Bab 53
Tengku Hamzan pulang ke rumah
istana dengan menaiki teksi. Pertama kali dia menaiki teksi sepanjang hidupnya.
Farhan dan Ahmad yang melihat sebuah teksi berhenti di hadapan rumah istana
juga sangat terkejut apabila melihat majikan mereka turun dari perut kereta.
Mereka berdua segera berlari-lari anak mendapatkan Tengku Hamzan dan
menundukkan sedikit tubuh mereka sebagai tanda hormat. Tengku Hamzan meLan gkah longlai masuk ke perkarangan rumah. Tali
lehernya dilonggarkan dan briefcase diletakkan di sampingnya.
“Kanda baru sampai ke? Ke mana
tadi?” soal Mylia berpura-pura tidak mengetahui padahal dia melihat segala-galanya.
Mylia segera mendapatkan suaminya sambil menatang segelas air sejuk dan
kemudiannya dihidangkan kepada Tengku Hamzan. Tengku Hamzan mengeluh.
“Penat?” soal Mylia lembut. Dia
bangun dari duduknya dan berdiri di balik sofa. Tangannya ligat memimit bahu
Tengku Hamzan. Tengku Hamzan membiarkan sahaja, dia sangat memerlukan pijatan
dari Mylia kerana hari ini dia betul-betul penat. Dia ke balai polis dan
disuruh membayar denda tetapi Tengku Hamzan tidak jadi menebus keretanya kerana
bayaran denda yang dikenakan atas kesalahan parker kereta di tempat yang
dilarang itu sangat mahal. Sebelum ini dia tidak merasakan jumlah itu mahal
tetapi kebelakangan ini, dia lebih berhati-hati dalam menggunakan wangnya.
Tengku Hamzan menyandarkan tubuhnya ke sofa, dan kepaLan ya didongakkan lalu menatap wajah Mylia.
“Life is difficult!” keluh Tengku
Hamzan.
Mylia senyum. “That is why we
should enjoy it while we live” balas Mylia.
“Anaknda mana?”
“Ada di atas, nak dinda panggilkan
ke?” soal Mylia.
Tengku Hamzan menggeleng.
“Malam ni kita solat berjemaah.
Selepas solat nanti, ada hal yang kanda nak berbincang dengan dinda”
Mylia mengangguk.
Setelah solat berjemaah bertiga,
Mylia dan Tengku Nadhirah menyalami tangan Tengku Hamzan. Tengku Nadhirah duduk
di ribaan Tengku Hamzan dan anakndanya itu bermanja-manja dengannya.
“Ayahnda, bila kita nak ke rumah
Nenda Tengku Imran?” soal Tengku Nadhirah.
Mylia memandang ke wajah suaminya.
Tengku Hamzan sepertinya sedang mencari kata-kata untuk menjawab pertanyaan
anakndnaya itu.
“Ayahnda sibuk sekarang anaknda.
Nanti bila free kita ke sana ye?” balas Tengku Hamzan. Hanya itu sahaja jawapan
yang difikirkan untuk pertanyaan anakndanya itu. masakan dia mahu berterus
terang: ‘Ayahnda dah tak nak tengok muka Nenda Tengku Imran lagi. Kalau anaknda
nak pergi, pergi sahaja dengan bonda! Masakan mahu beritahu begitu!
“Homwork dah siap saying?” soal
Tengku Hamzan kepada Tengku Nadhirah. Tengku Nadhirah mengangguk.
“Ayahnda boleh tak malam ni,
anaknda nak tidur awal. Anaknda penat, petang tadi ada latihan rumah sukan”
“Malam ni tutor apa?”
“Bahasa Mandarin” balas Tengku
Nadhirah.
“Kalau anaknda penat, tidurlah.
Bagitahu En. Johar kalau tutor tu dating, suruh dia pulang sahaja” beritahu
Tengku Hamzan.
“Betul ni ayahnda?” soal Tengku
Nadhirah seakan-akan tidak percaya.
Mylia juga agak terkejut. Bisaanya
Tengku Hamzan sangat etgas dengan urusan-urusan kelas tutorial anaknda mereka
tetapi malam ini Tengku Hamzan sedikit ‘longgar’ ketegasannya.
“Macamana kalau ayahnda cancelkan
semua kelas tutorial anaknda? Malam-malam anaknda boleh tidur awal”
Tengku Nadhirah mengangguk laju.
Wajahnya mengukirkan senyuman.
Mylia Cuma memerhatikan gelagat si
suami dan anaknya. Perubahan sikap Tengku Hamzan memang boleh dijangkakan
kenapa. Tetapi Mylia tidak mahu mebuat andaian awal. Kemungkinan ada
hubungannya dengan apa yang ingin dibincangkan mereka berdua nanti, dan mungkin
ada hubungannya dengan keadaan syarikat milik suaminya itu.
“Kalau macam tu, pergi bagitahu En.
Johar dan anaknda bolehlah tidur. Kiss me first before you go”
Tengku Nadhirah mencium pipi ayahndanya
dan dia kemudiannya berlari keluar dengan pakaian solatnya. Sangat teruja
sehinggakan alat solat itu belum sempat ditanggalkan oleh bondanya. Tengku
Hamzan membetulkan duduknya menghadap Mylia yang duduk di sah belakangnya.
Songkok di kepala ditanggalkan. Mylia hanya diperhatikan.
“Kanda nak berbincang dengan
adinda”
Mylia mengangguk.
“Dinda tahukan keadaan syarikat
kita macamana?” Tengku Hamzan terdiam sejenak, cuba mengatur kata-kata yang
paling lembut untuk disampaikan ke pengetahuan Mylia.
“selepas ini, hidup kita sekeluarga
akan banyak berubah. Kanda terpaksa korbankan segala kesenangan kita sekeluarga
untuk memastikan yang syarikat Perdana King akan bertahan. Kanda tak tahu
macamana kanda dan Tengku Nadhirah akan menghadapinya. Dan kanda tak pasti yang
Tengku Nadhirah dapat memahani situasi kita sekarang. Tapi kanda sangat-sangat
berharap dinda membantu kanda dalam masalah ini. kanda tak boleh menghadapinya
sendirian. Kanda perlukan dinda di sisi. Sebagai keuatan dan semangat untuk
kanda terus memperjuangkan pendirian kanda” jelas Tengku Hamzan satu-persatu.
Mylia diam seribu biara. Kemudian
dia senyum.
Ada rasa bersalah bersarang di hati
Tengku Hamzan kerana dia tidak mempu memberikan kebahagian dan kemewahan buat
Mylia.
“Tengku Nadhirah dengan kanda
memang tidak boleh dipisahkan kerana kami memang terikat dengan hubungan d
arah , tapi” Tengku Hamzan tidak
menghabiskan kata-katanya.
Mylia mula berasa pelik. Bait-bait
kata suaminya tergantung mmbuatkan dia berasa lebih cemas.
“Tapi kanda dan dinda bukan
hubungan d arah . Jika, seandainya..erm,
kalau..dinda tak tahan dengan kesusahan kami, dan kalau dinda nak kanda
lepaskan dinda, dinda cakaplah. Kalau memang jodoh kita tak panjang”
“Apa kanda cakap ni?”
Tengku Hamzan menggenggam tangan
Mylia.
“Hidup kita sekeluarga nanti akan
sangat susah. Kalau kanda tak mampu cari pelabur yang sanggup bantu syarikat
kita. Kanda akan hilang segala-galanya. Projek Polypetroleum, syarikat Perdana
King, rumah istana, rumah villa, kapal terbang, kereta, pembantu rumah, semua
itu akan tiada. Kita akan hidup sehelai sepinggang. Jadi kalau dinda berasa
sangat susah nanti dan inginkan talak dari kanda, kanda akan izinkan”
“Kanda sedar tak apa yang kanda
cakap ni? Kanda baru sahaja mencadangkan dinda minta cerai” suara Mylia agak
tinggi. Tengku Hamzan menundukkan wajahnya.
“Dinda tak kahwin dengan kanda
sebab harta kanda. Walau susah macamanapun, dinda akan setia di sisi kanda.
Tempat isteri kan di sisi suaminya”
Mylia mengambil tangan Tengku
Hamzan lalu menciumnya.
“Ampunkan dosa-dosa dinda pada
kanda kalau dinda ada berbuat salah kepada kanda” Mylia menunddukkan kepaLan ya lalu menyalami tangan suaminya. Air matanya
gugur dan membasahi tangannya dan juga tangan Tengku Hamzan. Lama Mylia
melabuhkan bibirnya di tangan suaminya, memohon kemaafan atas apa yang
dilakukannya selama ini.
Hati Tengku Hamzan sayu. Dia sangat
takut. Dia pasti hidup baru yang bakal dijaLan
inya nanti tidak seperti sekarang.dan jika Mylia meninggalkannya, dia kehilanganarah,
dia tidak tahu matlamat hidupnya. Selama ini dia hanya tahu bekerja di
syarikatnya. Bagaimana jika dia kehilangan syarikat itu? apa yang akan
dilakukannya nutuk mencari rezeki buat keluarganya?
Tengku Hamzan mencium ubun-ubun
Mylia. Bahu Mylia diangkat. Mylia meluru laju memeluk tubuh suaminya. Dia
menangis teresak-esak di dalam pelukan sang suami.
Maisarah masih lagi lena tertidur
di atas katil. Fuad bangun dari tidurnya dan meLan gkah ke kamar mandi di penthouse yang disewa
khusus sebagai rumah kedua Maisarah .
setelah mandi dia bersiap-siap untuk keluar. sementara Maisarah masih lagi lena
dibuai mimpi. Telefon bimbitnya berdering di ruang tamu. Fuad menjawab panggilan
telefon daripada anak buahnya itu. sebuah kad
kesihatan yang tertera nama Maisarah itu menarik perhatiannya. Dokumen itu
diteliti dan tertera tarikh lawatan Maisarah ke klinik milik doctor peribadi
keluarga diraja itu. tujuan lawatan itu tidak pula dituliskan. Timbul rasa
ingin tahu di hati lelaki itu berkenaan dengan kesihatan wanita kesayangannya
itu. Fuad berjalan ke arahkatil. Tangannya melekat di dahi Maisarah .
Maisarah merengek manja apabila
tidurnya terjaga gara-gara sentuhan daripada Fuad.
“Demam ke?” soal Fuad lembut.
Maisarah membuka matanya dan
menatap wajah lelaki yang sedang duduk di birai katil itu. tangan Fuad ditarik
dari terus menyentuh dahi. Maisarah bangun dari pembaringan dan membetulkan
duduknya, selimut yang jatuh dari badannya ditarik menutupi dada.
“Taklah, kenapa?"
Kad lawatan ke klinik itui ditunjuk
kepada Maisarah .
“Ini Cuma medical check up bisaa”
“Tapi you tak suka jumpa doctor”
“You nak ke mana ni?” soal Maisarah , sengja mengubah topik perbuaLan mereka
pagi-pagi begini.
“Ada hal” Fuad
mencium dahi Maisarah dan segera berlalu.
Bab 54
Suasana di bilik
mesyuarat agak tegang, semua perwakiLan daripada syarikat perdana King berdiam diri
sementara menunggu saat-saat ketibaan perwakiLan dari
syarikat yang membuka tender untuk Projek Polypetroleum itu. Tengku Hamzan diam
di kerusinya. Ahli-ahli perwakiLan daripada syarikat Perdana King merupakan
pemegang-pemegang saham, CEO iaitu Tengku Hamzan sendiri, Mylia dan beberapa
orang jurutera yang menguruskan projek tersebut. Mylia duduk di samping Tengku
Hamzan.
“Where is this
fucking people” Tengku Hamzan berbicara seperti berbisik. Hanya Mylia yang bisa
mendengarnya. Mylia melirik ke arahsuaminya di sebelah. Suaminya itu kelihatan
gelisah menunggu perwakiLan dari syarikat yang beroperasi dari Britain
yang merupakan syarikat yang mengusulkan Projek Polypetroleum ini. perwakiLan yang
sepatutnya tiba lima mimit yang lalu belum lagi menampakkan diri mereka. Mylia menggenggam tangan Tengku Hamzan dari
bawah meja. Tengku Hamzan melirik ke arah nya sebentar kemudian dia menundukkan
wajahnya.
Rahman mengetuk
daun pintu dan memberitahu yang perwakiLan
yang ditunggu-tunggu telah tiba.
Tengku Hamzan dan semua yang bearada di dalam bilik mesyuarat itu bangun
berdiri. Tiga orang perwakiLan masuk lalu duduk bertentangan dengan Tengku
Hamzan dan perwakiLan -perwakiLan dari
syarikat Perdana King. mereka bertiga terus membuka fail-fail yang dibawa tanpa
banyak bicara. Orang yang berada di tengah-tengah antara mereka bertiga itu
memulakan bicaranya.
“My name is
Micheal and Im from H Group Company,
we’re here to discuss about your company’s failure in managing Polypetroleum
project. Please hand me your company’s recent project records” Micheal bersuara
Lan tang sesuai dengan statusnya.
Tengku Hamzan menggeser duah buah file kepada Micheal. File itu diteliti oleh
Micheal. Sementara itu, perwakiLan di samping kiri Micheal bersuara.
“Good morning,
and my name is Jason. Im here to makes sure that this company will pay for the
compensation for your failure to fulfill the contract that had been signed by you,”
Jason melihat ke
satu dokumen, kontrak yang ditandatangani oleh Tengku Hamzan tahun lalu
berkenaan dengan kerjasama mereka dengan Projek Polypetroleum. Jason menyambung
kata-katanya.
“It says here in
the contract that had been signed by Tengku Hamzan, CEO of Perdana King to
fulfill the constructions of Polypetroleum Project and if the project is having
problems, like now, this company would have to settles the compensation and the
recruitments of which company to continue with the constructions will be held
by our company and should not concern your company anymore. I assume you are
Tengku Hamzan?” Jason mengarahkan pandangannya kepada Tengku Hamzan. Tengku
Hamzan mengangguk.
“Sir, do you want
me to announce the sum of number that your company should pay us?”
“In dollar or in
ringgit?” soal Jason lagi.
“Wait, on the
secong thought, please don’t. I’ll ask you personally later” Tengku Hamzan
tidak mahu jumlah yang bakal dikemukakan oleh perwakiLan itu
menakutkan perwakiLan -perwakiLan nya.
Setelah
menghantar perwakiLan -perwakiLan dari H
Group di bahagian lobi, Mylia ke bilik pejabat suaminya. Dia mengetuk pintu
sebelum masuk. Tengku Hamzan kelihatan membelakangi mejanya. Tubuhnya
direbahkan di kerusi empuk. Mylia menghampiri suaminya dan menyaa dari
belakang. Tengku Hamzan hanya berdiam seolah-olah tidak mendengar suara Mylia
dari sampingnya. Mylia menyentuh bahu Tengku Hamzan, barulah Tengku Hamzan
sedar yang dia bukannya sendiri. Dia memandang Mylia, pandangannya kosong.
Mylia senyum.
“Kita akan kehilangan
segala-galanya selepas ini. kanda terpaksa lelong semua harta apabila syarikat
kita diisytiharkan bankrupt”
Mylia senyum,
“Dinda tahu”
“Syarikat ini
adalah syarikat keluarga kanda. Sudah berates-ratus tahun syarikat ini
beroperasi tetapi bakrup di tangan kanda”
Air mata kesal
mual gugur di pipi Tengku Hamzan. Dia tidak dapat membendung rasa bersalah dan
rasa marah di dalam hatinya. Mylia mengubahkan posisi diri. Da berjalan lalu
berdiri berhadapan dengan Tengku Hamzan. Tubuhnya dibongkokkan ke arahsuaminya.
“Semua yang
berlaku pasti ada hikmahnya”
Tengku Hamzan
senyum, “Dah berapa kali kanda cakap jangan menundukkan diri dinda” sempat lagi
suaminya itu memikirkan soal darjatnya.
Mylia turut
senyum.
Air mata Tengku
Hamzan masih lagi gugur, dalam ketawa dia tertangis. Mylia merapatan dirinya
lalu memeluk tubuh si suami dengan rasa saying. Tengku Hamzan melabuhkan
wajahnya di bahu Mylia. Di hadapan isterinya, dia menangis semahu-mahunya.
Fuad meluru masuk
ke penthouse itu dan terus mencari Maisarah
. Setelah mengetahui rahsia yang disembunyikan oleh Maisarah dariapda
pengetahuannya itu, dia berasa marah dan berasa dikhianati. Maisarah sedang
duduk berisitirehat sambil meneguk wine di ruang tamu. Dia terkejut melihat
Fuad menengkingnya secara tiba-tiba.
Yang bertambah
mengejutkannya apabila lelaki upahannya itu menampar pipinya keras sekali
sehingga gelas wine di tangannya tercampak.
“Kau buat
pengguguran tanpa bagitahu aku!” tengking Fuad. Dia sendiri yang menyiasat
tentang lawatan Maisarah ke klinik milik doctor peribadi keluarga dirajanya
itu. dan apabila mengugut doctor itu, akhirnya dia memberitahu tujuan lawatan Maisarah
tempohari adalah untuk melakukan pemeriksaan usuLan setelah melakukan pengguguran beberapa minggu
sebelum itu. setelah mengetahui kebenaran itu, akal Fuad tidak dapat berfikir
dengan waras. Dia marah dengan tindakan Maisarah yang membuat keputusan itu
tanpa berbincang dengannya. Maisarah telah membunnuh bayi mereka yang belum
lahir. Fuad merasakan dirinya dikhianati. Keputusan itu sepatutnya dibuat
setelah berbincang dengannya memandangkan anak itu adalah anak mereka. dan dia
tidak pernah mahu membunuh bayi mereka yang belum lahir. Seandainya dia tahu
lebih awal tentang kandungan Maisarah itu, pasti dia tidak akan membenarkan
wanita itu ‘membunuh’ anak mereka.
“Kau tahu juga
akhirnya!” Maisarah bersuara setelah bangkit dari duduknya. Dia mahu berlalu
dari situ. Lengannya ditarik kasar oleh Fuad.
“Anak itu anak
aku. Aku ada hak untuk tahu”
“Bukan anak kau.
Banyak lelaki yang tidur dengan aku, anak yang dalam kandungan aku itu tidak
semestinya anak kau”
Fuad terdiam.
Kata-kata Maisarah iu ada benarnya. Dia juga tahu yang Maisarah bukan hanya
tidur dengannya seorang. Macamana dia pasti yang anak yang digugurkan oleh Maisarah
adalah anaknya. Fuad terduduk.
Maisarah senyum
sinis.
“Aku nak keluar”arahnya
kepada Fuad. Fuad bangun dari duduknya dan mendahului pergerakan mereka berdua
keluar dari penthouse itu.
“Macamana
perkembangan syarikat Perdana King?” soal Maisarah ingin tahu.
“Syarikat Tengku
Hamzan terpaksa diisytiharkan bankrupt kerana tidak mampu membayar pampas an
projek Polypetroleum”
Maisarah senyum
sinis lagi. “Sia-sia apa yang aku usahakan selama ini” keluh Maisarah separuh
bersuara. Rancangannya untuk mendapatkan harta-harta Tengku Hamzan tidak
membuahkan hasil.
“Puan nak buat
macamana nanti?" soal Fuad ingin tahu. Dia membuka pintu kereta di
bahagian belakang untuk Maisarah .
“Jika aku tak
dapat hartanya, aku akan bunuh Tengku Hamzan”
Tengku Anis
meluru masuk ke bilik pejabat ayahndanya. Tengku Imran terkejut menerima
mkunjungan daripada anakndanya itu yang sekarang masih lagi bercuti.
“Anaknda buat apa
di sini?” soal Tengku Imran terkejut.
“Anankda dengar
tentang syarikat kanda Tengku Hamzan. Betulkan berita yang anaknda dengar itu
ayahnda?” soal Tengku Anis lagi. Setelah mendengar perbuaLan antara
dua orang pengawal peribadinya itu pagi tadi, Tengku Anis segera ke pejabat
ayahndanya untuk mengdengar dari mulut ayahndanya sendiri. Suaminya, Megat
Iskandar serta bondanya tidak pernah memberitahunya tentang berita ini. mungkin
mereka semua berasa hal ini patut dirahsiakan daripad apengetahuannya. Ayahnda
juga tidak pernah berkata apa-apa tentang kondisi syarikat Perdana King itu.
setahunya syarikat ayahndanya turut sama terlibat dalam projek yang dikelolakan
oleh syarikat kanda Tengku Hamzan tetapi kenapa ayahndanya menarik diri,
membuatkan syarikat Perdana King mengalami masalah dalam memnyempurnakan projek
itu.
Tengku Imran
bangun dari kerusi empuknya dan berjalan ke
arahTengku Anis.
“Anaknda sekarang
kan masih lagi bercuti, ada apa dating ke pejabat? Nanti ayahnda suruh Megat
Iskandar hantar anaknda pulang” soal Tengku Imran sengaja tidak mhu menjawab
pertanyaan yang diajukan oleh anakndanya tadi.
“Betulkah apa
yang anaknda dengar ni ayahnda? Kenapa ayahnda sanggup buat begitu pada anaknda
dan syarikat Perdana King? Kita kan sekeluarga. Kenapa ayahnda sanggup buat
macam tu?” soal Tengku Anis marah. Suaranya dijaga agar tidak meninggi kepada
ayahndanya. Walaupun dia marah dengan tindakan ayahndanya itu tetapi dia tahu
batas-batas tindakan terhadap orang tuanya sendiri.
Tengku Imran
tidak menjawab pertanyaan itu. ia ke mejanya dan menekan butang intercom
menghubungi ke bilik pejabat Megat Iskandar, menantunya.
“Ya ayahnda?”
suara Megat Iskandar kedengaran di hujung talian.
“Datang ke office
ayahnda sekarang”
“Baik ayahnda”
Tengku Imran
mematikan talian.
“Ayahnda please,
jangan buat kanda Tengku Hamzan macam ni. Please aytahnda, tolong Tengku
Hamzan” rayu Tengku Anis. Tangan ayahndanya diraih, matanya sayu menatap wajah
ayahndanya, memohon kasihan belas daripada ayahndanya buat keandanya Tengku
Hamzan.
“Ayahnda tidak
dapat membantu apa-apa. Semuanya bergantung kepada Perdana King”
“Why you’re doing
this at the first place? Why pulling all your company finace from
Polypetroleum?”
Tengku Imran
terdiam.
“ayahnda buat
begini sebab ayahnda mahukan Syarikat Perdana King bukan?” soal Tengku Anis
Lan tang.
“Ayahnda mahukan
sarikat itu sebab syarikat itu peninggaLan
nenda Tengku Sulaiman dan
syarikat itu memang menjadi turun temurun anak pertama dan lebih kukuh
berbanding syarikat yang ayahnda bina sendiri ini. bukan macam tu?”
Tengku Imran
menampar pipi anakndanya itu. kali ini kata-kata Tengku Anis mencalar
maruahnya. Suara anakndanya itu menghiris egonya dan mencuit kembali ingatan
lama yang cuba dismebunyikan daripada bangkit kembali. Ingatan itu sengaja
ditutup kemas-kemas dalam kotak memori otaknya. Ingatan sebegitu tidak bagus
untuk dikenang-kenang kembali kerana ia membangkitkan rasa cemburu dan iri
hati.
Megat Iskndar
meluru mendapatkan tubuh Tengku Anis yang terduduk akibat ditampar oleh
ayahndanya sendiri. Tubuh isterinya itu dipeluk dan didorong untuk kembali
berpijak pada bumi.
Tengku Anis
menangis dalam pelukan suaminya. Megat Iskandar diam. Dia tidak berani bersuara
melihat keadaan yang agak tegang anatara dua beranak itu. Tengku Imran duduk
kembali di kerusinya.
“Bawa anaknda pulang”arah
Tengku Imran kepada Megat Iskandar.
“Anaknda tak mahu
pulang” bentak Tengku Anis.
“Kita pulang dulu,
dinda. Keadaan dinda sekarang lemah” pujuk Megat Iskandar. Dia tidak mahu
pergaduhan anatara dua beranak itu semakin berLan jutan sedangkan mereka tinggal sebumbung. Dia
juga agak terkejut apabila melihat Tengku Imran menampar ke pipi isterinya. Dia
tidak pernah melihat ayah mentuanya itu semarah itu. ayahnda mentuanya itu
memang seorang yang tegas tetapi jarang melihat dia marah. Pasti perbuatan yang
dilakukan oleh Tengku Anis sangat menyinggung hatinya.
“Bantu kanda
Tengku Hamzan!” kata Tengku Anis lagi
“Megat, bawa anaknda
pulang”arah Tengku Imran dan kali ini suaranya sangat keras sehingga Megat
Iskandar turut terkejut. Dia memimpin isterinya keluar dari bilik pejabat
Tengku Imran itu.
Tengku Imran
mengeluh keras. Dia mengangkat gagang telefon dan membuat panggilan kepada
seseorang.
No comments:
Post a Comment