Bab 41
Tengku Hamzan terpaksa hadir ke
mahkamah untuk sesi terakhir berkenaan dengan saman malunya. Segala urusan
menjadi mudah apabila Tasha, mengaku bersalah dengan mengeluarkan gossip
tentang Tengku Hamzan dan Zue di majalah, malah dia juga mengaku telah mengupload gambar-gambar yang berkaitan di internet.
Mylia sangat membantu dalam menghadapi masalah ini. Tengku Hamzan sangat
bersyukur kerana Mylia sangat memahami dan memberikan sokongan padu. Mereka
pernah juga di terjah oleh pihak media untuk bertanya tentang masalah ini.
tetapi mereka dinasihatkan untuk tidak memberikan sebarang komen. Tengku Hamzan
hairan kerana Zue terus menerus diam. Ada berita memberitahu yang dia telah
melarikan diri ke Australia untuk mengelakkan diri dari masalah ini. orang yang
paling terkesan akan masalah ini adalah Tengku Nadhirah. Ada juga beberapa
orang pemberita menunggu di hadapan sekolah Tengku Nadhirah semata-mata untuk
bertanya tentang masalah antara Tengku Hamzan dan Zue serta Mylia.
Pembicaraan itu berhasil dan Tengku
Hamzan menang dalam kes ini. tasha terpaksa membayar ganti rugi sejumlah ratusan
ribu ringgit kepada Tengku Hamzan.
Mylia dan Tengku Hamzan masuk ke
dalam kereta dan segera keluar dari kawasan parker mahkamah itu. Tengku Hamzan
senyum gembira apabila dia menyandarkan dirinya ke kerusi kereta. Mylia
menanggalkan kaca mata hitamnya. Dia melontarkan pandangannya keluar dari
kereta. Satu masalah yang dicetuskan oleh Maisarah Berjaya ditangani. Mylia senyum
sebentar tetapi senyuman itu terus luput dari wajahnya apabila dia memikirkan
perjuangannya masih lagi panjang. Selama beberapa buLan kebekangan ini, mereka berdua sangat sibuk
dengan pembicaraan ini sehinggakan dia merasa yang Tengku Nadhirah sedikit
terabai. Tiba tiba satu idea mengunjung akalnya.
“Kanda, kita ke sekolah Tengku
Nadhirah?” soal Mylia lembut.
“Kanda nak ke office. Ada hal yang perlu diselesaikan” balas Tengku Hamzan.
“Kalau macam tu, kita hantar kanda
ke office dulu, baru dinda ke sekolah
anaknda” beritahu Mylia.
Tengku Hamzan mengangguk.
Mylia berdiri di hadapan sekolah
Tengku Nadhirah dan menunggu anakndanya keluar dari kelas. Cuaca tengahari ini
sangat baik, matahari terang memancarkan sinarnya. Dari jauh dia melihat Tengku
Nadhirah berjalan sendirian. Mylia senyum apabila melihat
kelibat Tengku Nadhirah tetapi Tengku Nadhirah tidak menyedari yang bondanya
sedang menunggunya. Tengku Nadhirah hanya memandang ke tanah, menundukkan
wajahnya.
Hilang senyuman yang mekar di
wajahnya apabila melihat kemurungan Tengku Nadhirah. Mylia menapak ke arah anakndanya
dan menyapa. Tengku Nadhirah tersenyum apabila melihat bondanya berada di
hadapannya.
“Bonda?!” Tengku Nadhirah gembira
dan terkejut apabila menerima kunjungan daripada bondanya. Jarang sekali
ayahndanya mahu datang dan menjemputnya di sekolah. Tetapi kini, bondanya
sedang berdiri di hadapannya.
“Kenapa jaLan seorang diri? Mana kawan-kawan?” soal Mylia.
Tengku Nadhirah diam tetapi dia
melirik kepada sekumpuLan kanak-kanak perempuan yang sedang berjalan melewati mereka. Mylia memandang ke arah yang
sama. Kanak-kanak itu tidak menegur Tengku Nadhirah sebaliknya mereka Cuma
memandang ke arah mereka.
“Itu kawan-kawan anaknda?” soal
Mylia lagi.
Tengku Nadhirah menggeleng.
“Teman sekelas anaknda?”
Tengku Nadhirah mengangguk.
Mylia memegang tangan anakndanya
dan menarik tangan Tengku Nadhirah mengikutinya.
“Hye, saya bonda Tengku Nadhirah. Balik dengan apa hari ini?” soal
Mylia kepada teman-teman sekelas anaknya itu.
“Kami tunggu bas auntie” jawab salah seorang dari empat
orang kanak-kanak itu.
“Jom ikut auntie, hari ini auntie
dan Tengku Nadhirah hantarkan kamu semua balik rumah. Tapi sebelum itu, kita
keluar bersiar-siar nak?” Mylia terus mengajak mereka semua. Dia mahu Tengku
Nadhirah berkawan dengan mereka. dia tidak mahu melihat Tengku Nadhirah seperti
Tengku Hamzan, sendirian dan selalu sendirian.
Kanak-kanak itu memandang sesama sendiri.
“Tapi parent kami tak benarkan kami keluar dengan orang yang tak
dikenali” jawab salah seorang dari mereka.
“Kamu kan kenal Tengku Nadhirah”
balas Mylia
“Jom!” dia mengajak teman-teman
sekelas anakndnya itu mengikutnya ke kereta. Mereka di ajak masuk.
“Kita nak ke mana ni Puan Muda?”
soal salah seorang pengawal peribadi Mylia.
“Anaknda nak ke mana?” soal Mylia
kepada Tengku Nadhirah.
“Anaknda teringin nak ke zoo tetapi
ayahnda melarang kalau kita ke sana” jelas Tengku Nadhirah. Mylia mengusap
rambut anakndanya.
“Anaknda kan dengan bonda. Jom kita
ke sana”
Pemandu dan pengawal peribadi Mylia
itu memandu kereta ke Zoo Negara sepertimana yang diarahkan oleh Mylia. Dua
orang pengawal peribadi setia menemani Mylia, Tengku Nadhirah serta teman-teman
sekelasnya walau ke mana sahaja mereka pergi. Mylia gembira apabila melihat
Tengku Nadhirah gembira berasama dengan teman-temannya. Mylia mengarahkan seorang
pengawal peribadinya membelikan mereka berenam makanan tengahari di Mc Donald
dan mereka makan di bangku sambil melihat aktiviti badak air yang sedang
berendam di air yang keruh. Tengku Nadhirah gembira sekali kerana teman-teman
sekelasnya itu mula rapat dengannya. Mereka berlima berbual dan bergelak ketawa
sejak masuk ke zoo.
Telefon bimbit Mylia berdering.
“Hye kanda” sapa Mylia lembut dengan nada girang.
“Dinda di mana ni. Itu suara Tengku
Nadhirah sedang ketawa?” soal Tengku Hamzan pelik. Kedengaran gelak ketawa
anakndanya itu melalui corong alat pendengar di telefon bimbitnya.
“Aha, Kami di zoo” beritahu Mylia.
“What. Apa yang dinda buat di zoo?” soal Tengku Hamzan risau. Dia
mula cemas memikirkan Mylia dan anakndnaya berada di kawasan umum dengan jumlah
pengawal peribadi yang sedikit.
“Sabar kanda. Ada pengawal peribadi
bersama-sama kami”
“Berapa orang?” soal Tengku Hamzan
risau.
“Dua orang. insyaAllah tak ada
apa-apa yang buruk berlaku”
“Macamana dinda fikir nak ke tempat
public dengan hanya dua orang bodyguard. Keselamatan dinda dan anaknda
dalam bahaya” Tengku Hamzan mula meninggikan suaranya, dia tidak mahu kejadian
penculikan Mylia dulu beruLan g lagi.
“Sekejap, kanda cuba dengar ni”
Mylia mengarahkan telefon bimbitnya ke arah Tengku Nadhirah yang sedang bergurau senda
dengan teman-teman sekelasnya. Tengku Nadhirah kelihatan sangat gembira.
Tengku Hamzan terdiam apabila
mendengar gelak ketawa anankdanya itu. sudah lama Tengku Nadhirah tidak
segembira itu, malah dia juga sudah lupa sejak kapan kali terakhir Tengku
Nadhirah ketawa sebegitu. Tengku Hamzan menutup taliannya. Dia mengambil topi
golf yang tersedia di almari di kamar pejabatnya itu dan keluar dari kamar.
“Cancel semua appointment petang ini dan sediakan satu kereta untuk aku” beritahu
Tengku Hamzan kepada Suraya dan dia terus meninggalkan pejabatnya. Dua orang bodyguard mengikut Tengku Hamzan walau
ke mana majikan mereka itu pergi. Mereka berdua naik ke kereta. Seorang
bodyguard menggantikan tempat pekerja pejabat yang membawakan kereta untuk
Tengku Hamzan di hadapan pejabatnya itu. dan seorang lagi duduk di tempat duduk
hadapan setelah membuka dan menutup pintu kereta untuk Tengku Hamzan.
Mylia membontoti Lan gkah Tengku Nadhirah dan teman-temannya yang
sedang berjalan melewati sangkar ular albino. Mereka tidak
lama-lama melihat haiwan itu kerana mereka semua takut. Ular bukanlah seekor
haiwan yang jinak. Mereka berenam ke tempat monyet. Kanak-kanak itu tersenyum
lucu melihat monyet-monyet yang aktif bergayutan di dahan-dahan pokok. Tengku
Nadhirah mendapatkan bondanya dan menarik tangan Mylia ke arah teman-temannya.
“Bonda apa bonda monyet tu sedang
buat dekat anakndanya?” soal Tengku Nadhirah.
Mylia lucu apabila Tengku Nadhirah
terlalu bisa dengan istilah-istilah istananya sehinggakan dia tidak tahu
perkataan untuk menggantikan ibu monyet dan anaknya itu.
“Monyet tu tengah cari kutu di
kepala anaknya”
“Kutu tu apa auntie?” soal seorang teman Tengku Nadhirah.
“Some kind of bugs” balas Mylia.
“Semua kepala ada kutu ke bonda?”
soal Tengku Nadhirah ingin tahu. Pertanyaan yang diajukan olek kanak-kanak
sangat mencuit hati.
“Tak, kepala monyet ada kutu, dan
kalau anaknda dan kawan-kawan anaknda ni tak cuci kepala dengan bersih, nanti
baru ada kutu macam kepala monyet”
“Kami tak nak ada kutu, kami tak
nak kepala macam kepala monyet” sambung seorang lagi kawan Tengku Nadhirah.
“Kalau macam tu, kalau mandi kena
basuh kepala, cuci dengan syampu, boleh?” Mylia memberikan nasihat dalam bentuk
yang mudah supaya senang difahami oleh anak-anak kecil.
Tengku Nadhirah melihat ayahndanya berjalan
ke
arah mereka dan dia terus menjerit memanggil ayahndanya. Tengku Nadhirah
berlari ke arahTengku Hamzan dan apabila dia mendapatkan ayahndanya, Tengku
Hamzan mengangkat tubuh Tengku Nadhirah ke dalam pelukannya. Tengku Hamzan berjalan
ke
arah Mylia dan rakan-rakan Tengku Nadhirah.
Mylia senyum kepada kekandanya.
“Siapa ni sayang?” soal Tengku
Hamzan kepada Tengku Nadhirah.
“Kawan-kawan anaknda. Ini Solihah,
ini Umi, ini Mahfuzah dan ini Nabila” Tengku Nadhirah memperkenalkan
kawan-kawannnya satu persatu.
“Dah lunch?” soal Tengku Hamzan kepada Mylia. Mylia mengangguk, “Dah,
tadi makan Mc D je” beritahu Mylia.
“Panaslah, nak makan ais krim?”
soal Tengku Hamzan kepada Mylia separuh berbisik apabila dia mendekatkan
dirinya kepada diri Mylia.
Mylia mengangguk.
“Jom, uncle beLan ja ice-cream”
Tengku Nadhirah dan kawan-kawannya melompat kegirangan apabila mendengar akan
mendapat ais krim. Mereka semua berpatah balik ke arah food court dan berjalan ke arah kedai Baskin and Robins.
Mylia duduk berhadapan dengan Tengku
Hamzan.
“Kenapa tiba-tiba datang. Kata ada
hal kerja?” soal Mylia.
Tengku Hamzan melihat ke arah
Tengku Nadhirah di sebelahnya yang sedang asyik bersembang dengan
kawan-kawannya.
“Kanda risau dinda Cuma ada dua bodyguard. Kanda hantar lagi dua orang bodyguard, campur kanda, tiga orang bodyguard” Tengku Hamzan membuat lucu.
“Kanda bodyguard special dinda dan anaknda” kata Mylia. Dia senyum.
“Itu sudah pasti. Takkan taraf
kanda sama dengan mereka” sambung Tengku Hamzan lagi.
Mylia senyum lucu, Tengku Hamzan
tidak pernah berubah. Tarafnya lagi diagung-agungkan.
“Kenapa pandang dinda macam tu?”
tikaman mata Tengku Hamzan sangat menggetarkan jiwa.
Tengku Hamzan hanya diam. Dia
senyum dan senyumannya sangat menawan, sangat seksi di matanya. Tengku Hamzan
memang jarang senyum tetapi jika dia senyum pasti hati mana-mana wanita akan
cair terutama apabila lesung pipit di kedua-dua belah pipinya itu terserlah.
Setelah petang, mereka semua
kembali ke kereta untuk pulang. Mylia dan Tengku Hamzan mengahantar kawan-kawan
Tengku Nadhirah ke rumah mereka. Mylia dan Tengku Nadhirah turun dari kereta
untuk berjumpa dengan kedua orang tua kawan-kawannya dan Mylia memohon maaf
kerana mengajak anak mereka keluar tanpa izin mereka. untuk mengelakkan salah faham,
Mylia memperkenalkan dirinya sebagai emak Tengku Nadhirah dan meninggalkan
nombor telefonnya kepada mereka.
Maisarah duduk di sofa kunig di
ruangan menonton apabila dia mendengar deruan kereta Tengku Hamzan di
perkarangan tempat parker. Khabar tentang kemenangan pihak Tengku Hamzan
berkenaan perbicaraan tengahari tadi sudah diketahui seLan g beberapa saat apabila keputusan mahkamah
dibacakan. Maisarah marah kerana dia telah memaksa Tasha untuk mengaku bersalah
dengan cara membayar Tasha dua kali ganda dari wang denda yang dikenakan oleh
pihak mahkamah.
Tengku Nadhirah berlari-lari ke
arah Maisarah dan duduk berbaring di sofa di sebelah nendanya.
“Nenda tahu kami ke mana hari ni?”
soal Tengku Nadhirah ingin berkongsi kegembiraannya.
“Kami ke zoo. Bonda membawa kami
semua ke zoo” sorak Tengku Nadhirah keriangan. Maisarah memberikan senyuman
yang tidak ikhlas. Dia bukan dalam mood untuk bergembira sekarang ini.
Tengku Hamzan dan Mylia masuk ke
ruangan itu dan Tengku Hamzan duduk berhadapan dengan bondanya.
“Anaknda menang kes mahkamah itu,
bonda” beritahu Tengku Hamzan kepada bondanya. Sangkaannya Maisarah tidak tahu
akan kemenangan itu walhal, Maisarah mengetahuinya sejak tengahari itu lagi.
Maisarah senyum kepada Tengku
Hamzan. Tengku Hamzan menyandarkan badannya ke kerusi. Maisarah menjeling ke
arah Mylia. Marah dengan gadis itu.
Mylia senyum sinis. Dia bangun dan
mendapatkan Tengku Nadhirah.
“Jom, bonda mandikan anaknda nak?”
Tengku Nadhirah dipangku ke dukungan dan dibawa ke kamarnya di tingkat dua.
“Bonda, kalau lepas mandi anaknda
nak buat apa?” soal Tengku Nadhirah sambil memaut leher bondanya.
“Kenapa Tanya bonda. Anaknda boleh
tentukan sendiri” balas Mylia sambil tersenyum.
Pakaian Tengku Nadhirah
ditanggalkannya kemudian dia memimpin anakndanya ke kamar mandi. Tengku
Nadhirah masuk ke dalam tab mandi. Air mandian yang disediakan oleh pembantu
rumah itu dibasahkan ke tubuh anakndanya.
“Boleh tak kalau anaknda nak
tidur?”
“Kenapa tak boleh pula?” soal Mylia
balik.
“Sebab malam ni sebenarnya anaknda
kena belajar Matematik. Tutor yang ayahnda carikan akan datang pukul 9 malam
nanti”
“Ayahnda marah ke kalau anaknda tak
ikut jadual?”
Tengku Nadhirah mengangguk.
Mylia diam. Dia berfikir sejenak.
Air sabun dibasahkan ke kepala Tengku Nadhirah. Dia mendekatkan dirinya kepada
tab mandi dan membersihkan belakang badan Tengku Nadhirah.
“Malam ini, kalau bonda temankan
anaknda belajar Matematik macamana?” soal Mylia. Dia sebenarnya tahu Tengku
Hamzan tegas dengan keputusannya. Pada fikirannya, Tengku Hamzan tetap tidak
akan membenarkan Tengku Nadhirah tidak belajar Matematik dan akan menyalahkan
aktiviti mereka ke zoo dan itu membuatkan Tengku Nadhirah penat. Kesannya,
mungkin pada masa akan datang, Tengku Hamzan tidak akan membenarkan Tengku
Nadhirah keluar bersiar-siar lagi.
Tengku Nadhirah senyum gembira
sambil mengangguk laju.
“Nak, nak!”
Badan Tengku Nadhirah dibalut
dengan tuala, dan dilap sampai kering. Dia mengangkat tubuh Tengku Nadhirah
duduk di birai katil. Mylia membuka almari baju Tengku Nadhirah dan
mengeluarkan sepasang persalinan yang berwarna pink. Persalinan itu dikenakan
ke badan Tengku Nadhirah.
“Sekejap lagi kita solat maghrib
sama-sama ye sayang . tapi sebelum itu, Bonda nak bersiram dulu” beritahu
Mylia. Dia memimpin tangan Tengku Nadhirah keluar dari kamar dan Tengku
Nadhirah turun ke Lan tai bawah untuk
menonton tv. Dia duduk di sebelah nendanya. Maisarah memeluk Tengku Nadhirah
yang sudah wangi. Entah kenapa dia semakin sayang kepada cucundanya itu.
“Bonda mana sayang?” soal Tengku
Hamzan kepada Tengku Nadhirah.
“Ada kat bilik. Bonda nak bersiram”
Tengku Hamzan bangun dari duduknya
dan berjalan ke tangga. Maisarah hanya memerhatikan Tengku
Hamzan dengan ekor matanya.
Tengku Hamzan mengetuk pintu kamar
bilik air dan memanggil nama Mylia. Lama dia memanggil barulah Mylia menyahut.
Tengku Hamzan memulas tombol pintu
bilik air untuk masuk tetapi tombol itu berkunci.
“Ada apa kanda?” soal Mylia dari
dalam. Mylia membuka pintu kamar dan keluar dengan hanya bertuala paras dada.
Tengku Hamzan memandang isterinya dari hujung rambut sampai hujung kaki. Tidak
berkelip matanya menyaksikan kecantikan si isteri. Mylia menutup mata Tengku
Hamzan dengan tangannya yang masih basah dan dingin. Dia malu dipandang
sebegitu oleh suaminya sendiri. Mylia keluar dari bilik air dan mencapai
persalinan yang disediakan oleh pembantu rumah untuknya.
“Kanda pergilah bersiram” dia duduk
di birai katil.
Dada Tengku Hamzan sudah lama
berdebar-debar melihatkan tubuh isterinya. Kecantikan Mylia pada matanya memang
tiada tolok bandingnya dengan mana-mana wanita di dunia ini. rambutnya yang
masih basah itu membuatkan wajah Mylia bertambah seksi. Tengku Hamzan menahan
getaran dadanya. Mylia datang ke arah Tengku Hamzan dan menyerahkan tuala
suaminya. Dia senyum kepada Tengku Hamzan.
“Dinda sangat cantik”
Mylia senyum. “Pergi mandi, busuk!”
tubuh Tengku Hamzan ditolak masuk ke bilik air. Tengku Hamzan tersenyum.
Setelah selesai berwuduk, Mylia
mencadangkan mereka sembahyang magrib berjemaah dan dia menyuruh pembantu rumah
untuk memanggilkan Tengku Nadhirah masuk ke kamarnya sambil membawa pakaian
solat. Tengku Hamzan mengimamkan keluarganya dan setelah mengaminkan doa, Mylia
mencium tangan Tengku Hamzan dan Tengku Nadhirah turut mencium tangan ayahnda
dan bondanya.
“Anaknda ada belajar mengaji?” soal
Mylia.
“Ada tapi dah lama anaknda berhenti
bonda” beritahu Tengku Nadhirah.
“Orang yang kanda gajikan untuk
mengajar anaknda mengajar ajaran sesat pada anaknda. Kanda tak sempat cari
pengganti kerana terlalu sibuk” Mylia dan Tengku Hamzan saling berpandangan.
“Kalau macam tu, ambil mukaddam
anaknda, biar bonda yang ajarkan”
Tengku Nadhirah bangun dari duduknya
dan berlari ke kamarnya dengan masih memakai alat solat.
“Dinda tak penatke?” soal Tengku
Hamzan kepada Mylia. Dia risau Mylia terlalu memaksakan diri sejak dia kembali
ke rumah istana.
“Tak adalah penat. Dinda tolong
mengajar mengaji je. Itukan kewajipan kita sebagai ibu bapa. Kanda sibuk, jadi
apa salahnya dinda yang mengajar” beriathu
Mylia. Tengku Hamzan bagun dari duduknya dan menganggalkan songkok yang
dipakainya. “Kanda ke bilik bacaan dulu. Sekejap lagi ada tutor yang akan datang
mengajar anaknda”
Mylia mengangguk tahu. Sewaktu mahu
keluar dari kamar itu, Tengku Hamzan bertembung dengan Tengku Nadhirah yang sedang
berlari ke arahnya. Tubuh Tengku Nadhirah dipaut lembut dan diangkat ke
dukungannya. Pipi gebu Tengku Nadhirah dicium beberapa kali.
“Are you happy sayang ?” soal Tengku Hamzan tiba-tiba.
“Happy!” sepatah sahaja yang
diajwab oleh Tengku Nadhirah. Tengku Hamzan senyum. Tubuh anakndanya diturunkan
dari dukungan dan Tengku Nadhirah segera berlari masuk ke dalam kamar.
Setelah belajar muqaddam dengan
Mylia, Tengku Nadhirah masuk ke kamarnya untuk menonton tv sementara menunggu
tutornya datang. Mylia masuk ke kamar bacaan suaminya. En. Johar sedang
berbicara dengan Tengku Hamzan dan saat Mylia masuk, Tengku Hamzan berhenti
berbicara. Bagaikan perbincangannya mereka itu tidak mahu dikongsikan dengan
orang lain. En. Johar meminta diri untuk keluar dan Tengku Hamzan mengizinkan.
Mylia berdiri di belakang Tengku Hamzan dan memegang bahu suaminya.
“Apa yang dibualkan dengan En.
Johar tadi?” soal Mylia lembut. Bahu Tengku Hamzan dipicit lembut. Tengku
Hamzan membaringkan badannya ke kerusi. KepaLan
ya di dongak ke atas melihat wajah Mylia.
“Tengku Nadhirah mana?” Tengku Hamzan sengaja menukar topik.
“Ada di kamar”
Tengku Hamzan mengangguk. Dia
membetulkan duduknya dan menghadap dokumen yang perlu ditelitinya.
“Kanda ni, sejak dinda balik ke
sini, kanda tak pernah tak sibuk” keluh Mylia manja.
“Dah memang kanda busy, nak buat macamana?” Mylia berdiri
di hadapan Tengku Hamzan. Tubuh Mylia ditarik ke ribaan Tengku Hamzan.
“Kanda busy sangat. Nak uruskan pasal projek chalet di KeLan tan tu”
“Kanda nak ke KeLan tan ke nanti?” soal Mylia. Riak wajahnya ceria.
“Mungkin minggu depan. Nak uruskan
beberapa hal dalaman. Perasmiannya kanda nak serahkan kepada Firdaus je nanti
sebab masa buLan tu kanda sibuk dengan urusan lain”
“Dinda nak ikut ke KeLan tan boleh? Dinda nak jumpa keluarga dinda di
sana”
“Boleh. Tapi kanda mungkin sibuk,
tak dapat temankan dinda masa kita di KeLan
tan nanti”
“Kita tinggal di rumah Lan saja,
nak?”
“Kanda nak duduk hotel. Kanda tak bisaa
tinggal di sana”
Wajah Mylia masam. Namun Tengku
Hamzan tetap dengan keputusannya.
“Kalau kita pergi waktu hujung
minggu, boleh ajak anaknda sekali” cadang Tengku Hamzan. Raut wajah Mylia
kembali ceria.
Dia mengangguk setuju.
“Dinda” panggil Tengku Hamzan
lembut.
“Ya”
“Dinda penat tak malam ni?”
Mylia senyum. Dia sudah dapat
menduga maksud sebenar suaminya.
No comments:
Post a Comment