Bab 10
Mylia masih tidak menjawab
telefonnya. Sejak pagi tadi dia terus menghubungi Mylia tetapi tiada sebarang
jawapan. Tengku Hamzan mula bimbang. Mungkinkah Mylia merajuk kerana hal
semalam. Apakah Mylia marah dengan keputusannya semalam? Semalam Tengku Hamzan hanya mengiktiraf Mylia
sebagai keasihanya, gadis itu belum lagi
mendengar keputusan yang baru diambil sejak pukul enam pagi tadi. Tengku Hamzan
nekad untuk mengahwini Mylia. Bercinta lama-lama pun apa gunanya. Lambat laun
mereka akan berkahwin juga. Apa salahanya jika mereka bercinta setelah
berkahwin, barulah perkahwinan itu lebih manis. Lagipun, dia mencintai Mylia
dan tak sanggup jika Mylia jatuh ke tangan lelaki lain. Setelah melakukan solat
istikh arah , Tengku Hamzan lebih yakin
dengan keputusannya. Mylia adalah gadis yang muncul di dalam mimpinya.
Mylia mengikut Fuad dan dia dibawa
ke sebuah tempat yang agak asing baginya. Perjumpaan dengan Maisarah hari ini
tidak dijangka. Kebisaaannya segala urusan akan dilakukan oleh Fuad, sebagai
wakil, tetapi hari ini Maisarah datang sendiri berjumpa dengannya. Pasti ada
sesuatu yang agak penting.
Mylia turun dari kereta dan berjalan
ke
arah Maisarah . Keadaan di puncak bukit itu agak sunyi. Mylia
sendiri tidak tahu di manakan destinasi mereka bertiga saat ini. Matanya
ditutup oleh Fuad sebelum ke sini. Tiada kereta yang lalu laLan g di kawasan itu. Mylia mula befikir yang
bukan-bukan. Kalaulah sesuatu yang buruk terjadi kepadanya, pasti di sangat
sukar meminta tolong. Mylia berlagak berani.
“Ini kontrak kau, ini wang upah
kau. Semuanya berjumlah seratus ribu seperti yang aku janjikan. Kerja kau sudah
selesai”
“Apa maksud semua ni, puan?” soal Mylia.
“Kerja kau sudah selesai” Maisarah tidak
memerlukan khidmat Mylia lagi kerana dia sudah memastikan yang perkahwinan
Tengku Anis dengan Tengku Hamzan sudah dibatalkan. Tengku Imran juga telah
mengatakan ingin berjumpa dengan Megat Iskandar, keasih Tengku Anis. Maisarah tidak
memberitahu perkara ini kepada Mylia. Dia tidak perlu tahu hal sebenar.
“Kau tak perlu tahu apa-apa lagi.
Kerja kau dah selesai dan ini upah kau. Aku nak kau tinggalkan Tengku Hamzan
mulai hari ini. Jangan hubungi kami lagi dan dengan duit ini kau boleh
melarikan diri ke mana saja. Aku tak nak tengok muka kau lagi di KL. Faham?”
“Tapi puan, macamana dengan Tengku
Hamzan. Dia sangaka saya benar-benar cintakan dia?”
“Biarkan. Kau berambus saja”
“Tapi puan, macamana kalau Tengku
Hamzan salah faham tentang saya? Saya tak bermaksud mahu melukakakn hati dia.
Saya buat begini sebab, sebab puan cakap Tengku mungkin jatuh ke perangkap gadis
yang gilakan hartanya. Tengku
benar-benar sukakakn saya, tetapi saya telah menghancurkan harapannya” Mylia
menyatakan rasa kesalnya.
“Kau cintakan Tengku?”
Mylia segera menggeleng.
“Kalau begitu kau jangan risau, aku
dah uruskan segala-galanya”
“Kalau Tengku ada bertanya tentang
saya, Puan tolong katakan yang saya berniat baik”
Tengku Imran baru sahaja membuat
satu panggilan telefon kepada Tengku Hamzan untuk memberitahu
hasratnya bagi meneruskan perkahwinannya dengan Tengku Anis.
Tengku Hamzan marah. Telefon
pejabatnya dihempaskan ke Lan tai. Bunyi
dentuman itu mengejutkan Suraya dan beberapa orang pekerja lagi. Tengku Hamzan
mendail nombor telefon Mylia tetapi panggilan nya itu tidak berjawab.
“Bodoh perempuan ni!” marah Tengku
Hamzan. Telefon bimbitnya juga menjadi alat amukan Tengku Hamzan. Tengku Anis
meluru masuk ke dalam bilik pejabat Tengku Hamzan tetapi sempat dihalang oleh
Suraya. Tengku Anis juga turut terkejut apabila mendengar berita yang baru
dikhabarkan oleh ayahndanya. Tengku Anis mencerun memandang Suraya, dia tidak
berkata apa-apa tetapi Suraya faham benar apabila Tengku Hamzan mengamuk, dia
mempunyai pandangan yang sama seperti pandangan Tengku Anis saat ini. Dibiarkan
sahaja Tengku Anis masuk ke bilik Tengku Hamzan.
Tengku Anis diam sahaja melihat
keadaan bilik Tengku Hamzan yang sudah berselerak. Tengku Hamzan berdiri di
belakang mejanya.
“Kenapa ayahnda tiba-tiba berubah
fikiran?” soal Tengku Hamzan kepadaTengku Anis. Suaranya kasar dan bengis.
“I want to ask the same question to you. Bukan ke ayahnda dah
bersetuju dengan perbincangan yang lalu untuk bertemu dengan Megat Is. Adinda
dah bertemu dengan keluarga Megat dan mereka pun telah bersetuju. Hujung minggu
ni, adinda sudah mengajak Megat ke rumah tetapi tiba-tiba ayah memutuskan
perkahwinan kita akan berLan gsung juga.
Macamana ni kanda” Tanya Tengku Anis.
“I don’t know. You should ask your father” Tengku Hamzan memalingkan
tubuhanya menghadap Tengku Anis. Mereka berdua kemudiannya duduk di kerusi yang
bertentang. Masing-masing mengeluh tidak puas hati. Mereka berdua diam seribu
kata, cuba
memikirkan jaLan penyelesaian terbaik untuk semua pihak.
Mylia tidak terus ke rumah kerana
hari masih awal. Setelah dihantar oleh Fuad dia berjalan ke
arah gerai yang didirikan oleh adiknya
di sebuah lorong yang agak jauh dari perumahan mereka. Setiap hari, mereka akan
memilih tempat yang berlainan untuk berniaga bagi mengelakkan ditangkap oleh
pihak polis. Mereka pernah dikejar oleh pihak polis tetapi berjaya
menyelamatkan diri. Sehari selepas itu mereka tetap berniaga kerana itulah
punca pendapatan mereka adik-beradik. Bukannya tidak mahu berhenti tetapi
mereka tidak ada peluang untuk mencari pekerjaan yang baik. Mylia tidak sempat
menghabiskan pengajian sekolah menengahanya dan Khairul pula hanya berumur 15
tahun. Adik lelakinya itu sudah tidak mahu bersekolah kerana bimbang akan
membebankan kakaknya. Bukannya Mylia bersetuju dengan tindakan Khairul berhenti
sekolah tetapi kerana masalah disiplin yang sengaja diciptakan oleh Khairul,
akhirnya adik lelakinya itu dibuang sekolah. Kini mereka bergantung antara satu
sama lain untuk hidup.
Mylia membantu menjual DVD kepada
beberapa orang peLan ggan. Kerana awan
hitam dan hujan yang renyai-renyai, mereka bedua terpaksa berkemas awal sebelum
hujan turun mencurah-curah. Kalau tidak sempat berkemas, semua DVD itu akan
rosak dan mereka akan mengalami kerugian. Mylia memasukkan DVD ke dalam sebuah
beg plastik besar dan dimasukkan ke dalam dua buah beg sandang. Mereka berjalan
pulang.
Hujan akhirnya turun dengan lebat. Mylia dan Khairul terpaksa menunggu di kaki lima sehingga hujan mula
reda. Mylia bediri sementara menunggu Khairul masuk ke dalam kedai runcit untuk
membelikan mereka air. Setelah dia keluar mendapatkan kakaknya, Mylia sedang
duduk terbungkuk dengan kedua-dua tanngannya melingkari wajah.
“Kenapa ni kak?” soal Khairul
cemas.
Air mata berjujuran keluar menitis
dan membasahi bumi sepertimana hujan yang jatuh dari Lan git dan menghempap bumi. Mylia diam tetapi
tangisannya belum berhenti.
Maisarah menerima panggilan dari
seseorang. Perkara yang disampaikan oleh anak buahnya itu sangat
mengejutkannya. Maisarah jadi marah. Fuad ditengkingnya. Dia mengarahkan Fuad
untuk segera membawanya berjumpa dengan Tengku Imran. Fuad memandu kereta
Mercedes Merah ke pejabat Tengku Imran yang terletak tidak jauh dari pejabat Tengku
Hamzan. Kedatangan Maisarah ke pejabat tengku Imran mengejutkan semua staf. Ada yang berbisik-bisik
mengumpat di belakang Maisarah . Ada yang menjangkakakn peperangan
dunia ketiga bakal berlaku. Kehadiran Maisarah ke pejabat Tengku Imran tidak
pernah membawa maksud atau niat yang baik. Pasti akan berlaku pertengkarana
antara keluarga di pejabat ini nanti. Maisarah meluru masuk ke dalam bilik
tengku Imran. Dia menghempapkan beg tangannya ke atas meja, Tengku Imran
kelihatan agak tenang.
“I did not expect you to come this early”
“Apa niat kau untuk teruskan
perkahwinan Tengku Hamzan?”
“Nothing personal.. Nasib baik kau maklumkan aku pasal niat jahat
kau tu dan aku terpaksa ambil tindakan ini untuk mengelakkan harta Tengku
Hamzan jatuh ke tangan kau”
“Kau silap kalau kau sangka kau dah
menang. The show just started and don’t
regret if anything happened beyond your expectation. Kau yang memaksa aku
mengambil tindakan seterusnya. Aku ingat permainan akan tamat tanpa menumpahkan
darah sesiapa. Kau bersedia, Tengku Imran!” ugut Maisarah .
“Kau jangan ingat hanya kau yang
sanggup membunuh. Aku sanggup membunuh jika kau sentuh ahli keluarga aku
termasuk Tengku Hamzan. Aku takkan biarkan kau hancurkan hidup anaknda Tengku
Hamzan setelah kau hancurkan hidup kanda Tengku Farid dan Tengku Rusnah. Kau
fitnah Tengku Rusnah sampai Tengku Hamzan membenci bondanya sendiri. Kau bukan
manusia. Kau syaitan yang bertopengkan manusia!”
“Thanks for your complement. Tapi aku takkan berdiam diri selagi
harta Tengku Hamzan tidak jatuh ke
tanganku. Kau tengok apa yang aku mampu lakukan”
No comments:
Post a Comment