Bab 58
Tengku Hamzan
duduk termenung di laman rumah. Kejadian dua hari yang lalu masih lagi segar
diingatannya. Tengku Nadhirah sedang asyik bermain buaian. Nasib baik
anakndanya berada dengan En. Johar saat kejadian itu berlaku, kalau tidak,
pasti anakndanya itu berada dalam keadaan bahaya. Maisarah pasti akan membunuh
Tengku Nadhirah kerana dialah satu-satunya pewaris keluarga ini. Mylia
mendekatkan diri kepada suaminya. Dia duduk di samping Tengku Hamzan.
“Kanda”
Tengku Hamzan
diam. Sejak peristiwa itu, suaminya lebih banyak mendiamkan diri terutama
dengannya. Mylia tidak menyalahkan sesiapa kerana dia tahu dia memang patut
dipersalahkan kerana menyembunyikan hal sebenar. Tetapi dia bersyukur akhirnya
suaminya tahu siapa Maisarah yang sebenarnya. Kini dia tidak perlu risau
tentang keselamatan keluarganya lagi. Tengku Hamzan dan anakndanya akan selamat
dari anasir jahat seperti Maisarah .
Mylia menggenggam
tangan suaminya tetapi Tengku Hamzan melarikan jari jemarinya. Hatinya masih
lagi sakit dengan hakikat sebenar yang diberitahukan oleh Maisarah sebelum
kematiannya dan juga kebenaran yang diceritakan oleh Mylia.
“Surat!” seorang posmen berhenti di pintu pagar. Mylia
bangun dari duduknya dan berjalan ke arahposmen itu. dahulunya kerja-kerja
begini dilakukan oleh pembantu tetapi sekarang, semuanya harus dikerjakan
sendiri memandangkan mereka sudah tidak mempunyai pembantu rumah lagi.
Posmen itu
menyerahkan beberapa keeping sampul surat putih dan sekeping sampul surat POS
LAJU yang dialamatkan atas nama Mylia. Nama pengirimnya tidak pula diisi.
Selepas mengucapkan terima kasih, Mylia berlalu dan menapak ke arahkerusi
tempat suaminya sedang duduk. Sampul-sampul surat itu diteliti dan satu sampul
surat POS LAJU itu menarik perhatiannya. Dia membuka penutup sampul dan
mengeluarkan segala isi-isinya.
“Kanda” panggil
Mylia.
“Kanda ini adalah
dokumen-dokumen yang dijanjikan oleh Fuad”
Tengku Hamzan
membetulkan duduknya. Dokumen-dokumen yang diberitahukan oleh Mylia itu dibaca.
“Sebelum ini,
Fuad berjanji untuk menyerahkan bukti-bukti kejahatan Maisarah kepada dinda
tetapi dinda tidak mendapat khabar dari Fuad sehinggalah sekarang”
Mylia senyum
gembira. Tengku Hamzan membelek kertas-kertas dokumen yang difotokopi itu satu
persatu sepertinya dia mencari sesuatu.
“Kenapa kanda?”
soal Mylia pelik.
“Dokumen yang aku
nak tahu ni tiada”
“Kanda nak cari
dokumen apa?”
“Bukti tentang
pengkhianatan syarikat Perdana King”
Mylia tersentak.
Sepertinya dia merasakan seketul batu yang besar dihempapkan ke kepaLan ya atau spucuk pistol diacukan ke kepaLan ya setelah mendengar kata-kata suaminya itu.
“Maisarah takkan
khianati Perdana King sebab dia tahu seandainya syarikat itu bankrupt, cita-citanya
untuk mengaut semua keayaan aku takkan berhasil kerana tunjang utama kemewahan
yang dia kecapi adalah Perdana King”
“Jadi kanda
berdiam semenjak dua hari ini sebab memikirkan hal itu ke?” Mylia cuba
memaniskan roman wajahnya. Cuba menyembunyikan garis-garis cemas di raut wajahnya.
Tengku Hamzan
tidak menjawab. Akhirnya Tengku Hamzan berhenti mencari kerana apa yang
dicari-carinya itu ternyata tidak ada di situ.
Deruan enjin
kereta peronda polis kedengaran dari jauh dan kereta itu akhirnya berhenti di
hadapan kediaman rumah istana. Dua orang anggota polis yang lengkap beruniform
turun dari kereta. Mereka menapak ke arahMylia dan Tengku Hamzan.
“Assalamualaikum,
saya inspector Taufiq dan ini teman saya inspector Gina. Kami dari siasatan
jenayah”
“Sila duduk”
Tengku Hamzan bersuara.
Kedua orang
inspector itu duduk berhadapan dengan sepasan suamin isteri itu.
“Saya nak ucapkan
terima atas kerjasama pihak tuan semalam dalam member keteranga dib alai”
inspector Taufiq memulakan bicaranya.
“Sama-sama. Dah
memang tanggungjawab kami” balas Tengku Hamzan.
“Saya Cuma ingin
memberikan informasi berkenaan dengan penyiasatan kami. Menurut laporan
autopsy, tenyata bonda tengku meninggal kerana luka tembak di bahagian kepala.
Dan bukti menunjukkan yang tengku tidak bersalah kerana kami ade menjumpai luka
dan lebam di bahagian dada dan ke bawah pada bahagian tubuh mangsa. Ini
membuktikan yang keterangan dari pihak tengku dan isteri tengku benar. Ada
terjadi pergelutan. Peluru yang dijumpai pada otak mangsa memang sudah disahkan
berasal dari pistol yang dipegang oleh mangsa dan menurut saksi lagi iaitu
tengku isteri tengku dan juga En. Johar mengatakan yang kamu bertiga hanya
terdengar satu das tembakan sahaja” inspector Taufiq kemudiannya berpandangan
dengan inspector Gina. Dan kemudian dia berpaling kembali ke arahTengku Hamzan.
“Hasil siasatan
mendapatkan yang tengku tidak bersalah. Menurut siasatan kami peluru yang
mengena mangsa adalah hasil das yang pertama kali dilepaskan”
“Maksud
inspector, tembakan daripada Maisarah sendiri?” soal Mylia.
“Itu yang kami
jangkakan pada muLan ya tetapi setelah
siasatan dengan menggunakan alat yang berteknologi tinggi dan siasatan pada
tempat kejadian membuktikan yang teori kami itu benar”
“Tapi sangat
mustahil” sampuk Mylia.
“tidak mustahil
Cuma sangat jarang terjadi. PantuLan peluru dari das tembakan tepat mengena ke
mangsa. Tengku dan isteri dikira sangat beruntung” kali ini Inspektor Gina
bersuara.
Tengku Hamzan dan
Mylia saling berpandangan.
Inpektor Gina dan
Inspektor Taufiq bangun dari duduknya. Tengku Hamzan dan Mylia turut sama
berdiri.
“Kami minta diri
dulu” beritahu Inspektor Taufiq seraya berjabat tangan dengan Tengku Hamzan dan
juga Mylia. Inspector Gina pula menyusul memberikan jabat tangannya.
“Sebelum saya
terlupa inspector. Ini ada bahan bukti tentang kesalahan Maisarah . Kami serahkan segala-galanya kepada
inspector” kata Tengku Hamzan sambil menghulurkan semua bahan bukti yang
diterima oleh Mylia melalui kiriman pos itu.
“Terima kasih
atas kerjasama tengku dan isteri. Kami minta diri dulu” beritahu Inspector
Taufiq. Dia dan temannya, inpektor Gina berlalu. Mylia dan Tengku Hamzan Cuma
memerhatikan mereka. kelihatan inspector Gina berpaling ke arahmereka kemudian
inpektor Gina seperti berbicara dengan inspector Taufiq. Tidak lama kemudian,
inspector Gina berjalan ke arahTengku Hamzan dan isterinya. Tengku
Hamzan memandang inspector Gina dengan wajah yang was-was.
Inspector Gina
memandang Tengku Hamzan dan kemudian Mylia, “Saya ada sesuatu yang ingin
disampaikan kepada tengku. Teman saya, inspector Taufiq tidak berapa setuju
dengan pendapat saya sebab itu saya menyuruhnya menunggu sahaja di kereta”
beritahu Gina. Setelah berdiam diri seketika, dia akhrinya menyambung
perbicaraannya.
“Saya berpendapat
yang Tengku dan keluarga sangat beruntung. Seperti yang diberitahu oleh taman
saya tadi, kejadian yang tengku alami dua hari lalu sangat jarang terjadi.
Mungkin saya seorang yang kolot tetapi saya merasakan yang keluarga tengku
sepertinya dilindungi. Kalau orang dulu-dulu mengatakan yang keluarga diraja
itu mempunyai tulah. Jika sesiapa berniat mahu menyakiti darah keturunan diraja
pasti akan menerima tulah. Begitulah pendapata saya. Tetapi ini tidak akan
dimasukkan ke dalam laporan kami. Ini Cuma pendapat peribadi saya” sambung
inspector Gina.
Setelah
menyampaikan itu, inspector Gina meminta diri buat kali keduanya.
No comments:
Post a Comment