Bab 48
Maisarah lega setelah menerima panggilan
daripada Fuad mengatakan yang masalahnya
berkaitan dengan Othman dan Kamil telahpun Berjaya diuruskan. Sekiranya dua
orang pekerja Tengku Hamzan itu tertangkap pasti mereka akan mengheret dia
sama. Nasib baik Fuad telah menyelesaikan urusan itu. lelaki itu terlalu banyak
berjasa kepadanya.
Maisarah bangun dari katil dan
menuju ke kamar mandi. Dia membawa bersama pregnancy kit test yang dibeli oleh
salah seorang pengawal peribadinya semalam. Alat itu digunakan. Ia berfungsi
dengan menguji kehadiran hormone HcG yang hanya dihasilkan pada saat awal
kehamiLan dan akan dieksresi keluar dari tubuh melalui
urin. Maisarah bimbang sekiranya dia mengandung.
Sudah dua buLan haidnya tidak dating dan dia juga ada merasa
tidak enak badan beberapa minggu kebelakangan ini.
Tengku Hamzan tiba-tiba mengajak
Mylia dan Tengku Nadhirah berkunjung ke kediaman istana Tengku Imran. Mylia
bersetuju kerana dia juga sudah lama tidak berjumpa dengan ahli kerabat
suaminya itu, sejak dia kembali ke pangkuan suaminya, dia belum sempat lagi
bertemu dengan mereka kecuali dengan Tengku Imran kerana ayahnda suaminya itu
ada berkunjung ke pejabat tempohari.
Mereka sampai ke kediaman istana
Tengku Imran pada waktu tengahari. Tengku Nadhirah sangat gembira apabila dapat
bertemu dengan sepupunya. Mereka berdua bermain-main di perkarangan.
Mylia dan Tengku Hamzan duduk di
ruang tamu ditemani oleh Tengku Imran dan Tengku Aisyah. Tidak lama kemudian
pembantu rumah dating dengan menatang air the untuk tetamu-tetamu majikannya.
“Macamana dengan syarikat
anaknda? Kamil dengan Othman tu dah ditangkap ke?” soal Tengku Imran. Berita
tentang penyelewengan wang syarikat Tengku Hamzan telah diketahui oleh seluruh
rakyat Malaysia kerana tersiar daam berita semalam.
“Lewat malam semalam, kami ada
terima panggilan dari inpektor yang menguruskan kes itu, katanya
Othman dan Kamil telah melarikan diri”
“Astagfirullahalazim. Bonda tak
sangka Othman sanggup buat macam tu. Dia dah kerja di syarikat anaknda sejak
zaman Tengku Farid lagi” Tengku Aishah menyampuk. Ada riak simpati kepada
anakndanya itu. satu-satu masalah yang menimpa Tengku Hamzan. Anakndanya itu
sangat cekal menempuh segala dugaan yang dating sehinggakan dia mendoakan agar
Tengku Hamzan tidak mudah putus asa.
“Hati orang bonda. Rambut sama
hitam tapi hati lain-lain” Mylia menyampuk. Dia melihat ke arahTengku Hamzan.
Suaminya itu kelihatan sangat tidak bermaya. Penat agaknya.
“Macamana boleh tertangkap?” kali
ini Tengku Iman pula yang bersuara.
“Adinda yang menemukan dokumen
kewangan syarikat. Sepandai-pandai tupai melompat akhirny jatuh ke tanah juga.
Sampai bila dia orang pLan nak menipu anaknda? Nasib baik Mylia sempat
menemukan bukti kejahatan mereka sebelum mereka terus menerus menyeleweng wang
syarikat”
“Dia orang bekerja sendiri atau ada
daLan g di sebalik semua ni?” soal
Tengku Imran secara tiba-tiba.
Tengku Hamzan agak terkejut
mendengar pertanyaan itu. tidak pernah terlintas di fikirannya yang mereka
berdua itu mungkin bekerja untuk orang lain. Pertanyaan dari ayahndanya itu
membuatkan Tengku Hamzan tertanya-tanya sendiri.
Tengku Imran sengaja mahu membuka
mata Tengku Hamzan terhadap keberadaan sebenar orang-orang di sekitarnya, bukan
semua orang berhati baik seperti sangkaannya. Contohnya bonda tirinya sendiri, Maisarah
sentiasa mencari peluangmahu merampas harta-hartanya tetapi Tengku Hamzan
sendiri tidak sedar hakikat itu. Mylia, isterinya sendiri pernah
meninggalkannya dulu dan kini tiba-tiba kembali. Pasti ada udang di sebali
batu. Tetapi dia belum dapat mencaritahu lagi apakah muslihat sebenar Mylia.
Mylia menjeling ke arahtengku
Imran, dia sependapat dengan Tengku Imran yang perbuatan penyelewengan duit
syarikat itu bukan hanya dilakukan oleh Othman dan kamil tetapi ada seseorang
yang menjadi daLan g, seseorang yang
mempunyai kuasa yang tinggi sehingga dua orang pekerja kesayangan Tengku Hamzan
itu berani melakukan perbuatan itu.
“Sabar anaknda. Ni semua ujian dari
Allah. Anaknda banyak-banyaklah berdoa, mohon diberkati dalam segala hal. Bonda
tengok, anaknda selalu sahaja ditimpa masalah yang tak pernah berhenti.
Sama-samalah kita berdoa agar ujian ini akan segera behenti. Sgala apa yang
berlaku itu pasti ada hikmahnya” Tengku Aishah berbicara.
Mylia dan Tengku Imran diam.
“Anaknda pun harap-harap begitu,
bonda” Tengku Hamzan menjawab. Suaranya tetap kedengaran lemah. Semangatnya
telah hilang. Dia masih lagi bersedih atas apa yang menimpa syarikatnya.
Mylia sengaja mencari peluang untuk
berbicara dengan Tengku Imran. Saat dia melihat tengku Imran sedang membaca
buku di laman hadapan, dia menghampiri bapa saudar suaminya itu. tengku Imran
terkejut apabila melihat Mylia mampir kepadanya.
“Anaknda ada hal sedikit mahu
berbincang dengan ayahnda” beritahu Mylia lalu dia menarik kerusi bertentangan
dengan Tengku Imran. Tengku Imran mengangguk. Buku yang dibacanya diletakkan di
meja.
“Ada apa?” sebenarnya tengku Imran keok
berbicara dengan isteri akandanya itu. maklumlah gadis itu juga dari golongan
kebanyakan. Setiap kali melihat Mylia dia akan terfikirkan Maisarah , wanita yang paling dibencinya. Latar
belakang mereka berdua sama iaitu dari golongan kebanyakan. Tetapi tengku Imran
cuba untuk memaniskan muka, dia tahu, Mylia belum layak dibenci kerana gadis
itu belum diketahui lagi hatinya. Walaupun mereka Maisarah dan Mylia dari latar
belakang yang sama, tetapi Tengku Imran masih lagi berharap agar isteri
anakndanya itu tidak seperti Maisarah .
“Anaknda nak pastikan sesuatu. Tadi
semasa kita semua sedang berbual, ayahnda ada menyebut andainya ada mastermind
di sebalik penyelewengan syarikat kanda Tengku Hamzan”
“Memang ayahnda ada sebut, tapi
kenapa anaknda nak tahu”
“Anaknda nak pastikan, adakah kita
di pihak yang sama” beritahu Mylia.
Tengku Imran semakin tertarik
dengan perbuaLan mereka ini. mungkin inilah peluangnya untuk
dia lebih menggali dan mencuri peluang untuk lebih tahu tentang gadis
kebanyakan yang sedang duduk di hadapannya itu.
“Apa maksud anaknda?” tengku Imran
sengaja bermain-main dengan situasi ijni. Dia cuba berpura-pura tidak faham.
“Anaknda berterus terang sahaja.
Kanda Tengku Hamzan mungkin tidak nampak haikat yang sebenar, tapi anaknda
sangat pasti yang Othman dan Kamil bukan bekerja sendiri. Ada mastermind di
sebalik kes ini. dan anaknda syak Maisarah
”
Tengku Imran terdiam. Selama ini,
gadis itu dilihat sebagai seorang kebanyakan yang mata duitan, yang berkahwin
dengan Tengku Hamzan hanya kerana wang ringgit dan harta tetapi Mylia lebih
daripada itu. gadis ini ibarat Maisarah ,
Bijak! Dan berani!
“Ayahnda berpendapat yang sama?”
soal Mylia.
Tengku imran mengangguk. “Tapi
ayahnda tidak ada bukti untuk mengaitkan Maisarah dalam kes ni”
Mylia terdiam. Dia akan menarik
Tengku Imran ke pihaknya. Dia sangat memerlukan bantuan bapa saudara suaminya
itu.
“Maisarah akan hapuskan bukti
sebelum kita sempat mencarinya. Anaknda ada idea yang lebih bagus tapi anaknda
perlukan bantuan ayahnda”
…………………………………………
Setelah menghantar kamil dan Othman
ke sebuah helicopter, Fuad membuat satu pangggiLan telefon kepada seseorang.
“After you cross the border of
Malaysia ThaiLan d. Kill them. Your
money will be deposited after you finish the job. Send me pictures of their
dead body” talian itu segera dimatikan. Panggilan tadi
dibuat kepada seorang co-pilot yang mengemudi helicopter yang membawa kamil dan
Othman keluar dari Negara Malaysia. Fuad berjalan ke
arahkeretanya dan masuk ke dalam perut kereta. Dia mendail nombor seseorang.
“Sejam lagi, kau buat kerja kau”arah
Fuad. Talian itu juga segera dimatikan.
Panggilan itu
pula dibuat kepada seorang anak buahnya yang telah ditugaskan untuk menghantar
emel kepada ahli keluarga kamil dan Othman memberitahu yang mereka akan
melarikan diri ke luar Negara untuk mengelakkan diri daripada ditangkap oleh
pihak polis. Dia juga disuruh untuk memasukkan sejumlah wang puluhan ribu ke
dalam akaun isteri Othman dan kamil. Fuad menghidupkan enjin kereta dan memandu
meredah jaLan yang kecil dan bersemak itu.
No comments:
Post a Comment