Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 20


Bab 20

SebuLan   setelah perkahwinan Tengku Anis dan Megat Iskandar, Tengku Hamzan, Mylia dan Maisarah menghadiri perjumpaan kerabat keluarga sebelah Tengku Hamzan. jemputan ke majlis itu dibuat dua buLan   lebih awal supaya semua ahli kerabat dapat menyediakan masa untuk ke majlis itu.
Mylia sedang menunggu kepulangan Tengku Hamzan. bagasi-bagasi mereka telah dihantarkan ke lapangan terbang. Dia menunggu di ruangan menonton.
Apabila mendengar deruan enjin kereta di luar perkarangan rumah, Mylia berlari-lari keluar. Dia senyum kepada Tengku Hamzan apabila melihat wajah keandanya itu.
“Kanda terlambat ke?” soal Tengku Hamzan  lembut. Dia turut senyum. Walaupun sudah penat bekerja tetapi apabila melihat wajah Mylia, hatinya senang.
“Tak adalah. Barang-barang dah hantar ke airport. Kanda nak tukar baju dulu ke?”
Tengku Hamzan mengangguk. Mereka berdua ke kamar. Mylia mencari persalinan untuk Tengku Hamzan sementara Tengku Hamzan bersiram. Selepas semuanya telah selesai, mereka berdua bertolak ke lapangan terbang.
Di lapangan terbang, mereka berdua menyapa Tengku Anis, Megat Iskandar dan juga Tengku Aishah, bonda Tengku Anis.
 “Bonda tak ikut sekali ke?” Tengku Aishah bertanyakan tentang Maisarah kepada Tengku Hamzan. Tengku Hamzan menggeleng.
“Selepas melewati beberapa prosedur sebelum masuk ke balai berlepas mereka semua terus ke lapangan. Dari jauh kelihatan beberapa orang pengawal peribadi Tengku Hamzan sedang menunggu. Tidak jauh dari mereka kelihatan sebuah pesawat yang lebih kecil berbanding pesawat bisaa. Mereka semua berjalan    ke arah  sana. Tengku Hamzan memimpin tangan Mylia.
“Bonda Aishah naiklah dulu” Tengku Hamzan  menyuruh Tengku Anis, Megat Iskandar dan juga Tengku Aishah untuk mendahului dia dan Mylia menaiki jet peribadinya itu.
Tengku Hamzan bersemuka dengan pengawal peribadinya, “Semua luggage dah masuk kargo?” suaranya dikeraskan  kerana enjin pesawat sangat kuat sehingga sukar untuk mendengar.
“Dah, Tengku”
Tengku Hamzan Cuma mengangguk, “Kalau macam tu, semua orang balik lah” kemudian dia memimpin Mylia untuk naik ke dalam  pesawat. Mylia duduk di sebelah suaminya. Tengku Hamzan memakaikan sabuk penyaman ke pinggang Mylia. Mylia Cuma memerhatikan. Tingkah laku Tengku Hamzan hari ini sangat berbeza dari kebisaannya. Mylia memegang tangan Tengku Hamzan dengar erat sewaktu pesawat itu berlepas. Tengku Anis, Megat Iskandar dan Tengku Aisah duduk di tempat duduk belakang.
Tengku Hamzan membuka laptopnya dan menyiapkan kerjanya. Mylia Cuma memerhatikan. Hatinya berdebar-debar mahu bertemu dengan kerabat keluarga Tengku Hamzan. adakah sikap dan perangai mereka sama dengan Tengku Hamzan? macamana kalau dia tidak boleh membisaakan diri dengan karabatnya? Bagaimana dia mahu menyesuaikan diri dengan kerabat Tengku Hamzan?
“Kanda tak bagitahu kanda ada jet peribadi?” Mylia bersuara tiba-tiba. Tengku Hamzan melepaskan jari-jarinya dari papan  keyboard laptop. Dia senyum kepada Mylia.
Ternyata perbuatan Tengku Hamzan sangat berbeza hari ini. Dia kerap sahaja senyum.
“Kenapa?”
“Dinda ingat kita naik flight bisaa”
“Sama je kan?”
Mylia mengangguk. Tengku Anis datang dengan  membawa kamera di tangannya.
“Kanda, take a picture” pinta Tengku Anis.
Tengku Hamzan  memaut bahu Mylia. Tengku Anis menghitung  sebelum  mahu menekan butang. Dan pada saat Tengku Anis mahu menekan punat di kameranya, secara tiba-tiba Tengku Hamzan  menghadiahkan satu ciuman di pipi Mylia. Tengku Anis tergelak besar.
“Romantiknya kanda Tengku Hamzan. Mengalahkan kami pengantin baru”puji Tengku Anis.
Tengku Hamzan  hanya senyum. Mylia melihat reaksi pada wajah suaminya. Tengku Hamzan kelihatan gembira sekali.
Tengku Anis kembali ke pangkuan suaminya, Megat Iskandar. Tengku Aishah kelihatan sedang membaca majalah yang dibelinya di Malaysia.
“Tengku Imran tak ikut sekali kenapa?” soal Mylia. Dia tidak tahu  ingin berbual pasal apa lagi dengan suaminya lalu dia teringatkan Tengku Imran yang tidak mengikut mereka.
“Ayahnda Tengku Imran ada hal sikit di US. Ayahnda dah ada di sana, nanti ayahnda join setelah kerjanya selesai. Sebab itulah Bonda Aishah, Tengku Anis dan Megat Iskandar ikut kita. Kalau  tak, mereka naik jet peribadi mereka je”
“Family ayahnda Tengku Imran pun ada jet peribadi?” soal Mylia dalam nada terkejut. Mulutnya terlopong. Tengku Hamzan ketawa lucu.
“Apa yang peliknya. Kami semua ada jet peribadi sendiri”
Mylia mengangguk. Dia tidak pernah menduga yang Tengku Hamzan memang betul-betul mewah dan kaya raya.
“Dinda ada apa-apa kelebihan tak?”
“Maksud kanda?”
“Ada hobi ke? Pandai main piano? Violin? Apa-apa lah? Ada?”
Mylia menggeleng, “Tapi dinda tahu seluk poket”
Tengku Hamzan ketawa lucu. Teringat akan pertemuan pertama dengan Mylia dulu. Mylia melihat sahaja wajah Tengku Hamzan. Tengku Hamzan memang agak berbeza hari ini sehingga mengundang tanda Tanya.
“Kenapa kanda Tanya macam tu?”
“Nanti dinda tahu sendiri”
“Dinda tahu kenapa bonda tak ikut kita?” Tengku Hamzan tiba-tiba mengungkit nama bondanya membuatkan Mylia berasa tidak senang. Tetapi Mylia cuba menyembunyika perasaan sebenarnya terhadap Maisarah  .
“Bonda isteri kedua ayahnda. Kerana orang kebanyakan, bonda tak diterima oleh kerabat ayahnda. Dan sampai sekarang bonda masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan kerabat kami”
“Kanda yakin hanya sebab itu kerabat kanda tidak boleh menerima bonda?”
Mylia meneka. Pada hematnya Maisarah terlalu kejam. Walaupun tidak mengenali Maisarah selama mana Tengku Hamzan mengenali bondanya itu tetapi selama beberapa buLan   ini dia tahu Maisarah bukanlah seorang yang baik sepertimana Tengku Hamzan kenal. Mungkin kerabatnya juga sudah tahu tentang Maisarah Cuma Tengku Hamzan saja yang dikaburi oleh lakonan bondanya itu.
Setelah sampai ke lapangan terbang di US, mereka dijemput oleh dua buah kereta. PerjaLan  an ke kediaman istana milik kerabat Tengku Hamzan itu mengambil masa selama satu jam setengah. Rumah istana itu sangat gah berdiri di atas bukit yag ditumbuhi rumput menghijau. Mylia berasa kagum. Kediaman istana itu seolah-olah istana lama. Ada beberapa orang kerabat sedang berdiri di perkarangan dan setelah melihat kehadiran Tengku Hamzan, mereka semua menjeling ke arah  Mylia. Mylia senyum kepada mereka tetapi mereka kembali bersembang sesama mereka seolah-olah mereka tidak melihat kehadiran Mylia di situ. Mereka bersembang dalam bahasa Inggeris. Mylia cuba mendengar perbuaLan   mereka tetapi dia tidak faham.
Tengku Hamzan memimpin tangan Mylia masuk ke kediaman istana milik ayahnda Tengku Shahir. Mereka mendapat kamar di Lan   tai tiga. Tengku Hamzan membaringkan tubuhanya di katil. Badannya terasa penat setelah lama berada di dalam pesawat. Dia menepuk tempat kosong di sebelahanya, mengisyaratkam agar Mylia berbaring di situ. Mylia duduk di sebelah Tengku Hamzan. dia termenung.
“Dinda macam ada masalah je?” soal Tengku Hamzan. dia bangun lalu duduk di sebelah Mylia.
“Dinda takut dinda tak boleh sesuaikan diri dengan kerabat kanda”
Tengku Hamzan senyum. “Kalau rasa susah, jangan paksa diri dinda. Kanda tak kisah pun pasal ni” jelas Tengku Hamzan. dia cuba menggembirakan perasaan Mylia. Dia tahu bukan senang mahu bergaul dengan kerabatnya. Kebanyakannya, malah kesemuanya memiliki ciri-ciri atau secara genetiknye mempunyai keegoan dan kemegahan tentang diri sendiri. Sama juga dengan dirinya. Sangat berbeza dengan Mylia.
“Kalau rasa tak selesa nanti, selalu berada di samping kanda” pesan Tengku Hamzan lagi. Mylia berasa risau. Setelah melihat kerabat Tengku Hamzan yang sudahpun berkumpul semasa ketibaan mereka tadi, Mylia berasa tidak yakin dengan dirinya sendiri. Mereka semua macam Tengku Hamzan, berkeyakinan, bergaya dan sangat berbeza dengan dirinya. Mungkn dia tidak dapat menyesuaikan dirinya. Tetamu yang hadir juga sangat ramai. Pada fikirannya, Tengku Hamzan tidak memilik ahli kerabat yang ramai tetapi jangkaannya silap.
Pintu kamar diketuk. Mylia membuka daun pintu dan di luar pintu, seorang pembantu rumah lengkap beruniform sedang tercegat dengan membawa hidangan di tangannya.
Can I come in?” soal pembantu rumah itu.
Mylia mengagguk. Tengku Hamzan duduk di katil.
Food. Im starving. Why are you so late” keluh Tengku Hamzan.
Pembantu rumah lelaki itu meletakkan duLan  g di meja.
Sorry sir. Tengku Shahir ask for both of you to be at ball room at 7 today
“Ok” Tengku Hamzan mengangguk tanpa berpaling ke arah  pembantu rumah itu. Hidangan di hadapannya benar-benar membuatkannya lapar. Pembantu rumah itu kemudiannya meminta diri. Mylia menutup daun pintu.
“Sini dinda. Kita makan dulu sikit. Nanti dinner kat ball room lagi best” Tengku Hamzan memanggil Mylia duduk di hadapannya. Hidangan itu dijamu dengan berselera sekali. Sesekali dia menjeling ke arah Mylia yang hanya menguis-nguis makanan di pinggannya. Dia tahu Mylia risau.
Setelah selesai mandi, Mylia mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai untuk acara sebentar lagi. Beg pakaiannya dibuka dan Mylia mengeluarkan sehelai gaun yang pernah dipakainya semasa ke majlis sambutan syarikat Tengku Hamzan dahulu. Tengku Hamzan masih berbaring di katil. Katanya mahu berehat sebentar.
“Dah siap bersiram?” soal Tengku Hamzan. dia mengambil tuala dan disimpul di pinggangnya. Seluar slack hitamnya ditanggalkan. Mylia melarikan pandangannya, membelakangkan Tengku Hamzan. Tengku Hamzan menanggalkan t-shirtnya menampakkan dadanya yang sasa. Tengku Hamzan berjalan    ke arah  Mylia dan membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan gaun yang dibelinya sebelum bertolak ke sini.
I got something for you” gaun itu diserahkan kepada Mylia.
“Pakai ni je malam ni. Dress lama tu simpan. Tu kenangan pertemuan pertama kita” setelah menyerahkan hadiah itu, Tengku Hamzan ke kamar bersiram. Mylia mengenakan gaun itu ke badannya. Warnanya peach lembut sesuai dengan kulitnya yang putih kuning. Rambutnya dibiarkan lepas mengurai sesuai dengan umurnya yang masih remaja. Mylia melihat dirinya di cermin dan dia tersenyum puas. Pilihan Tengku Hamzan memang sesuai dengan dirinya. Tidak lama kemudian, Tengku Hamzan keluar dengan hanya bertuala. Rambutnya yang masih basah membuatkan dia kelihatan lebih seksi. Mylia melarikan pandangannya lagi. Tengku Hamzan sekadar senyum. Dia tahu Mylia malu dengan dia hanya berkedaan begitu. Tengku Hamzan mengenakan seluar ke badan. TuaLan  ya digunakan mengesat rambut. Dadanya masih lagi terbuka. Dia meLan  gkah ke arah  Mylia. Dia senyum melihat gaun yang dipilihanya sesuai dan sepadan di tubuh isterinya.
“Thanks, kanda”
Tengku Hamzan bergerak semakin dekat, “Cantik”
Mylia meLan  gkah ke belakang, cuba mengelak berada terlalu hampir dengan suaminya. Dada sasa Tengku Hamzan dikerling. Mylia meneLan   air liur. Dia segera melarikan pandangannya dari terus menatap dada bidang suaminya.
Tengku Hamzan mengeluarkan sesuatu dari briefcasenya. Kotak hitam berkain baldu itu dibuka di hadapan Mylia.
“Untuk dinda” satu set barang kemas bertatahkan berlian terserlah di pandangan Mylia. Dia terkejut. Matanya menatap wajah Tengku Hamzan. tangannya menutup mulutnya yang terlopong tidak percaya.
“Buat apa beli barang-barang mahal ni?”
“Dinda akan lukakakn hati kanda kalau dinda tak terima”
“Tapi, tapi mahal ni”
“Kanda dah pun beli. Kalau dinda tak terima, membazir juga”
Mylia menutup kotak hitam berkain baldu itu. Dia menatap wajah Tengku Hamzan. mereka bertentang mata. Mylia mencari keuatan dalam dirinya untuk bersuara. Perubahan sikap Tengku Hamzan benar-benar meragut ketenangannya. Bukan kerana dia tidak suka, tetapi dia berasa sangat selesa dengan perubahan ini. Dia merasakan dirinya disayangi dan sangat diperlukan oleh Tengku Hamzan tetapi dia tidak suka Tengku Hamzan menghabiskan wangnya dengan membeli hadiah yang mahal-mahal untuknya. Itu menyamakan dirinya dengan bonda. Jika dia tidak suka bonda meminta-minta wang Tengku Hamzan, sekarang dia juga mengambil dan menggunakan wang Tengku Hamzan. dia dan bonda sama sahaja. Dia tidak suka Tengku Hamzan memanjakannya dengan kemewahan.
“Dinda tak boleh terima”
Tengku Hamzan mencerun. Mata Mylia ditatap dalam-dalam. Ada tanda Tanya yang bermain di fikirannya.
“Dinda tak suka dengan pilihan kanda? Staf kat Tiffany tu kata ni latest collection”
“Bukan macam tu” Mylia mendekatkan dirinya kepada Tengku Hamzan. bimbang jika kata-katanya nanti melukakakn harga diri Tengku Hamzan, suaminya.
“Kanda tahu kan, cinta dinda pada kanda bukan kerana harta atau keayaan kanda” kerana terlalu hampir dengan Tengku Hamzan, lengan mereka bersentuhan. Mylia dapat merasakan degupan jantungnya semakin keras. Kedinginan kulit Tengku Hamzan turut terasa di kulitnya apabila mereka bersentuhan. Tengku Hamzan menatap wajah Mylia, pandangannya beralih ke arah  bibir isterinya. Mylia turut menatap wajah Tengku Hamzan. dada Tengku Hamzan yang masih terbuka luas berombak kencang. Nafas Mylia turun naik. Tengku Hamzan mendekatkan wajahanya. Mylia terpana, bagaikan dipacak dan tidak mampu bergerak. Dengan wajah Tengku Hamzan yang semakin mendekat, Mylia memejamkan matanya. Tengku Hamzan berhenti. Raut wajah yang ketakutan itu dilihat. Tengku Hamzan mengucup di dahi.
Mylia mungkin belum bersedia. Bukan salah isterinya, gadis  itu baru berusia belasan tahun. Tengku Hamzan senyum. Mylia membuka mata. Wajah Tengku Hamzan terpapar di pandangan setelah dia membuka mata. wajah itu hanya senyum.
Sekali lagi dahi Mylia dikucup secara mengejut. Tubuh Mylia dipusingkan membelakangkan Tengku Hamzan. Set barang kemas itu dipakaikan ke leher isterinya. Mereka melihat cermin. Mylia menyentuh rantai berlian itu.
“Hadiah kanda. Jangan menolak. Ingat, kanda tak pernah ditolak!” dalam nada bergurau, Tengku Hamzan menyampaikan satu pesanan tetapi Mylia merasakan itu satuarahan yang perlu dipatuhi.
Tengku Hamzan mengenakan persalinannya. Setelah semuanya lengkap, mereka ke Ball Room yang terletak di tingkat empat rumah kediaman istana itu. Mula-mula meLan  gkah ke dewan itu, Mylia terkejut. Dia tidak menyangka ruangan sebesar ini ada di rumah kediaman. Dewan itu sudah dipenuhi oleh ramai tetamu yang kesemuanya adalah kerabat keluarga Tengku Hamzan. dia mengekori Tengku Hamzan kemana sahaja suaminya pergi. Tiada sesiapapun di sini yang dikenalinya kecuali Tengku Anis, Megat Iskandar dan juga Tengku Aishah. Tetapi mereka bertiga tidak kelihatan. Mylia diam sahaja sepanjang majlis itu. Tengku Hamzan memperkenalkannya kepada kerabatnya. Mylia hanya senyum dan sesekali apabila Tengku Hamzan ketawa, dia turut ketawa walaupun dia tidak tahu mengapa suaminya ketawa. Mereka semua bertutur dalam bahasa Inggeris. Mylia meminta izin dari Tengku Hamzan untuk ke meja buffet. Dia mengisi beberapa juadah ke dalam piringnya. Tengku Hamzan dilihat sangat mesra bersama dengan sekelompok kerabatnya.
Keluarga Tengku Hamzan sangat ramai tetapi Mylia berasa sangat terasing. Dia duduk di sebuah kerusi sementara memerhatikan sekeliling. Dia tidak mahu kembali kepada Tengku Hamzan kerana dia berasa sangat bosan dengan hanya senyum dan ketawa tentang sesuatu yang tidak difahaminya.
“Hye!” tegur satu suara. Mylia berpaling ke arah  suara itu.
“So inilah orang kebanyakan yang dikahwini Tengku Hamzan” sambung lelaki itu.
“Siapa awak?”
“Awak?!” lelaki itu mempersendakan kata-kata Mylia. Barulah Mylia teringat yang Tengku Hamzan tidak pernah membahasakan awak atau saya dengan sesiapa pun kecuali Encik Johar. Mungkin kebisaaan ini adalah dari genetik keluarganya.
Mylia tidak mengendahkan lelaki itu.
“Aku Tengku Afsham” lelaki itu menghulurkan tangannya. Mylia berjabat tangan.
“Tak sangka taste Tengku Hamzan macam ni” Tengku Afsham terus memperlekehkan Mylia. Mylia marah  dirinya dihina sebegitu.
“Apa masalah awak sebenarnya?”
“Selama ini aku tertanya-tanya macamana taste Tengku Hamzan, ciri-ciri idaman pada seorang perempuan yang dicari-cari oleh Tengku Hamzan. malam ini  baru aku tahu. Gadis  kebanyakan. By the way, kau tahu kan perkahwinan kau dengan Tengku Hamzan tidak mendapat persetujuan kerabat kami?”
Mylia diam. Dia tidak pernah tahu akan hal itu. Sebelum perkahwinan mereka, Tengku Hamzan tidak pernah memberitahunya apa-apa.
Tengku Afsham gelak sinis, “Melihat reaksi kau, aku rasa Tengku Hamzan tak beritahu kau apa-apa”
“Tengku Shahir tidak mahu Tengku Hamzan mengahwini orang kebanyakan sepertimana yang dilakukan oleh Tengku Farid, ayahnda Tengku Hamzan. tetapi Tengku Hamzan berkeras dengan keputusannya untuk mengahwini kau. Keberanian Tengku Hamzan memang luar bisaa. Sebab tu aku respect Tengku Hamzan. Aku tertanya-tanya macamana rupa orang kebanyakan yang Berjaya mencairkan hati lelaki sedingin Tengku Hamzan dan malam ni aku mendapat jawapannya. Dan kau menghampakan aku”
“Saya tak kisah Tengku berkata buruk atau mengutuk saya, tetapi jangan mengutuk Tengku Hamzan di hadapan saya?”
“Kenapa? Kau belum tahu tentang tangan kanannya? Atau kau belum tahu tentang kecacatannya itu sebelum perkahwinan kau? Tengku Hamzan merahsiakannya sehingga selepas kau berkahwin dengannya?” Tengku Afsham tergelak sinis. Dia sengaja mahu menduga gadis  kebanyakan yang telah menjadi ahli kerabatnya itu. Sejauh manakah keikhlasan gadis  itu terhadap Tengku Hamzan, sepupunya.
Tengku Shahir naik ke atas pentas dan membuat ucapan untuk pasangan pengantin baru, Tengku Hamzan dan Mylia serta Tengku Anis dan Megat Iskandar. Semua tetamu memberi tepukan gemuruh. Mylia melihat ke arah pentas.
“Itu Tengku Shahir” Tengku Afsham memperkenalkan ayhndanya kepada Mylia.
“So, bagitahu aku, kau dah tengok tangan cacat Tengku Hamzan belum?” sambung Tengku Afsham lagi.
And now I would like to invite our new family members to give a wonderful performance  to all of us. Let share their talents
Telah menjadi kebisaaan kerabat ini untuk menjemput ahli keluarga baru membuat persembahan di hadapan semua kerabat keluarga. Mereka boleh bernyanyi atau bermain alat music. Bagi kerabat di raja, mereka dibesarkan dengan pelbagai kebolehan. Contohanya, Tengku Hamzan telah menguasai bahasa Korea, Jepun dan Kantonese pada usia 12 tahun. Pada usia 4 tahun, Tengku Hamzan sudah mahir bermain piano dan violin. Pada usia 17 tahun Tengku Hamzan sudah mendapat tali pinggang hitam dalam tae-kwan-do, mengusai permainan catur, polo, golf, dan menamatkan pengajian sekolah menengahanya di sebuah sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur. Kerabat Tengku Hamzan mengharapkan ahli keluarga baru mereka seperti mereka dari segi kebolehan dan kemewahan.
Kerana asyik bertikam lidah dengan Tengku Afsham, Mylia tidak menumpukan perhatian dengan ucapan dari Tengku Shahir.
And now please welcome, Mylia
Kerana Mylia sudah tiada di sisi, Tengku Hamzan tercari-cari isterinya.
Tengku Afsham berhenti membuat onar. Dia diam apabila semua orang melihat ke  arah mereka. Mylia baru menyedari yang dirinya menjadi perhatian semua orang yang berada di dewan itu.
“Pergilah. Tengku Shahir dah panggil”
“Kenapa?” Mylia tidak tahu apa-apa. Ucapan daripada Tengku Shahir tadi tidak diendahkan gara-gara Tengku Afsham.
“Kat atas stage ada banyak instrument. Pilih mana satu dan mainkan untuk kami”
“Kalau saya tak nak?”
“Jatuh air muka Tengku Hamzan”
Mylia berjalan    perlahan-lahan melewati semua orang untuk ke pentas. Setelah melihat Mylia yang sudah menghampiri pentas, Tengku Hamzan berjalan    agak cepat mengekori isterinya.
Mylia naik ke pentas. Dia mencari-cari Tengku Hamzan tetapi dalam keramaian itu, dia tidak dapat melihat wajah suaminya. Mylia duduk di kerusi yang tersedia di hadapan piano. Seorang pembantu naik ke pentas dan membetulkan mikrofon dan dihalakan ke arah  piano yang bakal dimainkan oleh Mylia. Tengku Hamzan berhenti betul-betul di hadapan pentas. Tengku Imran berdiri di sebelahnya.
“Em, emmmmm..saya tak berapa pandai main alat music” kerana diperhatikan oleh ramai orang dan semua orang yang sedang memerhatikannya itu adalah kerabat diraja dan mempunyai banyak kelebihan berbanding dirinya, keyakinan dirinya hilang. Malah bersuara pun menggeletar.
Dewan sunyi sepi. Semua menantikan persembahan Mylia. Mylia menekan satu keunci piano dan bunyinya bergema ke segenap ruang dewan. Mylia menarik nafas dalam-dalam dan keluhannya kedengaran keras di mikrofon sehingga semua orang ketawa. Dengan sekuat tenaga keunci-keunci piano itu ditekan dan dimainkan tanpa irama. Keunci-keuncinya ditekan sesuka hati. Iramanya membingitkan sehingga ada yang menutup telinga. Ramai terkejut dengan tindakan berani Mylia mempermain-mainkan mereka.
Tengku Hamzan tersenyum lucu. Tengku Imran terkejut dengan persembahan Mylia tetapi senyuman yang terukir di wajah anaknda Tengku Hamzan membuatkan Tengku Imran bertambah kaget. Sudah lama tidak melihat wajah itu tersenyum. Sejak kematian Tengku Farid, Tengku Hamzan tidak lagi gembira. Anakndanya itu disayangi seperti anaknda sendiri. Tengku Hamzan mengundang rasa simpati kepada semua kerabat keluarga. Anak tunggal Tengku Farid itu tidak mempunyai nasib yang baik, setelah ayahndanya mengahwini Maisarah , Tengku Hamzan banyak menderita dan begitu juga dengan bondanya, Tengku Rusnah.
Tengku Hamzan naik ke pentas. Lengan Mylia ditarik mengejut. Mainan piano turut terhenti. Mylia berasa malu. Dia telah memperbodohkan dirinya sendiri. Mylia melihat ke arah Tengku Hamzan dan kemudian dia melihat ke arah para tetamu yang sedang memerhatikan mereka. Genggaman Tengku Hamzan masih kukuh di lengannya. Tengku Afsham juga agak terkejut dengan perbuatan Tengku Hamzan yang meluru naik ke pentas untuk menghentikan Mylia.
Tengku Hamzan menarik Mylia mengekorinya. Dia mengambil mikrofon.
Thanks for this celebration”. Tetamu kembali diam setelah mendengar Tengku Hamzan bersuara. Mylia masih lagi terpinga-pinga.
Perbuatan Tengku Hamzan membuatkan dia berasa seperti dia diselamatkan dari titian yang sedang bergoyang. Kehadiran Tengku Hamzan menyelamatkannya dari terus dimalukan. Tengku Hamzan datang sewaktu dia memerlukan tempat untuk berpaut, berpegang dan bersandar. Dia kuat untuk melawan Maisarah  tetapi dia lemah apabila berhadapan dengan ratusan keluarga Tengku Hamzan yang menganggapnya perampas harta dan keayaan suaminya sendiri. Dia dipandang rendah hanya kerana dia dan Tengku Hamzan tidak sekufu, hanya kerana dia orang kebanyakan.
I apologize on behalf of my wife, Mylia, Nur Amylia binti Shahbudin” Tengku Hamzan memandang ke belakang, ke arah Mylia. Tangannya menggenggam tangan Mylia.
I can play piano on behalf of her. Please let me” kata-kata Tengku Hamzan itu membuatkan para tetamu kembali berbicara. Masing-masing pelik dengan kata-kata Tengku Hamzan kerana Tengku Hamzan tidak mungkin dapat bermain piano dengan keadaan tangan kanannya. Tengku Afsham agak terkejut. Dia bergerak ke depan, agak hampir dengan pentas.
Tengku Hamzan duduk di kerusi. Mylia berdiri di sebelahanya. Tangan kirinya mengangkat tangan kanannya ke atas keunci piano. Dentingan bunyi yang dihasilkan kerana hempasan tangan kanan itu bergema. Mylia berasa khuatir. Tengku Hamzan kelihatan memaksa diri.
“Kanda” panggil Mylia.
“Kanda boleh buat. Dinda tengok ye”
Tengku Hamzan memulakan irama piano yang dimainkan dengan tangan kirinya. Irama permulaan itu hanya memerlukan pergerakan sebelah tangan tetapi apabila irama itu mula masuk ke tempo korus, irama piano berhenti. Tangan kanannya tidak mampu bergerak, apatah lagi mahu menekan keunci piano. Mylia tidak sanggup lagi melihat Tengku Hamzan memaksa dirinya.
Tengku Hamzan menguLan  gi irama permulaan yang dimainkan dengan menggunakan tangan kiri tetapi seperti tadi, irama itu berhenti apabila ia memerlukan pergerakan tangan kanan. Rintik peluh mula menitik di dahi lalu jatuh ke jari-jemarinya. Tangan itu tidak mampu digerakkan. Tengku Hamzan mencuba sedaya upaya. Demi Mylia, demi menebus kesalahannya terhadap Tengku Imran, dan seluruh kerabat keluarganya, Tengku Hamzan harus menggerakkan jari-jarinya. Seluruh tenaganya dikerahkan hanya untuk menggerakkan jari-jari itu. Tengku Hamzan menguLan  gi irama permulaan untuk kali ketiga dan seperti tadi apabila sampai ke irama korus, dia berhenti. Dewan masih lagi sunyi sepi. Semua orang mengharapkan keajaiban yang berlaku.
Tengku Hamzan menekan kunci piano yang berada di bawah jari tengahnya. Dentingan bunyi itu mengejutkan semua orang. Tengku Hamzan menekan satu lagi kunci piano di bawah jari hantu dan dentingan kedua kedengaran. Mylia menerpa Tengku Hamzan. dia menundukkan dirinya dan berbisik ke  arah Tengku Hamzan.
“Sudahlah kanda, jangan memaksa diri kanda” air mata Mylia menitis ke tangan kanan Tengku Hamzan. Tengku Hamzan melihat ke arah Mylia. Pipi isterinya itu basah dengan air mata. Tengku Hamzan bangun dan mencapai mikrofon.
“What a nonsence, why am I still thinking that I can play” Tengku Hamzan cuba tersenyum. Dia memimpin tangan Mylia dan mereka keluar dari dewan itu.
Mylia membuka daun pintu kamar dan membiarkan Tengku Hamzan masuk terlebih dahulu. Daun pintu itu ditutup rapat. Tengku Hamzan duduk di sofa. Mylia berasa sangat bersalah kerana telah memalukan Tengku Hamzan di hadapan seluruh kerabat keluarganya.
Kedengaran, bunyi sexaphone yang sedang dimainkan.
“Mungkin Megat Iskandar sedang buat persembahan” Tengku Hamzan bersuara memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
Sorry kanda” Mylia terus duduk di sebelah Tengku Hamzan lalu mencium tangan suaminya.
“Dah berapa kali kanda cakap jangan menundukkan diri dinda” Tengku Hamzan cuba melarikan topik perbuaLan  .
“Tadi semasa berbisik. Bukan ke dinda menunduk?” sambung Tengku Hamzan lagi.
Mylia diam. Dia tahu Tengku Hamzan bukan mengkhuatirkan masalah itu. Dia tahu kesilapannya telah menyusahkan Tengku Hamzan.
“Maafkan dinda”
“Tak ada apa-apa untuk dimaafkan. Jangan selalu minta maaf. Kanda tak pernah minta maaf dengan sesiapa pun. Jadi dinda pun sama”
Tengku Hamzan bangun. “Kanda bersiram dulu” dia menghilang ke dalam kamar mandi. Mylia membersihkan solekan di wajahanya. Barang kemas pemberian dari Tengku Hamzan disimpan ke tempat asal. Setelah Tengku Hamzan selesai, Mylia masuk ke kamar mandi. Dia keluar setelah selesai bersiram dan Tengku Hamzan dilihat sedang termenung di balkoni kamar. Mylia keluar menyertai suaminya.
“Kanda harap, Mylia tak menyesal kahwin dengan kanda” kata Tengku Hamzan secara tiba-tiba.
“Dinda tak pernah menyesal”
“Buat pertama kali, tangan kanan kanda dapat digerakkan. Kalau bukan sebab malam ni, kanda takkan tahu sampai bila-bila yang tangan kanan kanda boleh bergerak” sambung Tengku Hamzan lagi.
Mylia diam.
“Apa yang berlaku malam ni, bukan hanya kesedihan. Dinda jangan berasa tidak yakin atau rendah diri. Dinda patut tahu yang kanda tak pernah jatuh hati pada sesiapapun kecuali dinda. Dinda adalah wanita yang terbaik yang pernah kanda jumpa. Dan malam ni, kanda dah buktikan pada semua kerabat keluarga kanda yang dinda adalah wanita yang paling baik untuk kanda”
Air mata Mylia bergenang. Sikap Tengku Hamzan berbeza sekali hari ini. Tengku Hamzan menghampiri Mylia, air mata isterinya diseka perlahan.
“Kanda tak suka lihat dinda sedih. Jangan menangis”
“Maafkan dinda” Mylia mengambil tangan kanan Tengku Hamzan lalu mengucup lembut. Tangan itu dikucup berkali-kali. Dia menyayangi dan menyintai Tengku Hamzan dan perasaan itu termasuk menerima keurangannya itu.
“Mylia” Tengku Hamzan melepaskan tangan Mylia. Dia tidak suka menerima simpati daripada orang, termasuk Mylia. Dia tidak suka orang mengasihaninya kerana kecacatan tangan kanannya.
“Jangan sebab perasaan bersalah, dinda memaksa diri”
Mylia menggeleng, “Dinda sayangkan kanda. Dinda terima kanda seadanya”
“Jangan nak ungkit pasal tangan cacat kanda”
“Kecacatan kanda sebahagian dari kanda. Kanda tak boleh menepis kenyataan itu”
“Berani dinda cakap begitu pada kanda!”
“Dinda berani sebab dinda tahu apa yang dinda cakap ni benar. Dan dinda nak kanda tahu yang dinda tak kisah. Dinda cintakan kanda seadanya”
“Apa yang dinda tahu pasal cinta? Dinda masih mentah”
Mylia diam.
“Kanda cintakan dinda. Itulah sebabnya kanda mengambil keputusan mengahwini dinda. Kanda tak nak dinda jatuh ke tangan lelaki lain. Dan sebab umur dinda yang masih mentah, kanda bagi dinda masa” akhirnya Tengku Hamzan bersuara tentang perasaannya.
Pertama kali Mylia mendengar ungkapan cinta dari Tengku Hamzan semasa dia memerangkap suaminya dulu. Tetapi sekarang ini, Tengku Hamzan melafazkan sendiri ungkapan itu dengan keikhlasannya jelas terpancar pada raut wajah.
Mylia mendekatkan dirinya ke arah Tengku Hamzan. tangan kanan Tengku Hamzan dipaut. Wajahanya didekatkan ke arah  wajah Tengku Hamzan. Tengku Hamzan melihat Mylia di hadapannya.
Mylia senyum, “Dinda juga, cintakan kanda” Mylia memejamkan matanya. Tengku Hamzan merapatkan wajahanya ke wajah Mylia. Tangannya mengandalkan kepala Mylia. Bibirnya didekatkan ke bibir isterinya. 

No comments:

Post a Comment