Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 45


Bab 45

Hari ini hari kedua Mylia mula bekerja di syarikat suaminya di bahagian Human resource. Jawatan yang diberikan oleh Tengku Hamzan membolehkan dia mendapata kamar pejabat. Kerana belum bisaa dengan pentadbiran atau staf-staf di bahagian ini Mylia perlu banyak belajar. Ada beberapa dokumen dalam fail hitam yang belum diteliti. Mylia menekan butang intercom dan mendail nombor sambungan untuk unit kewangan.
“Hello, saya Puan Mylia dari unit Human Resource. Macamana saya nak minta fail kewangan syarikat?” soal Mylia.
“Maaf, Fail kewangan syarikat hanya boleh diakses oleh berjawatan tertinggi”
“Maaf, Cik?”
“Cik S arah  ”
“Maaf Cik S arah  , Saya Puan Mylia. Penolong peng arah   di jabatan Human Resources. Kalau boleh, saya nak dokumen kewangan syarikat sejak sepuluh tahun yang lalu”
“Puan harus buat permintaan bertulis dan ada tandatangan Tengku Hamzan”
“Saya baru mendapat jawatan ini, saya kena meniliti semua data di dalam dokumen di bahagian human resources ini. ada beberapa data yang tidak kena, saya Cuma nak pastikan asamada ini kesalahan typing atau apa”
“Maaf Puan, kalau itu, puan kena deal dengan ketua bahagian, En. Kamil”
“Boleh bagi nombor En.Kamil?”
Selepas S arah   memberikan nombor telefon majikannya kepada Mylia talian itu dimatikan. Mylia tidak terus menelefon En.Kamil. dia membuka fail hitam di hadapannya. Isi fail itu diteliti lagi. Memang ada kesilapan pada data ini tetapi dia tidak pasti. Mylia mengambil fail itu dan bangun dari kerusinya. Dia berjalan    ke pejabat En.Othman, ketua bahagian Human resource. Pintu bilik pejabat ketuanya itu diketuk. Mylia masuk setelah mendapat kebenaran.
“Maaf mengganggu En.Othman”
“Ada apa Puan Muda?”
“Eh En.Othman boleh panggil saya Mylia. Boleh saya duduk?”
Mylia duduk bertentangan dengan En.Othman apabila majikannya itu member kebenaran.
“Saya ada kemusykiLan   yang saya nak Tanya En.Othman. bila saya semak balik fail-fail lama ni, saya tengok maklumat dalam fail ni tak kena dengan beberapa fail lain dari jabatan lain terutama sejak beberapa tahun yang lalu”
Othman teLan   air liur. Dia tidak menyangka yang Mylia akan mengorek rahsia-rahsia lama yang terkubur bersama-sama fail-fail itu. kalau dibiarkan Mylia dengan kehuatirannya dia bimbang Mylia akan mengetahuo hal yang sebenar.
Fail di tangan Mylia itu ditarik. Othman buat-buat melihat isi kandungan fail itu.
“Don’t bother. Ini mungkin cum masalah typing”
“Jadi en.Othman pun rasa yang fail inin ada masalah” Mylia meneka. Dia sengaja melihat terus ke arahEn.Othman di hadapannya, sengaja mencari peluang untuk melihat reaksi majikannya itu. manalah tahu, orang harapan dan kepercayaan suaminya itu rupa-rupanya talam dua muka. Bekerjasama dengan Maisarah untuk menipu Tengku Hamzan.
Tatkala mata Mylia memandang matanya, Othman melarikan pandangannya. Tidak betah tatkala sepasang mata milik gadis separuh usianya itu memandangnya. Mylia bagaikan dapat menduga kerisauan yang bermain-main di hatinya.
“En.Othman Nampak menggelabah. Selama ini tidak ada orang yang buka fail-fail lama ke?” soal Mylia lagi. Kali ini pertanyaannya mula menunjukkan yang dia berkeyakinan yang firasatnya tentang kesalahan data fail itu benar.
“Belum ada lagi Puan Muda” Othman menggelabah sehinggakan dia tersasul oanggiLan   tidak formal itu untuk Mylia. Ada dua perkara yang ditakutinya saat ini. pertama kesalahannya dalam bersubahat memalsukan data-data syarikat terutama data dari bahgian kewangan dan kedua, Maisarah  . Wanita itulah puncanya.
“Saya nak keluar sekejap. Fail ini saya pegang dulu. Malam nanti saya teliti balik. Ada apa-apa lagi?” soal Othman. Dia segera bangun dari duduknya dan membuka pintu untuk Mylia keluar. Fail hitam masih dipegang erat di tangannya.
Sebaik sahaja Mylia berlalu dari kamar pejabatnya, Othman keluar dengan segera bersama-sama fail hitam yang dibawa oleh Mylia. Sebaik sahaja sampai ke tempat parker dan setelah memastikan yang dia sendirian di situ, Othman mendail nombor telefon Maisarah  . Maisarah sedang duduk berbaring di bangku di kolam mandi di sebelah rumah istana semasa dia menerima panggilan   daripada Othman.
“Ada apa?” Maisarah merengus kasar. Dia tidak suka diganggu tatkala dia mahu sendirian. Sejak dua hari lepas, fuad Lan   gsung tidak balik ke rumah istana. Mereka Cuma berhubungan melalui telefon. Sudah dua hari Fuad menjejaki daLan  g di sebalik ugutan kepada Maisarah tempohari tetapi dia gagal.
“Kita ada masalah besar” suara Othman perlahan tetapi cemas.
“Apa kau merepek ni?” soal Maisarah marah.
“Puan Muda! Dia seperti dapat menghidu perbuatan kita memalsukan dokumen syarikat”
“Mana kau tahu?”
“Puan Muda datang jumpa saya tadi, cakap yang fail syarikat ada masalah data”
“Dia tak ada bukti. Kau jangan risau!”
“Tapi macamana kalau kita tertangkap nanti. Saya yang susah”
“Yang kau tak percaya pada aku ni kenapa? Aku cakap, dia takkan tahu. Puan Muda kau tu bodoh, tak tahu pun pasal akaun. Sekolah SPM pun tak lepas. Kau risau sesuatu yang belum pasti” marah Maisarah  . Dia juga takut sekiranya rahsia itu terbongkar tetapi Othman terlalu kalut. Mylia belum lagi menjumpai apa-apa bukti yang kukuh. Tetapi mulai saat ini, dia tahu, anak buahnya yang bekerja di syarikat Tengku Hamzan perlu lebih berhati-hati.
“Tapi, mulai saat ini aku nak kau perhatikan semua kerja dan perbuatan Mylia”
“Baik Puan”
Maisarah mematikan talian. Dia kembali menghayati suasana tenang sebelum diganggu oleh panggilan   daripada Othman.
Othman berjalan    ke arahkeretanya dan menutup daun pintu dengan kemas sebelum dia memandu keretanya itu keluar dari bangunan tempat parker. Yang dia tidak tahu, perbuaLan  nya antara Maisarah tadi telah dicuri dengan oleh Mylia disebalik pintu keluar dari lif.
Mylia duduk di kerusinya dan berfikir. Siapakah staf yang setia kepada Tengku Hamzan. Kalau Othman adalah anak buah Maisarah  , dia yakin yang Othman takkan bekerja sendirian. Pasti ada lagi tali barut Maisarah yang bekerja di syarikat ini. Tengku Hamzan tidak tahu yang kewangan syarikatnya banyak disonglap oleh Maisarah  . Suaminya itu terlalu sibuk dengan urusan lain sehinggakan mengabaikan tanggungjawab meneliti dokumen-dokumen penting syarikat. Atau suaminya itu terlalu mempercayai staf-stafnya sepertimana dia mempercayai Maisarah  ?
Mylia ingin mengambil dokumen dan fail kewangan syarikat tetapi dia tidak tahu kepada siapa dia harus meminta untuk menandatangni permintaan bertulis seperti yang diberitahu oleh s arah   pagi tadi. Haruskah dia merujuk kepada Tengku Hamzan terus? Atau ke ketua bahagian kewangan? Adakah ketua bahagian kewangan itu orang Tengku Hamzan atau orang Maisarah  ?
Mylia mengenepikan segala persoalan yang bermain difikirannya. Dia menggerakkan maouse dan serta-merta skrin laptopnya menyala. Dia menulis surat kebenaran itu dan pada akhir baris, nama penuh suaminya ditulis. Dia akan mendapatkan tandatangan Tengku Hamzan. File word itu diprint. Mylia mendail nombor pejabat suaminya.
“Hello, Suraya, saya Mylia dari jabatan Human resource….”
“Puan Muda!”
“Saya lebih suka kalau kita ikut formality”
“Maaf Puan Muda, er, maksud saya Puan Mylia”
“Boleh saya tahu bila bos awak free, saya nak buat appointment”
“Ada apa tu?”
“Saya Cuma nak minta Tengku Hamzan sign satu surat kuasa” jelas Mylia.
“Saya rasa, kalau tidak memakan masa yang lama, Puan boleh datang sekarang. Tengku Hamzan ada di pejabat. Sebentar lagi Tengku ada meeting” beritahu Suraya.
“Kalau macam tu, saya ke sana sekarang”
Mylia segera ke bahagian pentadbiran di mana tempat suaminya bekerja. Dia menyapa Suraya.
“Hye, Tengku ada di dalam?” soal Mylia lembut.
Suraya bagaikan terkejut apabila melihat Mylia di hadapannya. Selepas berita yang Mylia kembali ke pangkuan Tengku Hamzan, staf-staf di pejabat tidak percaya kerana isteri majikannya itu diberitakan telah meninggal dunia dalam satu kemaLan  gan jaLan   raya yang tragic. Tetapi kini wanita itu sedang berdiri di hadapannya, malah telah menegurnya.
“Maaf Puan, boleh tunggu sebentar, Tengku masih ada tetamu”
Mylia mengangguk. Dia melihat fizikal Suraya yang sudah semakin besar. Anak di dalam kandungannya juga telah semakin membesar. Kemudian dia teringat perbuaLan  nya dengan Tengku Hamzan beberapa hari yang lalu yang katanya, Suraya akan cuti bersalin nanti.
“Bila awak cuti?” soal Mylia. Dia senyum ke arahSuraya.
“Sebenarnya saya dah patut cuti sekarang ni, tapi Tengku minta saya postponed dulu. Next week bila trainee baru masuk, saya start cuti” beritahu Suraya.
“Ish, apalah kanda ni. Awak dah sarat macam ni, dia boleh suruh awak tangguh cuti” bentak Mylia. Dia teringat saat dia sarat mengandungkan Tengku Nadhirah dulu. Penatnya bukan main-main. Itu dia yang tak bekerja, inikan pula Suraya, yang seharian bekerja. Tambah pula terpaksa melayan kerenah suaminya yang sangat cerewet itu
Dari dalam pejabat, Tengku Hamzan terlihat isterinya yang sedang berbual dengan suraya. Tengku Hamzan menekan butang intercom yang menyambungkannya kepada Suraya.
“Ya, Tengku”
“Suruh Mylia masuk”
“Puan Muda boleh masuk sekarang” beritahu Suraya.
Mylia mengetuk daun pintu terlebih dahulu, kemudian barulah dia menapak masuk. Seorang lelaki yang agak berumur duduk bertentangan dengan suaminya. Steleha agak dekat, barulah lelaki itu menoleh ke arah  Mylia.
“Ingat lagikan, ayahnda Tengku Imran” Tengku Hamzan berdiri memperkenalkan tetamunya itu kepada Mylia.
Mylia sekadar senyum Lan   tas membungkukkan dirinya. Dia tidak bersalaman dengan bapa saudara suaminya itu kerana batas bukan muhrim. Tengku Imran melihat isteri Tengku Hamzan itu. kerana terperanjat dengan berita yang didengarnya daripada Tengku Hamzan beberapa buLan   yang lalu, Tengku imran sengaja mencari masa terluang untuk menzi arah   anaknda kesayangannya itu semata-mata mahu melihat sendiri Mylia yang suatu ketika dulu dikhabarkan telah meninggal dunia. Dan di hadapannya ini, berdiri seorang gadis yang wajahnya memang persisi dengan wajah isteri anakndanya itu. Cuma gadis ini bertudung. Ketinggiannya juga sama. Namun Tengku Imran tidak mudah percaya, walaupun dia mengakui yang wajah gadis itu sangat persisi dengan wajah Mylia, terdetik di hatinya perasaan curiga walaupun sekelumit untuk gadis itu. benarkah dia Mylia? Atau Cuma peLan  duk dua serupa? Apa pula motif gadis ini? pelbagai persoalan yang sedang berlegar-legar di ruang mindanya tetapi Tengku Imran tetap memaniskan rupa. Di bibirnya terukir senyuman untuk Mylia dan juga Tengku Hamzan.
“Apa anaknda Mylia buat di sini?” soal Tengku Imran secara tiba-tiba.
“Kanda Tengku Hamzan tak beritahu ke? Anaknda kerja di sini. Baru je mula kerja” Mylia memandang Tengku Hamzan di sisinya.
Lagilah bertambah risau Tengku Imran dibuatnya. Dia mula memikirkan yang tidak baik.
‘Tengku Anis apa khabar ayahnda?”
“Anaknda sihat. Sekarang sarat mengandung anak yang kedua. insyaAllah hujung tahun ni melahirkan” sambung Tengku Imran.
“Kami belum ada rezeki lagi untuk dapatkan adik untuk Tengku Nadhirah”tiba-tiba Tengku Hamzan menyampuk. Mylia menjeling ke arahsuaminya. Kenapa perlu membangkitkan hal itu di sini, di pejabat dan di hadapan ayahnda Tengku Imran? Bentak Mylia di dalam hati. Senyuman di bibirnya hilang.
“InsyaAllah lah tu tak lama lagi” Tengku Imran sekadar berbasa basi.
“Tapi bukan dalam waktu terdekat ini ayahnda”sambung Tengku Hamzan.
Tengku Imran mula pelik, dahinya berkerut sedikit ditambah pula dengan garis-garis tua yang sudah Nampak di dahinya.
“Kami tidur terpisah” sambung Tengku Hamzan tanpa segan silu. Mylia mula marah tetapi ditahan sahaja kemarahannya itu. apa tujuannya Tengku Hamzan membangkitkan ‘soal dalam kelambu’ mereka di hadapan tengku Imran. Dia tdak memandang Tengku Hamzan mahupun Tengku Imran. Dia terlalu marah sampaikan dia tidak sanggup menatap wajah suaminya itu dan dia tidak sanggup memandang wajah Tengku Imran kerana malu.
Tengku Imran memandang Mylia dan juga Tengku Hamzan. Sejujurnya dia dapat merasakan sesuatu masalah antara sepasang suami isteri ini tetapi dia tidak menyangka yang Tengku Hamzan bersikap terbuka dan memberitahu rahsia itu kepadanya. Brlama di samping sepasang suami isteri itu membuatkan Tengku Imran berasa treasing. Mereka berdua sepertinya ada perkara yang perlu dibincangkan. Akhirnya Tengku Imran meminta diri. Tengku Hamzan menghantar ayahnda sampai ke pintu dan apabila dia berpaling ke arahMylia, isterinya itu sedang berpeluk tubuh dan memandangnya.
“kenapa kanda cakap macam tu depan ayahnda?” soal Mylia tegas. Dia tidak suka hal mereka menjadi topik perbuaLan   umum.
“Kanda bergurau jelah. Kenapa dinda serius sangat?”
“Kanda sengaja kan?”
“Mana ada” Tengku Hamzan melabuhkan punggung di kerusi empuknya. Mylia tidak diendahkan.
Ya memang! Memang dia ada agendanya sendiri. Dia sengaja memberitahu hal itu di hadapan Mylia dan tengku Imran. Dia lelaki, ada kemahuannya. Sudah lama dia member Mylia masa, apakah masih tidak cukup? Kenapa perlu menjarakkan hubungan mereka suami isteri sedangkan ini bukan yang pertama kali. Mereka sudah punya anak bersama. Tetapi kenapa setelah tujuh tahun berpisah, kenapa Mylia masih mahu menjaga jarak? Tidak rindukah dia kepadanya? Atau adakah isterinya itu sudah tidak cintakannya lagi? Keluh Tengku Hamzan sendirian.
Mylia berjalan    ke sebelah suaminya. Kerusi Tengku Hamzan ditarik menghadapnya.
“Apa yang ayahnda kana fikir nanti kalau kanda cakap macam tu?”
“Kalau ayahnda, dinda kisah, apa yang kanda fikir dinda tak kisah?” Suara Tengku Hamzan keras.
“Apa yang kanda fikir?”
“Dinda isteri kanda yang sah. Kita dah halal. Kenapa dinda sering mengelak? Salahkah kalau kanda pinta hak kanda sebagai suami”
“Kan dinda perlukan masa”
“Dah berbuLan  -buLan   kanda bagi dinda masa, belum cukup lagi?” Tengku Hamzan berdiri dan menghadap Mylia.
“Tujuh tahun kanda tunggu dinda, takkan tak boleh tunggu lagi”
“Tujuh tahun kanda ingat dinda dah meninggal. Dah kalau dinda hidup, buat apa kanda nak tunggu. Kalau macam ni, tak ada beza dinda hidup ke mati. Sama je. Baik mampus je macam ni, tak menyusahkan hidup orang. Tengku Hamzan membelakangkan Mylia.
Kelopak mata Mylia mula bergenang dengan air mata. Tidak disangka Tengku Hamzan sekasar itu. kata-kata itu lebih tajam dari mata pisau dan dosa fitnah itu lebih besar dari dosa membunuh. Kata-kata suaminya itu menghiris setiap penjuru perasaannya walaupun tanpa Tengku Hamzan sedari.
Telefon intercom berbunyi. Tengku Hamzan pada muLan  ya membiarkan sahaja tetapi bunyi itu mengganggu.
“Ada apa?” Suraya ditengkingnya.
“Tengku ada meeting”
“Aku tahulah bodoh!”
Suraya terdiam. Tengku Hamzan mematikan intercom itu.
“Perempuan yang kanda panggil bodoh tu, dah sarat mengandung tetapi kanda tetap paksa dia datang kerja. Kanda tak pernah ambil tahu hal orang lain, tak pernah nak ambil tahu perasaan orang. Kanda kenal tak suami dia? Dah berapa tahun dia kerja sini, dari dia belum kahwin sampai dia dah berkeluarga. Ada kanda ambil kisah tentang staf kanda? Kenapa dinda bodoh. Terima lamaran kanda dulu? Bukan dinda yang tak layak untuk kanda tapi, kanda yang tak layak untuk dinda”
Tengku Hamzan diam.
“Kalau salah dinda, kanda boleh je cerita depan ayahnda. Kenapa tak bagitahu ayahnda yang kanda mengkasari dinda tempohari. Membuatkan dinda rasa yang dinda diperlakukan bukan sebagai isteri”
“Shut up!” tengking Tengku Hamzan.
“Kau jangan berlagak alim asal saja pakai tudung. Kau dah tak cintakan aku lagikan? Ni hati kau..” jari telunjuk Tengku Hamzan ditekan di dada Mylia beberapa kali.
“Hati kau ni, dah ada lelaki lain. Kau ingat aku tak cemburu. Patutlah tak nak aku sentuh kau”
Mylia beristighfar.
“Kenapa kau kembali? Nak bolot semua harta aku?”
“Kanda yang pujuk dinda pulang!”
“Kau jangan nak berdolak dalih. Aku tahu kau ada hubungan dengan lelaki lain. Kau kembali Cuma nak bolot harta aku. Aku takkan bagi sesen pun pada perempuan macam kau!”
Air mata Mylia mula berjujuran.
“Perempuan yang kanda kutuk ni, masih isteri kanda”
“Ah Sudahlah! Aku tak nak dengar apa-apa lagi dari kau!”
Mylia ditinggalkan sendirian di bilik pejabat itu.

Tengku Hamzan masuk ke dalam kereta. Emosinya seperti bisaa pada awalnya tetapi apabila melihat kelibat lelaki yang dikenalinya sangat rapat dengan Mylia dulu kini sedang berdiri di lobi bangunan pejabat, Tengku Hamzan mula resah. Kenapa lelaki itu datang ke pejabat? Apa sebenarnya hubungan mereka? Tengku Hamzan menyandarkan diri ke kusyen kereta. Raut wajah Mylia yang sedang menangis membuatkannya rasa bersalah.

Selepas meeting dengan sebuah syarikat kerajaan berkenaan tender terbaru syarikatnya, Tengku Hamzan mahu segera pulang. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 4.40 petang. Tengku Hamzan masuk ke dalam kereta. Dia mendail nombor telefon seorang pengawal peribadi Mylia.
“Puan Muda dah balik belum?”
“Belum Tengku. Tapi Puan Muda suruh kami balik dulu. Dia nak bersendirian katanya”
“Dia ke aku yang bayar gaji kau?” marah Tengku Hamzan.
Walaupun mereka telah bertengkar, tetapi saying Tengku Hamzan kepada Mylia melebihi segala-galanya. Dia khuatir keselamatan Mylia jika dia sendirian. Dahulu, Mylia pernah diculik. Tidak mustahil jika kejadian itu beruLan  g lagi. Pisang berbuah dua kali.
“Tapi Tengku, Puan Muda ugut kalau kami ikut dia, dia nak larikan diri”
Tengku Hamzan terdiam. Dia tahu dia telah menyakiti hati Mylia tetapi Mylia juga telah menyakiti hatinya. Hati suami mana yang tak cemburu bila mengetahui yang isterinya ada perasaan pada lelaki lain. Hati suami mana yang tidak syak jika isteri sendiri meletakkan batas pada perkahwinan mereka.
……………………………

Mylia pulang agak lewat. Tengku Hamzan sedang duduk di sofa. Tengku Nadhirah sudah masuk ke kamarnya, belajar dengan seorang tutor peribadi yang digaji oleh Tengku Hamzan. Mylia melewati suaminya tanpa menegur. Dia segera ke kamar tempat beradu. Tengku Hamzan hanya melirikkan mata. Mylia bersiram di dalam tab mandi lama sekali. Dia termenung panjang.
Setelah habis kerja, Mylia tidak segera pulang, dia menyuruh pemandunya membawanya ke tasik Shah Alam. Di sana dia menangis semahu-mahunya. Dia tidak peduli jika dilihat oleh orang yang sedang beriadah di situ atau oleh pengawal peribadinya. Dia tidak peduli. Jiwanya dirasakan bagai kosong. Kata-kata hinaan dan cemuhan suaminya sangat terkesan di hati. Dia memerlukan seseorang saat ini dan aLan  gkah baiknya jika Lan ada di sisi. Mylia mengeluarkan telefon bimbitnya dari tas dan mahu mendail nombor telefon adiknya. Saat panggilan   itu mahu disambungkan, Mylia segera menekan butang merah. Dia tidak mahu Lan risau, apatah adik lelakinya itu memang dari dulu tidak berapa menyukai suaminya. Mylia teringatkan Muiz. Dia mendail nombor telefon temannya itu. Mylia tidak menceritakan peristiwa yang berlaku siang tadi tetapi dia hanya berbual tentang masa lalu, saat di mana dia belum kembali ke pangkuan Tengku Hamzan. Setelah lama bersembang barulah Muiz memberitahu yang dia ada berkunjung ke pejabat Mylia pagi tadi.
“Ada apa awak nak jumpa saya?” soal Mylia.
“Tak ada apa-apa. Saya Cuma risau. Dua hari yang lalu, masa awak call awak macam sedih, saya ingat awak tak sihat so saya nak pergi jenguk”
“Tengku Hamzan ada Nampak awak tak?”
“Saya tak perasan pula. Tapi bila sampai di lobi saya patah balik. Saya risau jika timbul masalah pula. Maklumlah, awak isteri orang dan saya suami orang”
Mylia mahu menangis tetapi ditahan sahaja. Dia bimbang sekiranya Muiz mengetahui dia bersedih kerana Tengku Hamzan, lelaki itu akan mencari suaminya. Suaminya itu seorang yang kuat cemburu. Lagipun tidak baik bercerita tentang keburukan suami. Panggilan   itu dimatikan dan Mylia menyuruh menghantarnya balik kerana hari sudah lewat malam.
………………………….

Setelah selesai bersiram. Mylia mengenakan sepasang persalinan yang disediakan untuknya. Dia ke kamar Tengku Nadhirah setelah mengenakan tudung untuk menutup auratnya. Semasa dia membuka daun pintu, tutor lelaki yang mengajar Bahasa Inggeris itu sudah bersiap-siap mahu pulang. Mylia sekadar senyum dan dia meLan  gkah masuk ke dalam kamar Tengku Nadhirah. Tubuh Tengku Nadhirah dirangkul erat dan wajah anaknya itu dicium lembut.
“Bonda menangis?”
Mylia senyum.
“Tak adalah. Malam ni, bonda tidur dengan anaknda ya?”
Tengku Nadhirah melonjak kegembiraan.
Tengku Hamzan naik ke kamar beradu tetapi Mylia tiada di kamar itu. dia kemudiannya ke kamar Tengku Nadhirah dan menolak daun pintu. Dilihatnya Tengku Nadhirah sedang berbaring di samping Mylia. Mereka anak beranak sedang berbual-bual semasa Tengku Hamzan meLan  gkah masuk. Tengku Hamzan masih terlalu ego untuk menegur Mylia. Dan Mylia masih terlalu marah dengan sikap dan kata-kata suaminya yang cemburu buta.
“Malam ni tidur dengan ayahnda ya” Tengku Hamzan terus mengangkat tubuh Tengku Nadhirah dan membawa anakndanya itu meninggalkan Mylia. Mylia bangun dari perbaringan dan membontoti Lan   gkah suaminya.
“Kenapa dengan awak ni?” Mylia masih lagi mengawal suaranya. Dia tidak mahu pergaduhan mereka disedari oleh anaknda mereka.
Tengku Hamzan tidak mengendahkannya. Daun pintu kamarnya ditolak dan dia meLan  gkah masuk. Mylia membontoti dari belakang. Tengku Hamzan memusingkan badannya menghadap Mylia.
“Ini anak saya..tujuh tahun saya jaga dia tanpa awak” Tengku Hamzan turut memperlahankan suaranya. Mylia memandang kepada Tengku Nadhirah. Dilihat anakndanya itu memandangnya dan juga Tengku Hamzan. Mylia keluar dari kamar dan menjerit memanggil nama En. Johar.
“Ada apa Puan Muda?”
“Ambil Tengku Nadhirah dan bawa ke kamarnya. Perang dunia ketiga antara Tengku Hamzan dan saya bakal berlaku”
“Baik Puan Muda”
En. Johar segera mengambil Tengku Nadhirah daripada Tengku Hamzan dan semasa Tengku Nadhirah melewati Mylia, Mylia mencium ubun-ubun anakndanya.
“Sweet dreams anaknda” Mylia melihat Tengku Nadhirah dibawa ke kamarnya dan apabila Tengku Nadhirah sudah tidak kelihatan lagi, Mylia masuk ke kamar dan menutup daun pintu.
“Apa ni?” soal Mylia marah.
Tengku Hamzan mengelakkan diri. Dia berjalan    ke ruang tengah di kamar itu.
“Saya tak pernah fikir nak rampas Tengku Nadhirah daripada awak. Macamana awak boleh cakap macam tu”
“Kalau kau nak harta, kau boleh ambil tapi jangan rampas Tengku Nadhirah”
“Apa kanda cakap ni? Siapa nak rampas Tengku Nadhirah. Kenapa timbul soal ni?”
“Kau jangan nak berdalih. Kau tunggu aku ceraikan kau je kan? Aku takkan ceraikan kau”
“Kanda. Dinda tak ada apa-apa hubungan dengan Muiz. Dia kawan dinda masa dinda susah-susah dulu”
“So, Muiz namanya”
Mylia malas mahu bertekak. Tengahari tadi pun mereka bergaduh, sekarang pun mereka bergaduh.
“Dinda tidur dengan anaknda malam ini”
“Go ahead. Lagi senang. Tak payah aku tidur di sofa”
Mylia berpaling ke arahsuaminya. Wajah Tengku Hamzan merona merah.
“Semua ni pasal cemburu kan? Kanda ada jumpa Muiz di office ye pagi tadi?”
“Kau suka dia?”
Mylia menggeleng.
“Cakap yang kau cintakan aku!” kata-kata yang keluar dari mulut Tengku Hamzan itu seakan-akanarahan.
“Saya saying kanda sorang, dah tak ada lelaki lain”
Dada Tengku Hamzan berombak laju. Dia terduduk dan menyandar ke dinding. Lutunya dirapatkan ke badan dan kedua-dua tangan memeluk lutut. Mylia hanya memandang.
‘JANGAN MENUNDUK KEPADA SESIAPA!’
‘JANGAN MERENDAHKAN DIRI DINDA KEPADA SESIAPAPUN’           
Terngiang-ngiang kata-kata suaminya itu ke telinga tetapi kini, suaminyasendiri duduk berteleku di Lan   tai. Mylia merendahkan dirinya dan bersimpuh di hadapan Tengku Hamzan. Lama-kelamaan sendu kedengaran di cuping telinga. Mylia meleraikan pegangan tangan pada lutut dan melihat wajah Tengku Hamzan yang sudah lencun air mata. Air mata yang mengalir itu diseka lembut.
Mereka berdua bertentang mata. Mylia akhrinya senyum. Tengku Hamzan masih lagi dengan wajahnya yang serius. Mylia menghadiahkan satu kucupan ke dahi Tengku Hamzan.
“Dinda cintakan kanda sorang”
Mata mereka bertentang lagi. Kali ini bukan sahaja Mylia yang tersenyum malah, bibir Tengku Hamzan juga mekar dengan senyuman gembira. Wajah itu sangat tampan tatkala pemiliknya senyum. Terserlah dua lesung pipit di kedua-dua belah pipi. Mylia membetulkan duduk di sebelah suaminya, turut sama menyandar pada dinding. Mereka berdua diam membisu.
“Lain kali jangan diikutkan sangat perasaan cemburu kanda itu. dinda takut lain kali dinda tak sabar macam pagi tadi” banyak sumpah seranah dan cacian daripada Tengku Hamzan.
“Maaf” walaupun sepatah tetapi sangat bermakna terutama jjika dari pemiliknya yang sangat ego itu..
Tengku Hamzan berpaling ke arahMylia. Dia mendekatkan wajahnya. Bibir isterinya itu dikucup lembut.
“Kanda tak sanggup kehilangan dinda untuk kali kedua”

No comments:

Post a Comment