia meluru masuk ke bilik pejabat ayahndanya itu. Tengku Nadhirah mendapatkan Tengku Hamzan lalu menghulurkan telefon bimbitnya kepada ayandanya.
“Siapa?” soal Tengku Hamzan pelik.
“Bonda nak cakap dengan ayahnda”
Sudah sebelas buLan   dia tidak berbicara dengan isterinya. Ini kali pertama mereka bakal bercakap setelah sekian lama berdiam diri antara satu sama lain. Perasaan Tengku Hamzan mula bercampur antara suka, segan dan teruja tetapi dia cuba mengawal emosinya.
“Assalamualaikum kanda” sapa Mylia dengan lembut.
“Waalaikumussalam”
“Kanda sihat?”
“Alhamdulillah” sepatah sahaja yang dijawab oleh Tengku Hamzan. Dia diam. tidak tahu apa yang hendak dibicarakan dengan Mylia. Dia mengharapkan Mylia yang memulakan bicara.
“Dah dapat call dari Micheal?” soal Mylia.
“Hmm” rupa-rupanya isterinya mahu berbincang soal business. Harapan Tengku Hamzan hampa.
“Kalau kanda setuju, minggu depan dinda akan suruh Micheal ke Malaysia”
“Tengok dulu macamana”
“Dinda pulang Malaysia minggu depan” beritahu Mylia walaupun tidak ditanya. Perasaan Tengku Hamzan bertambah tidak tenang. Pelbagai emosi dirasakannya kini, dadanya berombak kencang cuba mengawal emosi yang mula bergabung.
“Kanda” panggil Mylia setelah suaminya itu terdiam buat suatu ketika.
“Dinda ingat balik nanti nak jumpa anaknda”
“Nanti kita bincang” panggilan   segera dimatikan oleh Tengku Hamzan. Dia memuLan  gkan kembali telefon Tengku Nadhirah.
“Kenapa off ayahnda. Anaknda belum habis lagi bersembang dengan bonda”

No comments:

Post a Comment