Tuesday, August 7, 2012

tengku 25,26


Bab 25

Semenjak Mylia mengandung, beberapa minggu selepas itu Tengku Hamzan ke Jepun untuk menyelesaikan masalah yang tergendala sewaktu dia buru-buru pulang ke Malaysia dulu. Setelah itu dia membatalkan semua rancangan ke luar Negara. Dia khuatir akan keselamatan Mylia semasa ketiadaanya. Semasa berada di dalam pesawat, Tengku Hamzan tidak betah duduk apabila teringatkan yang Mylia sedang sakit di rumah. Sebab itulah dia berjanji kepada Mylia yang dia tidak akan meninggalkan Malaysia sepanjang tempoh kehamiLan  . Lebih-lebih lagi sekarang ini. Mylia telah sarat mengandung tujuh buLan   dan mereka berdua sudah bersedia dengan nama untuk anaknda mereka yang bakal lahir nanti. Pemilihan nama dilakukan sejak kandungan Mylia berumur baru tiga buLan  . Tengku Hamzanlah yang beriya-iya mencari nama untuk anaknda mereka. Tetapi setiap kali perbincangan tentang nama yang sesuai setiap kali itulah Tengku Hamzan memutuskan nama yang berbeza-beza. Dia seperti merasakan semua nama yang dicadangakannya sangat cantik dan kadang-kadang Tengku Hamzan terlelap dengan buku ‘Pilihan Nama-Nama Indah dalam Islam untuk SiKecil’ di tangannya. Tengku Hamzan sangat teruja dengan kehadiran ahli keluarga baru yang dijangkakakn pada buLan   Ogos tahun ini. Tengku Hamzan selalu pulang kerja awal dan masanya di rumah dihabiskan bersama-sama Mylia. Mylia dapat merasakan yang Tengku Hamzan akan menjadi ayahnda yang baik. Dia turut gembira apabila Tengku Hamzan selalu berada di sampingnya.
Maisarah sangat marah apabila mengeahui berita tentang kandungannya. Mylia lebih berhati-hati jika Tengku Hamzan ke pejabat. Dia bimbang jika Maisarah mengambil peluang semasa ketiadaan Tengku Hamzan untuk mencederakannya dan juga anak dalam kandungannya. Sejak beberapa buLan   sebelum ini terutama setelah mengetahui dia mengandung, Maisarah  tidak sering-sering keluar. Masanya banyak dihabiskan di rumah istana. Mylia tidak merasakan itu kebetuLan   sebaliknya dia dapat merasakan yang Maisarah  merancangkan sesuatu tanpa pengetahuannya. Mungkin setelah mengetahui Mylia mengandung, Maisarah  sudah tidak mempercayainya lagi dan Maisarah  tidak lagi menyuruh Mylia berjumpa dengannya. Mungkin benar Maisarah sudah tidak mempercayainya dan mungkin ini adalah berita gembira apabila Maisarah tidak lagi menyuruhanya melakukan itu dan ini tetapi ini juga menandakan yang dia sudah tidak mengetahui rancangan Maisarah  . Mylia khuatir jika Maisarah merancang mencederakan anak dalam kandungannya dan Mylia yakin yang Maisarah memang memikirkan hal itu memandangkan zuriat Tengku Hamzan yang dikandungnya ini akan menjadi batu penghalang kepada impian Maisarah  .
Mylia menerima panggilan   telefon daripada Tengku Hamzan. Tengku Hamzan bertanyakan keadaan Mylia sepanjang peninggaLan  nya ke pejabat awal pagi ini.
“Kanda, kanda baru tinggalkan rumah istana ni dalam masa..”
Mylia melihat jam tangannya dan mengira masa yang diambil oleh Tengku Hamzan sejak dia keluar dari rumah sehinggalah ke saat dia menelefonnya kini, “Dua jam, 20 minit dan 4 saat”
“Kanda rindukan dinda”
“Nak dinda ke office kanda?”
“Eh, jangan. Bahaya”
“Dinda bosan duduk di rumah”
“Rehat saja di rumah. Ingat pesan kanda. Jangan ke office. Nanti kalau apa-apa terjadi pada dinda, kanda akan salahkan diri kanda!”
“Ok. Tapi kanda tak boleh kurung dinda macam ni. Dinda nak keluar boleh?” semenjak mengandung, dia sudah jarang keluar. Tengku Hamzan selalu melarang. Kalau dulu ke pejabat boleh tetapi kini sudah tidak boleh, bahaya katanya. Tengku Hamzan terlalu protektif. Mylia meletakkan gagang telefon apabila Tengku Hamzan memberitahu yang dia perlu berjumpa dengan Tengku Imran berkenaan dengan projek terbaru mereka dengan Tengku Shahir.
Mylia berasa sangat bosan. Dia menukar pakaian dan bersiap-siap mahu keluar ke pejabat Tengku Hamzan. Larangan Tengku Hamzan tidak diendahkan. Sampai bila Tengku Hamzan mahu mengurungnya seperti yang dilakukan pada burung itu dulu? Fikir Mylia dalam hati. Dua orang pengawal peribadi yang diupah untuk menjaga Mylia menurut arahannya untuk dibawa ke pejabat Tengku Hamzan. Mylia duduk menyandar di kerusi belakang. Dia cepat sekali penat kebelakangan ini. Mylia terlelap di kerusi belakang. Dia tersedar apabila mendengar bunyi bising di luar kenderaan. Apabila membuka mata, dia mendapati kereta yang dipandu oleh pengawal peribadinya tersadai di pinggir jaLan  . Mereka berdua berusaha melindungi Mylia apabila melihat ada dua orang lelaki bertopeng membuka pintu belakang dan menarik Mylia keluar. Mylia menjerit meminta tolong dan merayu agar dia dilepaskan. Pengawal peribadinya cuba untuk menyelamatkan Mylia tetapi mereka berdua lemah dan jatuh ke bumi setelah ditembak dengan alat renjatan elektrik sehingga melumpuhkan segala otot dan saraf.
Mylia menjerit meminta tolong tetapi tiada sesiapa yang mendengar jeritannya. Dia cuba melepaskan diri. Tangannya mencakar kulit seorang dari penjahat-penjahat itu. Lelaki itu menjerit kesakitan dan menampar muka Mylia tetapi seorang lagi penjahat itu sempat menghentikan tindakan kawannya sebelum tangan itu mencecah ke wajah Mylia. Lelaki itu kemudiannya menekup mulut Mylia dengan kain tuala yang dibasahkan dengan larutan klorin. Mylia lemah dan badannya jatuh ke atas lelaki tadi. Tubuh Mylia diangkat dan dibawa masuk ke dalam van hitam. Seorang lagi lelaki kembali ke kereta Mylia dan membersihkan segala bukti yang mungkin memberikan petunjuk kepada pihak polis nanti. Kenderaan pacuan empat roda itu memecut laju meninggalkan tempat kejadian.

Encik Johar bertanyakan keberadaan Mylia kerana dia tidak melihat Mylia sejak beberapa jam yang lalu. Seorang pembantu rumah memberitahu yang Mylia keluar bersama dengan dua orang pengewal peribadinya untuk ke pejabat Tengku Hamzan.
Encik Johar berasa tidak sedap hati lalu dia segera menelefon Tengku Hamzan untuk bertanyakan tentang Mylia. Tengku Hamzan terkejut setelah Encik Johar memberitahukan kehilangan Mylia kerana dia tidak menerima kedatangan Mylia. Tengku Hamzan segera pulang ke rumah istana. Dia cuba menelefon dua orang pengawal peribadi Mylia tetapi tiada jawapan. Sementara itu Tengku Hamzan menyuruh Encik Johar membuat laporan polis.
“Pihak polis akan menkatogorikan kes culik setelah Puan Muda hilang 24 jam” beritahu Encik Johar.
Damn it!” Tengku Hamzan marah. Kehilangan Mylia gagal dikesan. Tengku Hamzan bimbang sekiranya Sesuatu yang buruk menimpa isterinya.
“Suruh Fuad balik. Kita sama-sama cari Puan Muda. Lagi ramai lagi bagus” perintah Tengku Hamzan. dia hanya menyuruh seorang pengawal peribadi mengikutnya dan seorang lagi keluar mencari bersama Encik Johar. Fuad diarahkan  untuk mencari sendirian.
Panggilan   telefon berdering dan Fuad terus menerima panggilan   itu setelah melihat nama Encik Johar tertera di skrin.
Selepas menerima arahan dari Encik Johar panggilan   itu dimatikan.
Telefon bimbitnya dimasukkan ke kocek seluar semula. Fuad senyum kepada Maisarah  yang sedang duduk di hadapannya. “Rancangan Puan Berjaya. Dua orang upahan Puan sudah Berjaya menculik Puan Muda” Maisarah  gelak sepuas hati. Kini barulah Mylia merasakan taringnya pula. Selama ini Mylia hanya melihat rancangan kecilnya kali ini Mylia akan merasa sendiri sejauh mana dia mampu bertindak.
Encik Johar tidak tahu ke mana arah yang patut dituju untuk mengesan Mylia dan dia menyuruh pengawal peribadi itu memandu sahaja ke mana-mana arah. Mudah-mudahan Mylia masih berada di sekitar Kuala Lumpur. Kereta mereka berhenti di lampu isyarat setelah lampu bertukar kuning. Van hitam di sebelah mereka tidak berhenti sebaliknya mereka terus memecut laju. Encik Johar sempat melihat ke dalam van itu dan dia dapat merasakan yang perempuan di dalam van itu adalah Mylia. Dia menyuruh pengawal peribadi Tengku Hamzan, Farhan untuk mengekori van itu. Setelah lampu isyarat bertukar hijau, Farhan menekan pedal minyak dengan sekuat hati supaya dapat mengekori van hitam tadi.
Mylia dibawa ke satu tempat yang sangat asing dari bunyi deruan enjin kenderaan. Dia tidak tahu di mana dia berada sekarang kerana matanya ditutup sepanjang perjaLan  an ke sini. Setelah enjin van dimatikan, Mylia ditarik keluar dengan kasar. Dengan mata yang ditutup, jaLan   yang dilaluinya dirasakan seperti bersemak dan sesekali dia terjatuh kerana tersepak sesuatu. Tubuhanya ditarik kasar supaya bergerak lebih cepat. Dia dapat mendengar daun pintu ditolak dan dia ditarik masuk ke dalam. Setelah itu dia dimasukkan ke dalam sebuah bilik dan ditinggalkan sendirian. Mylia menjerit meminta dilepaskan tetapi rayuannya tidak diendahkan. Dia menangis teresak-esak kerana takut. Ikatan yang mentutup matanya tidak dibuka.
“Apa kita nak buat sekarang?” soal Black kepada rakannya, Muiz.
“Kita tunggu arahan seterusnya dari Puan”
Mereka berdua duduk menyandar di dinding kerana kepenatan. Black terpaksa memandu lama untuk sampai ke destinasi ini. Rumah bangsal yang sudah lama ditinggalkan ini terletak di pinggir Bandar dan kawasan ini memang sunyi sepi. Sudah beberapa tahun kawasan ladang kelapa sawit ini sudah tidak berpenghuni. Kalau dulu, di sini ada quarters yang menempatkan sekumpuLan   pekerja asing dari Negara jiran tetapi kini, semuanya telah ditutup.
“Puan tak cakap yang orang yang kita nak culik tu mengandung” Muiz mengeluh.
“Kau jangan nak tarik diri sekarang!” Black memberikan ugutan.
Muiz hanya mampu diam dan mengeluh. Dari tempat mereka berdua sedang berehat sekarang, terdengar jeritan dan rintihan Mylia memohon agar dirinya dilepaskan. Namun rintihan itu dibiarkan sahaja.

Bab  26

  Tengku Hamzan duduk di kerusi di bilik mesyuarat. Dia teringatkan wajah gadis  yang ditemuinya di negeri KeLan  tan dahulu. setelah berbincang dengan beberapa orang staf penting tentang perkembangan projek Putri, Tengku Hamzan membiarkan sahaja dirinya duduk bersahaja di ruangan itu sendirian. Semenjak akhir-akhir ini ketenangannya diragut oleh kehadiran gadis yang mirip dengan wajah arwah isterinya itu. Bukan sahaja tidurnya terganggu malah hari-hari yang dilaluinya sering dihantui dengan wajah itu. Saban waktu, Tengku Hamzan merindui adindanya. Telefon bimbitnya berdering. Tengku Hamzan melihat nama si pemanggil. Dia menerima panggilan   itu.
Hye Tengku. Tengku di mana sekarang ini?”
Office. Ada apa?” soal Tengku Hamzan.
“Tengku lupa yang Tengku janji nak temankan saya shopping hari ini”
“Cancel saja. Im not in a good mood now”
“Ada apa ni? Cuba cerita, mana tahu kalau saya boleh tolong” balas Zue cuba meraih perhatian daripada Tengku Hamzan tetapi nampaknya sekarang ini Tengku Hamzan yang memerlukan perhatiannya.
Nothing
“Kalau macam tu, kita jumpa sekejap lagi. Saya ke office Tengku saja” balas Zue. Panggilan   dimatikan.
Tengku Hamzan mengeluarkan kad nama yang diberikan oleh gadis  itu beberapa hari yang lalu. Namanya Nur Farah Hanim binti Sulaiman dan bukannya Nur Amylia binti Shahbuddin. Tapi kenapa wajah mereka sangat persis dan sewaktu berhadapan dengan gadis itu, dia merasakan ada aura sama seperti apabila dia berada di samping adindanya.
Intercom di bilik pejabat Tengku Hamzan berbunyi dan dia menerima panggilan   itu. Suraya memberitahu yang Zulaika sudah tiba dan Tengku Hamzan memberikan keizinan untuk masuk. Zue duduk berhadapan dengan Tengku Hamzan.
“Dah tengok gossip terbaru tentang kita?”
Tengku Hamzan sekadar menggeleng.
Zue mengeluarkan sebuah majalah hiburan tempatan dan diserahkan kepada Tengku Hamzan. Tengku Hamzan membaca tajuk utama majalah itu. Dia tidak memberikan sebarang reaksi. Lalu dia membuka helaian kedua yang memuatkan berita tentang hubungannya dengan artis popular itu.
“You nak I saman company ni ke?” soal Tengku Hamzan lalu mencampakkan majalah itu ke dalam tong sampah.
Zue menggeleng.
“Jom, I treat lunch
“Nanti timbul pula gossip lain”
“Biarlah. I tak kisah pun” balas Zue. Dia menarik lengan Tengku Hamzan. mereka berdua keluar dari pejabat itu.
Mereka berdua makan tengahari di sebuah restoran yang terkemuka di Bandar itu. Restoran itu menyajikan makanan yang lazat dan menyelerakan. Tambahan pula, di sana setiap peLan  ggan dijanjikan privacy dan sebab itulah restoran itu selalu menjadi pilihan golongan ahli perniagaan yang ingin membincangkan tentang usahasama ataupun rancangan-rancangan berkaitan dengan perniagaan mereka. Tengku Hamzan dan Zue makan tengahari di dalam sebuah bilik di restoran itu. Setelah selesai Tengku Hamzan mencadangkan agar mereka terus pulang. Tengku Hamzan dan Zue masuk ke dalam perut kereta. Hari ini Zue yang memandu jadi dia akan menghantar Tengku Hamzan kembali ke pejabat sebelum dia pulang ke rumahanya.
Tengku Hamzan hanya diam di sepanjang perjaLan  an. Zue dapat menduga sesuatu sedang mengganggu fikiran lelaki di sebelahnya itu. telefon bimbit Tengku Hamzan tiba-tiba berdering. Dia menerima panggilan   daripada bondanya.
Sesekali Zue melihat Tengku Hamzan terangguk. Talian itu kemudiannya dimatikan.
“Siapa?” soal Zue
“Bonda. You ada nak buat apa-apa tak hari ini?”
“Tak ada. Kenapa?”
“Bonda ask to get her luggage at our country house. Hantarkan I ke sana!”
Zue senyum. Tengku Hamzan sentiasa begini. Mengarah, bukan meminta tolong. dia sebenarnya tidak suka diperlakukan seperti orang gaji tetapi demi mencapai matlamatnya untuk bergelar puan muda di sisi Tengku Hamzan. dia menahan segala kemarahannya buat sementara waktu ini. Zue tersenyum nakal.
Pemanduan ke pinggir Bandar Kuala Lumpur itu agak perlahan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Country house milik keluarga Tengku Hamzan itu terletak di pingir Bandar Kuala Lumpur dan agak jauh dari jaLan   utama. Oleh kerana keadaan jaLan   yang basah dan licin Tengku Hamzan menasihatkan Zue supaya berhati-hati dan memandu perlahan-lahan. Dia menelefon Suraya yang dia tidak akan masuk ke pejabat hari ini. Mungkin mereka akan sampai ke Kuala Lumpur agak malam dengan kedaan jaLan   yang sebegini. Zue membelok masuk ke jaLan   kecil dan memandu perlahan-lahan. Keadaan di sepanjang jaLan   itu agak gelap kerana ketiadaan lampu jaLan   namun ada beberapa buah rumah yang berdekatan menyalakan lampu perkarangan.
Hujan masih rintik-rintik turun sewaktu Zue menghentikan keretanya di perkarangan country house milik keluarga di raja itu. Tengku Hamzan membuka tali keledar dan menyuruh Zue menunggu di dalam kereta sememntara dia mengambil beg pakaian bonda yang tertinggal di kediaman itu sewaktu bonda bercuti di sini beberapa hari yang lalu. Tengku Hamzan keluar dari kereta lalu meredah hujan. Dia disambut oleh Ghani, salah seorang pekebun yang menjaga kediaman itu sepanjang ketiadaannya. Kerana kehadiran Tengku Hamzan tidak dimaklumkan terlebih dahulu, Ghani agak terkejut menerima kehadiran majikannya itu, dan  dia tidak sempat menyediakan payung buat Tengku Hamzan tetapi dia menanggalkan jaket lusuhanya untuk melindungi Tengku Hamzan dari hujan yang turun dengan perlahan. Dia mengiringi Tengku Hamzan masuk ke dalam kediaman.
“Mana yang lain?” soal Tengku Hamzan seraya mengelap wajahanya yang sudah basah dengan pakaiannya.
“Sekejap ye Tengku” Ghani berjalan    laju masuk ke kediaman dan kemudian dia muncul bersama dengan Esah, isterinya serta dua orang lagi pembantu rumah.
“Aku takkan lama, mana luggage bonda?”
“Nanti saya ambilkan Tengku” balas Esah. Dia segera masuk ke dalam kediaman untuk mengambil beg pakaian Puan Maisarah . Tengku Hamzan duduk di sofa dan kemudian seorang pembantu keluar sambil membawa secawan kopi. Tengku Hamzan lupa dengan Zue yang sedang menunggunya di kereta. Tidak lama kemudian., Esah keluar dengan membimbit beg pakaian lalu diserahkan kepada Tengku Hamzan.
“Tengku datang sendiri ke?” Ghani bertanya.
Tatkala itu barulah Tengku Hamzan teringat yang Zue sedang menunggunya di kereta.
“Dengan kawan. Pergi jemput dia dari kereta. Cakap saya suruh minum kopi dulu”
Tidak lama kemudian, Ghani menemani Zue untuk masuk ke kediaman. Zue disuruh duduk di sofa dan dihidangkan dengan air kopi yang masih panas. Kerana kesejukan menunggu di dalam kereta, dia kelihatan agak pucat. Esah memberikannya sehelai tuala untuk megelap dirinya yang basah. Esah dan Ghani saling berpandangan. Mereka kenal dengan gadis  itu. Mana tidaknya,  wajah ayu itu seringkali menghiasi majalah hiburan tempatan. Mereka berdiam diri sahaja walaupun ada banyak persoalan yang sedang bermain di fifkiran mereka saat ini. Jadi benarlah semua gossip yang diberitakan dalam majalah hiburan akhir-akhir ini yang Tengku rapat dengan Zue! Fikir Esah
“Kita bertolak pulang sekarang” arah Tengku Hamzan kepada Zue yang masih meneguk sisa-sisa kopi panas untuk menghangatkan badannya yang msaih lagi kedinginan. Tiba-tiba Tengku Hamzan bersin. Ghani, Esah dan dua orang pembantu rumah yang lain terkejut. Esah cepat-cepat memberikan tuala kepada majikannya itu. Tengku Hamzan memang cepat demam dan demammnya agak lambat untuk kebah. Esah mula risau.
“Tengku tak nak tinggal di sini ke malam ni. Hujan masih lagi turun, saya takut jaLan   licin” beritahu Ghani.
Tengku Hamzan diam.
Tuala yang diberikan oleh Esah tadi digunakan untuk mengelap bajunya yang basah dan lembap.
We stay here for tonight. Are you ok with that?” soal Tengku Hamzan kepada Zue. Zue mengangguk setuju. Esah membawa Zue ke bilik tetamu yang terletak di tingkat dua. Tengku Hamzan masuk ke kamarnya. Dia membaringkan tubuhnya ke tilam. Kerana cuaca yang agak dingin, dia berasa sangat mengantuk. Tengku Hamzan bangun untuk menukar persalinan dan setelah itu dia membaringkan tubuhanya di katil. Lenanya datang tanpa dipaksa dan Tengku Hamzan terlelap di kamarnya.
Zue tidak dapat tidur setelah menerima panggilan   dari Maisarah . Maisarah mendesaknya untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dari rancangan asal. Zue berjalan    uLan  g alik di muka pintu bilik tetamu itu. Apakah dia patut melakukannya sesuai kehendak Maisarah ? Apa bezanya? Dia bukannya belum pernah tidur dengan mana-mana lelaki sebelum ni. Dengan Tengku Hamzan dia merasakan sesuatu yang berlainan dengan mana-mana lelaki yang pernah tidur dengannya. Dia tidak mahu bertindak sepantas ini, lagipun Tengku Hamzan masih belum terlalu rapat dengannya. Apa pula kata Tengku Hamzan apabila dia bertindak sepantas ini? Zue melihat jam tangannya. Sudah pukul 3 pagi dan dia pasti semua orang di kediaman itu sudah tidur termasuk Tengku Hamzan. Cuma dia seorang yang berjaga.
Tengku Hamzan lena dibuai mimpi indah. Di dalam mimpinya, dia bermimpi bertemu dengan arwah isterinya. Mylia sedang bermain-main dengan burung yang diselamatkannya dahulu. Tengku Hamzan berjalan    perlahan-lahan ke arah wanita yang dicintainya itu. Mylia sepertinya tidak menyedari kehadiran Tengku Hamzan disampingnya. Dia leka bermain-main dengan burung itu sehinggakan tidak menyedari yang Tengku Hamzan sedang memerhatikannya. Tengku Hamzan menyapa tetapi Mylia seakan-akan tidak mendengar sapaannya. Tengku Hamzan bergerak semakin dekat. Tubuh Mylia dirangkuLan  ya erat.
Zue terkejut apabila tubuhnya dipaut dan dia jatuh ke dalam pelukan Tengku Hamzan. Tengku Hamzan memanggil nama seseorang tetapi Zue tidak mendengarnya dengan jelas. Wajah Tengku Hamzan ditatap lama-lama. Wajah itu jarang sekali senyum dan disebalik redup matanya, Zue seakan-akan dapat melihat penderitaan yang ditanggung oleh lelaki kerabat diraja itu. Hati wanitanya dirundung simpati pada lelaki itu.
Ada satu perasaan aneh menjalar ke seluruh sarafnya tatkala dia dipeluk erat oleh Tengku Hamzan. adakah ini Cuma mainan perasaannya atau adakah dia benar-benar sudah menyayangi Tengku Hamzan? Zue menyelak rambut Tengku Hamzan yang menutup dahinya. Dia kemudian mendekatkan wajahanya ke wajah lelaki itu. Bibir mereka bertaut dan Zue membiarkan bibirnya melekat pada bibir Tengku Hamzan. Tengku Hamzan menarik Zue lebih dekat kepadanya dan bibir Zue dikucup lembut. Zue terkejut sehingga matanya yang sedang dipejamkan terbuka luas. Raut wajah Tengku Hamzan dihadapannya masih dapat ditatap walaupun wajah mereka berdekatan. Zue melepaskan bibirnya. Matanya hanya memandang ke arah Tengku Hamzan. perbuatan Tengku Hamzan tadi mengejutkannya tetapi Tengku Hamzan tidak pula menunjukkan tanda-tanda yang dia sedar dari tidurnya. Mungkin Tengku Hamzan bermimpi dan perbuatannya tadi dipengaruhi oleh mimpinya. Zue segera bangun dari sisi Tengku Hamzan dan berlari keluar dari kamar lelaki itu. Dia segera ke kamar tetamu dan menutup daun pintu kemas-kemas. Zue menyandarkan belakangnya pada pintu. Dadanya berombak kencang. Dia tidak pernah mengalami perasaan ini dengan mana-mana lelaki yang tidur dengannya tetapi dengan Tengku Hamzan perasaannya sangat berbeza. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata tetapi pada saat Tengku Hamzan mengucup bibrinya, pelbagai emosi menghentak ruang ketenangannya sehingga ada kata hati yang menyuruhnya membiarkan sahaja bibirnya dijamah oleh bibir Tengku Hamzan. tetapi ada satu perasaan lain yang menghaLan  gnya untuk berbuat demikian. Zue bingung sehingga dia tidak dapat mengetahui ataupun menilai apakah perbuatannya itu betul atau salah?

No comments:

Post a Comment